Lompat ke isi

Angka Thai

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas


Angka Thai (bahasa Thai: เลขไทย) adalah sistem angka tradisional yang digunakan di Thailand, di samping Angka Arab yang lebih banyak digunakan. Angka Thai mengikut sistem angka Hindu-Arab yang biasa digunakan di seluruh dunia. Dalam Bahasa Thai, angka sering didahului oleh kata benda yang modifikasi dan mendahului kata hitung, walaupun terdapat juga variasi dalam bentuk yang lain.

Angka utama

[sunting | sunting sumber]

Nol hingga sembilan

[sunting | sunting sumber]

Nol dalam Bahasa Thai disebut sun, yang berasal dari Bahasa Sanskerta śūnya (kosong). Penyebutan Thai bagi Angka “dua” hingga “sembilan” menyamai penyebutan dalam bahasa Kanton yang dituturkan di selatan China, yang dianggap tempat asal bangsa Tai. Ia juga hampir menyamai penyebutan dalam kelompok bahasa Min Nan (Bahasa Teochew/Bahasa Hokkien), mungkin kerana kerana kebanyakan orang Cina Thai adalah dari suku Teocheow. Bagaimanapun, bentuk digit angka Thai adalah lebih menyerupai angka Khmer. Berikut adalah perbandingan antara penyebutan ketiga-tiga bahasa; Thai, Kanton dan Min Nan . Untuk penyebutan Thai, Sistem Transkripsi umum Kerajaan Thai (RTGS) digunakan.

Nombor Thai Khmer Kanton Hokkien
Angka Tulisan RTGS penyebutan Kuno
0 ศูนย์ sun (Sanskerta śūnya) 零 (ling4) 空 (khong3)
1 หนึ่ง nueng อ้าย (âai) 一 (yat1) 一 (it4)
2 สอง song ยี่ (yîi) 二 (yi2) [雙 (seung1) = pair] 二 (ji7) [雙 (song1, lit.)]
3 สาม sam สาม (sǎam) 三 (saam1) 三 (sam1, lit.)
4 สี่ si ไส (săi) 四 (sei3) 四 (si3)
5 ห้า ha งั่ว (ngûa) 五 (ng5) 五 (go.7)
6 หก hok ลก (lók) 六 (luk6) 六 (liok8, lit.)
7 เจ็ด chet เจ็ด (jèd) 七 (chat1) 七 (chit4)
8 แปด paet แปด (pàed) 八 (baat3) 八 (pat4, lit.)
9 เก้า kao เจา (jao) 九 (gau2) 九 (kau2)
10 ๑๐ สิบ sip จ๋ง (jǒng) ១០ 十 (sap6) 十 (tzhap2)

[lit. = penyebutan literal]

Sepuluh hingga satu juta

[sunting | sunting sumber]

Kata Sanskerta “lakh” menentukan notasi posisional bagi satu angka (tam naeng khong thua lek, ตําแหน่งของตัวเลข), yang dinamakan untuk perpangkatan sepuluh: posisi angka adalah lakh nuay (หลักหน่วย); “puluhan” adalah lakh sip (หลักสิบ); “ratusan” adalah lakh roi (หลักร้อย), dan seterusnya.[1] Angka satu setelah sepuluh akan disebut et (Kanton: 一, yat1; Minnan: 一, it4). Angka sepuluh (sip) adalah sama seperti dalam bahasa Min nan 十 (sip8, lit.). Angka dari 20 hingga 29 akan bermula dengan yi sip (Kanton: 二十, yi6sap6; Minnan: 二十, lit. ji7sip8). Nama lakh sip untuk nombor dari 30 hingga 90, dan untuk lakh 100, 1000, 10,000, 100,000 dan satu juta, hampir seperti angka Khmer.

