Terma Penggunaan, Polisi dan Penafian

Tindakan pengesahan anda menggunakan laman web kami di www.tradingview.com (dan semua laman-laman yang berkaitan dengannya) atau perkhidmatan ("TradingView") menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan terma penggunaan berikut("Terma Penggunaan"). Sekiranya anda tidak bersetuju, jangan gunakan TradingView. TradingView merupakan milik TradingView Inc. ("TradingView" atau "Kami" atau "Kita")

1. Perubahan kepada terma penggunaan

Kami boleh mengubah Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda bercadang untuk terus menggunakan TradingView selepas kami menyiarkan perubahan pada Syarat Penggunaan ini, ini menandakan penerimaan anda terhadap terma baru ini. Anda akan sentiasa mempunyai akses kepada Syarat Penggunaan kami dan akan dapat menyemaknya pada bila-bila masa. Dengan memuat semula halaman ini, anda akan mempunyai versi yang terkini untuk pengguna TradingView.

2. Perubahan kepada TradingView

Kami boleh menghentikan atau mengubah sebarang perkhidmatan atau ciri-ciri pada TradingView pada bila-bila masa tanpa notis. Kami tidak menjamin keserasian kebelakang perkhidmatan kami dan Application Programming Interface (API) dalam kes ini.

3. Pemilikan maklumat; lesen untuk menggunakan TradingView; pengagihan semula data; penggunaan tiada paparan

Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua hakmilik, tajuk dan minat untuk TradingView, dan semua maklumat yang tersedia didalam TradingView atau perkhidmatan kami, dalam semua bahasa, format dan media di seluruh dunia, termasuk;ah semua hak cipta dan tanda perdagangan di dalamnya, adalah hak eksklusif TradingView, sekutu kami atau Penyedia Data kami seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 6 (penafian mengenai kandungan) di bawah.
Semua hakcipta, tajuk dan kepentingan di dalam dan kepada mana-mana data atau/dan maklumat lain yang disediakan oleh Data Interaktif (IDCO) dan semua data/maklumat yang disediakan oleh Data Interaktif (IDCO) melalui TradingView atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, dalam semua bahasa, format dan media di seluruh dunia, termasuk kesemua hak cipta dan tanda perdagangan di dalamnya, adalah dikategorikan sebagai hak milik Data Interaktif (IDCO), iaitu sekutu kami atau Penyedia Data kami (seperti yang berkenaan).
Kandungan dan data pasaran yang disediakan pada platform TradingView, termasuk tetapi tidak terhad kepada carta, pemberitahuan, webhook dan lain-lain jenis maklumat, adalah dilesenkan untuk kegunaan ekslusif paparan sahaja. Lesen ini dihadkan khusus kepada tujuan peribadi atau perniagaan dalaman dan secara jelas melarang sebarang bentuk bukan paparan. Larangan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang jenis dagangan automasi, penjanaan pesanan automasi, rujukan harga, pengesahan pesananan, pembuatan keputusan algoritma, dagangan algoritma, penghalaan pesanan pintar, menggunakan data dalam kawalan operasi atau program pengurusan risiko, atau mana-mana proses dipacu mesin yang tidak termasuk data paparan terus yang boleh dibaca manusia. Kes larangan tersebut termasuk mencipta produk atau perkhidmatan berdasarkan kandungan TradingView sebarang pemprosesan kandungan TradingView, atau sebarang kes penggunaan yang menjejaskan sekatan yang diletakkan oleh Penyedia Data.
Walau apa pun yang dinyatakan di atas, adalah dilarang bukan hanya penggunaan tanpa paparan oleh pengguna kami tetapi juga pembangunan, penawaran atau penggunaan mana-mana produk, alatan dan perkhidmatan pihak ketiga yang direka untuk memudahkan atau membolehkan penggunaan tanpa paparan kandungan dan data pasaran TradingView. Untuk mengelakkan keraguan, adalah dengan ini dilarang untuk mana-mana pihak ketiga untuk mencipta, menawarkan atau mengendalikan apa-apa produk atau perkhidmatan yang:
