Padam rakaman pada Mac
Anda boleh memadamkan rakaman yang anda tidak perlukan lagi.
Penting: Apabila anda memadamkan rakaman secara kekal, ia dikeluarkan daripada semua peranti Apple anda yang didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Padam rakaman
Pergi ke app Memo Suara pada Mac anda.
Pilih rakaman yang anda ingin padam, kemudian klik atau tekan Delete.
Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda boleh meleret ke kiri dengan dua jari pada rakaman, kemudian klik .
Melainkan anda mengesetkan pilihan untuk mengosongkan rakaman dipadam serta-merta, rakaman tersedia untuk tempoh masa yang ditentukan dalam folder Terbaru Dipadam, yang terletak dalam bar sisi folder. Lihat Tukar seting.
Pulihkan rakaman daripada Terbaru Dipadam
Pergi ke app Memo Suara pada Mac anda.
Klik untuk membuka bar sisi folder.
Pilih Terbaru Dipadam, kemudian pilih rakaman yang anda mahu pulihkan.
Klik butang Pulihkan di bahagian penjuru kanan atas, kemudian klik Pulihkan Rakaman.
Untuk memulihkan semua rakaman yang telah dipadamkan, klik Pulihkan Semua di bahagian bawah pustaka.
Padamkan rakaman secara kekal daripada Terbaru Dipadam
Pergi ke app Memo Suara pada Mac anda.
Klik untuk membuka bar sisi folder.
Pilih Terbaru Dipadam, kemudian pilih rakaman yang anda mahu padamkan secara kekal.
Klik Padam di bahagian penjuru kanan atas, kemudian klik Padam Selama-lamanya.
Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, leret ke kiri dengan dua jari pada rakaman, kemudian klik Padam.
Untuk memadamkan semua rakaman yang telah dipadamkan, klik Padam Semua di bahagian bawah pustaka.