Nombor Thai RTGS
10 ๑๐ สิบ sip
11 ๑๑ สิบเอ็ด sip et
12 ๑๒ สิบสอง sip song
20 ๒๐ ยี่สิบ yi sip
21 ๒๑ ยี่สิบเอ็ด yi sip et
22 ๒๒ ยี่สิบสอง yi sip song
100 ๑๐๐ ร้อย roi
1 000 ๑๐๐๐ พัน phan
10 000 ๑๐๐๐๐ หมื่น muen
100 000 ๑๐๐๐๐๐ แสน saen
1 000 000 ๑๐๐๐๐๐๐ ล้าน lan

Untuk Angka 21 hingga 29, bagian yang menyatakan “20”: yi sip (ยี่สิบ), yang biasa dipendekkan menjadi yip (ยีบ, ยิบ).

Angka “ratusan” dibentuk dengan menggabungkan roi dengan nilai “puluhan” dan “satu”. Contohnya, 232 ialah song roi sam sip song. Kata roi, phan, muen, dan saen wajib dimulai dengan angka (tidak wajib untuk nueng), maka 210 disebut song roi sip dan 100 boleh disebut samada roi saja atau nueng roi. Nueng tidak akan mendahului sip, jadi penyebutan song roi nueng sip untuk 210 adalah tidak tepat. Penutur ibu Thai kadang-kadang menggunakan roi nueng (atau phan nueng, etc.) dengan nada yang berbeda untuk nueng untuk membedakan 100 dengan 101 (atau 1001,10001 dan seterusnya). Namun, penggunaan nada berbeda ini biasa tidak dibuat sehingga menyebabkan kekeliruan. Untuk mengatasi masalah ini, nombor 101 (atau 1001, 10001, dan seterusnya), akan disebut roi et (atau phan et, muen et, dan seterusnya)

Bilangan diatas satu juta

[sunting | sunting sumber]

Angka melebihi satu juta akan dibentuk dengan mengkalikan lan (satu juta) dengan suatu angka. Sebagai contoh, 100,000,000 adalah sip lan (10x1,000,000), dan satu triliun adalah lan lan (1,000,000x1,000,000).

Bilangan desimal dan pecahan

[sunting | sunting sumber]

Desimal dalam angka Thai disebut chut(จุด, koma). Sebagai contoh, 1.01 disebut nueng chut sun nueng (หนึ่งจุดศูนย์หนึ่ง).

Pecahan dibentuk dengan meletakkan nai (ใน, per) antara pembilang dan penyebut atau menggunakan [set] x suan y ([เศษ] x ส่วน y, x bagian dari keseluruhan y) untuk menyatakan dengan lebih jelas. Contohnya, ⅓ boleh disebut nueng nai sam (หนึ่งในสาม) atau [set] nueng suan sam ([เศษ]หนึ่งส่วนสาม).

Kata khrueng (ครึ่ง) digunakan untuk "setengah". Ia di depan kata hitung jika digunakan secara tunggal, tetapi ia di belakang kata hitung jika digunakan dengan nombor lain. Sebagai contoh, kradat krueng phaen (กระดาษครึ่งแผ่น) bermaksud "setengah lembar kertas", tetapi kradat nueng phaen krueng (กระดาษหนึ่งแผ่นครึ่ง) bermaksud "satu setengah lembar kertas".

Bilangan negatif

[sunting | sunting sumber]

Bilangan negatif dibentuk dengan meletakkan lop (ลบ, minus) di depan sesuatu angka. Contohnya, −11 ialah lop sip et (ลบสิบเอ็ด).

Nombor ordinal

[sunting | sunting sumber]

Nombor ordinal dibentuk dengan meletakkan thi (ที่, place) di hadapan nombor.

Thai RTGS Arti
ที่หนึ่ง thi nueng Pertama
ที่สอง thi song Kedua
ที่สาม thi sam Ketiga
ที่สี่ thi si Keempat
  1. ^ Online Royal Institute Dictionary Diarsipkan 2009-03-03 di Wayback Machine., 1999 edition: pilih "ห" dan masukkan หลัก

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pranala luar

[sunting | sunting sumber]