  1. Menggunakan, menggunakan semula atau bergantung kepada data pasaran TradingView, termasuk tetapi tidak terhad kepada carta, pemberitahuan, webhooks atau apa-apa jenis maklumat yang disediakan oleh TradingView, untuk apa-apa bentuk dagangan berautomasi, membuat keputusan algoritma atau apa-apa tujuan bukan paparan lain.
  2. Memudahkan, membolehkan atau mendorong pengguna TradingView atau mana-mana pihak untuk terbabit dalam aktiviti yang boleh menyebabkan pelanggaran polisi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada penjanaan pesanan automatik, rujukan harga, pengesahan pesanan, penghalaan pesanan pintar atau penggunaan data TradingView dalam kawalan operasi, program pengurusan risiko atau mana-mana proses yang dipacu mesin tidak termasuk paparan terus yang boleh dibaca manusia.
  3. Tuntutan keserasian dengan, atau mengiklankan kegunaan ciri-ciri TradingView (seperti webhooks) untuk tujuan yang jelas dilarang oleh terma TradingView, dengan ini telah menyumbang secara tidak langsung kepada pelanggaran sekatan penggunaan TradingView.
Dasar ini terpakai untuk semua entiti, tidak mengira sama ada mereka adalah pengguna langsung perkhidmatan TradingView atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga. Penyediaan ciri oleh TradingView seperti webhook, adalah bertujuan hanya untuk penggunaan dibenarkan dalam skop paparan dan peribadi atau tujuan perniagaan dalaman, seperti yang dijelaskan pada awalnya. Apa-apa tafsiran, adaptasi dan eksplotasi kepada ciri-ciri ini yang bercanggah dengan semangat atau surat untuk dasar ini adalah dilarang sama sekali. Mana-mana cubaan dari penyedia pihak ketiga untuk menuntut bukan penggunaan perkhidmatan TradingView sebagai pembelaan untuk memudahkan penggunaan terlarang data TradingView adalah diisytiharkan terbatal dan tidak sah. Kewajipan dan sekatan yang terkandung dalam polisi ini terpakai secara saksama kepada pengguna langsung TradingView dan mana-mana entiti pihak ketiga yang memberikan perkhidmatan atau produk yang berinteraksi dengan, atau menggunakan data TradingView, tanpa mengira penglibatan langsung mereka dengan platform TradingView.
Kecuali yang dibenarkan secara nyata, perjanjian kami dengan Penyedia Data melarang keras sublesen, menyerahkan, memindahkan, menjual, meminjam atau sebarang pengedaran kandungan TradingView, termasuk data pasaran, untuk sebarang bentuk pampasan. Sebagai tambahan, anda tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis yang dinyatakan terlebih dahulu daripada TradingView dan Penyedia Data berkaitan, membuat salinan untuk mana-mana perisian atau dokumentasi yang boleh memberikan, secara elektronik atau sebaliknya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada penterjemahan, penyusunan, pembukaan atau penciptaan karya terbitan.
Kecuali dibenarkan secara nyata dengan perjanjian tambahan, kami tidak membenarkan penggunaan komersil untuk mana-mana perkhidmatan atau API kami. Kami tidak memberikan jaminan dan tidak memikul tanggungjawab atau liabiliti untuk perkhidmatan atau perisian pihak ketiga. Sila lihat bahagian 21 (perisian pihak ketiga) di bawah untuk maklumat lanjut.
TradingView memegang hak untuk mengambil apa-apa dan semua tindakan yang sewajarnya, termasuk melalui cara undang-undang, untuk memastikan pematuhan kepada terma-terma ini, melindungi harta inteleknya dan mengekalkan integriti untuk perkhidmatannya. Ini termasuk melakukan audit atau penyiasatan kepada pelanggaran yang disyaki, termasuk juga memulakan prosiding undang-undang terhadap mana-mana pihak — sama ada pengguna atau penyedia pihak ketiga — yang didapati melanggar terma tersebut. Akibat daripada pelanggaran ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menyekat pengguna atau pelawat, penamatan akaun mereka dan potensi dikenakan penalti undang-undang. TradingView boleh menghentikan akses kepada perkhidmatannya, mendapatkan bantuan injuksi dan menuntut ganti rugi untuk melindungi hak kontrak dan kepentingan penyedia data dan komuniti pengguna. Tindakan ini menunjukkan komitmen TradingView untuk menguatkuasakan polisinya dan memelihara persekitaran platform yang dipercayai.

