Academia.eduAcademia.edu

PENCAHAYAAN DALAM REKABENTUK PEMENTASAN WAYANG KULIT MELAYU KELANTAN

Abstrak Wayang kulit adalah satu persembahan tradisional masyarakat Melayu Kelantan. Persembahan wayang kulit Melayu Kelantan merupakan medium hiburan utama masyarakat Melayu tradisional hingga mencapai kemuncak penerimaannya pada awal tahun 60-an. Hal ini menjadikan persembahan wayang kulit Melayu Kelantan mempunyai interpretasi kepercayaan dan nilai budaya masyarakat dalam setiap aspek persembahannya. Aspek rekabentuk sesebuah pementasan wayang kulit Melayu Kelantan ini terdiri daripada panggung dan peralatannya merangkumi cahaya, kelir, patung, dalang dan muzik. Asas utama persembahan wayang kulit adalah cahaya, kerana persembahan ini merupakan aksi dan gerakan patung oleh dalang di kelir hasil bayang daripada lampu. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa pengcahayaan merupakan aspek penting yang mendasari rekabentuk pementasan persembahan wayang kulit Melayu Kelantan.Namun, seiring dengan perubahan zaman, wayang kulit Melayu Kelantan semakin terpinggir dengan kemunculan medium hiburan moden yang lebih menarik perhatian generasi muda. Para pengamal persembahan terpaksa bersaing dengan tuntutan zaman dalam memastikan persembahan ini terus hidup di kalangan masyarakat. Hal ini melibatkan tolak ansur dan pengolahan aspek pementasan persembahan untuk memenuhi selera masyarakat. Proses ini dikatakan menghilangkan simbol dan nilai asal kepercayaan masyarakat tradisional dalam aspek persembahan wayang kulit Kelantan. Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis aspek pengcahayaan dalam rekabentuk pementasan wayang kulit Kelantan semasa yang berlangsung di Gelanggang Seni Kota Bharu, Kelantan selama 12 minggu (Mac – Jun 2015). Penyelidikan ini melibatkan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian, wawancara, dokumentasi foto dan video. Hal ini bagi mengenalpasti kewujudan simbol dan nilai kepercayaan masyarakat tempatan melalui penggunaan jenis lampu dan peralatan serta fungsinya. Melalui penyelidikan ini, dapat dipastikan sejauh mana aspek pengcahayaan pementasan persembahan wayang kulit Melayu Kelantan masih mempunyai simbol dan nilai tradisional.

PENGCAHAYAAN DALAM REKABENTUK PEMENTASAN WAYANG KULIT MELAYU KELANTAN Azrul Azizi Amirul, Azizi Bahauddin & A.S Hardy Shafii Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan, USM [email protected], [email protected], [email protected] Abstrak Wayang kulit adalah satu persembahan tradisional masyarakat Melayu Kelantan. Persembahan wayang kulit Melayu Kelantan merupakan medium hiburan utama masyarakat Melayu tradisional hingga mencapai kemuncak penerimaannya pada awal tahun 60-an. Hal ini menjadikan persembahan wayang kulit Melayu Kelantan mempunyai interpretasi kepercayaan dan nilai budaya masyarakat dalam setiap aspek persembahannya. Aspek rekabentuk sesebuah pementasan wayang kulit Melayu Kelantan ini terdiri daripada panggung dan peralatannya merangkumi cahaya, kelir, patung, dalang dan muzik. Asas utama persembahan wayang kulit adalah cahaya, kerana persembahan ini merupakan aksi dan gerakan patung oleh dalang di kelir hasil bayang daripada lampu. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa pengcahayaan merupakan aspek penting yang mendasari rekabentuk pementasan persembahan wayang kulit Melayu Kelantan.Namun, seiring dengan perubahan zaman, wayang kulit Melayu Kelantan semakin terpinggir dengan kemunculan medium hiburan moden yang lebih menarik perhatian generasi muda. Para pengamal persembahan terpaksa bersaing dengan tuntutan zaman dalam memastikan persembahan ini terus hidup di kalangan masyarakat. Hal ini melibatkan tolak ansur dan pengolahan aspek pementasan persembahan untuk memenuhi selera masyarakat. Proses ini dikatakan menghilangkan simbol dan nilai asal kepercayaan masyarakat tradisional dalam aspek persembahan wayang kulit Kelantan. Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis aspek pengcahayaan dalam rekabentuk pementasan wayang kulit Kelantan semasa yang berlangsung di Gelanggang Seni Kota Bharu, Kelantan selama 12 minggu (Mac – Jun 2015). Penyelidikan ini melibatkan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian, wawancara, dokumentasi foto dan video. Hal ini bagi mengenalpasti kewujudan simbol dan nilai kepercayaan masyarakat tempatan melalui penggunaan jenis lampu dan peralatan serta fungsinya. Melalui penyelidikan ini, dapat dipastikan sejauh mana aspek pengcahayaan pementasan persembahan wayang kulit Melayu Kelantan masih mempunyai simbol dan nilai tradisional kepercayaan masyarakat terdahulu atau pun seni ini telah mengalami perubahan dalam memastikan kelangsungannya pada zaman era baru ini. Kata kunci: Wayang kulit Melayu Kelantan, Aspek rekabentuk pementasan, Pengcahayaan, Kepercayaan dan nilai masyarakat, Perubahan