4. Atribusi

TradingView membenarkan semua pengguna Tradingview.com dan semua versi lain dari laman web ini menggunakan gambar carta TradingView dalam analisis, siaran akhbar, buku, artikel, pos blog dan penerbitan lain, termasuk juga menggunakan TradingView dalam sesi pendidikan, pemaparan carta TradingView semasa siaran video, termasuk gambaran keseluruhan, berita, analisis dan sebaliknya menggunakan atau mempromosikan carta TradingView atau sebarang produk dari laman web TradingView dengan syarat bahawa atribusi TradingView mestilah dapat dilihat dengan jelas pada setiap masa carta dan produk sedemikian digunakan.
Atribusi mesti merujuk kepada TradingView, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang diterangkan di sini.
Penggunaan carta TradingView semasa promosi video atau promosi lain di mana atribusi TradingView tidak kelihatan haruslah disertakan dengan keterangan produk yang digunakan di dalamnya. Sebagai contoh: "Penanda platform yang digunakan untuk analisis ini disediakan oleh TradingView", atau hanya ayat "Carta oleh TradingView", saiz fon tidak boleh lebih rendah daripada 10 PT = 13PX = 3.4MM.
Anda boleh menggunakan butang "Syot kilat" di bar alat yang berada di bahagian atas carta untuk mencipta fail gambar carta semasa anda dengan serta-merta. TradingView secara automatik akan mengambil gambar dengan semua atribusi yang diperlukan dan akan menyediakan pautan di mana anda boleh melihat carta anda, memuat turun atau mengongsikannya. Penggunaan mana-mana produk TradingView di luar laman web TradingView tanpa mendapat pengesahan yang sah dari TradingView adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk semua alatan (seperti widget) yang didapati daripada laman web TradingView dan digunakan pada sumber-sumber luaran di mana atribusi hendaklah kekal seperti yang direkacipta dan dimaksudkan seperti asal. Pengguna yang tidak mematuhi peraturan atribusi ini mungkin akan diharamkan secara kekal dan tindakan undang-undang lain boleh diambil untuk memastikan pematuhan ini berjalan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, amaran tangguh-dan-berhenti, perintah mahkamah, injunksi, denda, bayaran ganti rugi dan sebagainya.

5. Tapak pihak ketiga dan pengiklan

TradingView mungkin akan memasukkan laman web pihak ketiga. Beberapa tapak ini mungkin mempunyai material yang tidak menyenangkan, melanggar undang-undang atau tidak benar. Anda bersetuju bahawa TradingView tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa aktiviti dagangan atau aktiviti lain yang berlaku pada mana-mana laman web yang anda akses menerusi pautan dari TradingView. Kami menyediakan pautan-pautan ini untuk kemudahan dan tidak menyarankan kandungan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman-laman ini. Apa-apa aktiviti dengan pihak pengiklanan yang ditemui pada TradingView adalah antara anda dan pihak pengiklanan dan anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau tuntutan yang anda ada terhadap pihak pengiklanan.
Mencari pelanggan tanpa kebenaran di TradingView dilarang keras dan boleh dikenakan penalti, termasuk tetapi tidak terhad kepada, larangan sementara atau kekal terhadap akaun yang didapati melanggar dan apa-apa tindakan undang-undang yang sewajarnya dan sedia ada untuk ganti rugi kewangan dan lain-lain.

6. Penafian jaminan

LAMAN WEB TRADINGVIEW DAN PERKHIDMATAN DAN SEMUA MAKLUMAT, KANDUNGAN, BAHAN DAN PRODUK TERMASUK PADA ATAU SEBALIKNYA DIJADIKAN TERSEDIA UNTUK ANDA MENERUSI LAMAN WEB DAN PERKHIDMATAN INI ADALAH DISEDIAKAN OLEH TRADINGVIEW PADA "KEADAAN SEKARANG" DAN "YANG TERSEDIA". TRADINGVIEW TIDAK MEMBUAT SEBARANG REPRESENTASI ATAU JAMINAN, TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA MANA-MANA MAKLUMAT YANG TERSEDIA MENERUSI PERKHIDMATAN KAMI ATAU DI TRADINGVIEW ADALAH BENAR, BOLEH DIPERCAYAI, TERKINI, LENGKAP ATAU SESUAI UNTUK KEPERLUAN ANDA. TRADINGVIEW TIDAK MENJAMIN ATAU MEWAKILI YANG PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI OLEH ANDA TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS RALAT, DAN ANDA BERSETUJU BAHAWA DARI MASA KE SEMASA TRADINGVIEW BOLEH MENGELUARKAN PERKHIDMATAN UNTUK TEMPOH MASA YANG TIDAK DITETAPKAN, ATAU MEMBATALKAN PERKHIDMATAN MENGIKUT SYARAT TERMA PENGGUNAAN INI. TRADINGVIEW TIDAK MEWAKILI ATAU MENJAMIN BAHAWA PERKHIDMATAN AKAN BEBAS DARI KERUGIAN, RASUAH, SERANGAN, VIRUS, GANGGUAN, PENGGODAMAN ATAU PENCEROBOHAN KESELAMATAN LAIN, DAN TRADINGVIEW MENAFIKAN APA-APA LIABILITI YANG BERKAITAN DENGANNYA. MANA-MANA BAHAN YANG DIMUAT TURUN ATAU SEBALIKNYA DIPEROLEHI MENERUSI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ADALAH DIAKSES PADA BUDI BICARA DAN RISIKO ANDA SENDIRI, DAN ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK APA-APA KEROSAKAN ATAU KERUGIAN YANG TERJADI DARI MUAT TURUN ATAU PENGGUNAAN BAHAN BERKENAAN.
Pelbagai maklumat yang tersedia menerusi perkhidmatan kami atau di TradingView mungkin diperolehi dari perniagaan atau organisasi profesional, seperti bursa, penyedia berita, penyedia data pasaran dan penyedia kandungan lain (termasuk bursa kewangan yang ditubuhkan seperti New York Stock Exchange, NASDAQ dan Chicago Mercantile Exchange), yang dipercayai menjadi sumber-sumber maklumat boleh dipercayai (secara kolektifnya, "Penyedia Data"). Namun begitu, disebabkan pelbagai faktor — termasuk kemungkinan wujud kesilapan manusia dan mekanikal — ketepatan, kesempurnaan, ketepatan masa, keputusan yang diperolehi dari penggunaan, dan urutan maklumat yang betul yang tersedia menerusi perkhidmatan dan laman web kami adalah tidak dan tidak boleh dijamin oleh TradingView. Begitu juga, kami tidak menjamin atau memikul tanggungjawab untuk skrip, penunjuk, idea dan kandungan pihak ketiga lain. Penggunaan skrip, penunjuk, idea dan kandungan pihak lain oleh anda adalah atas risiko anda sendiri.

7. Penafian berkenaan keputusan dan dagangan pelaburan

Keputusan untuk membeli, menjual, memegang atau berdagang dalam sekuriti, komoditi dan pelaburan lain adalah melibatkan risiko dan sebaiknya dibuat berdasarkan nasihat profesional kewangan yang berkelayakan. Mana-mana dagangan dalam sekuriti atau pelaburan lain melibatkan risiko kerugian yang besar. Amalan "Hari Berdagang" melibatkan risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan anda kehilangan jumlah wang yang banyak. Sebelum menjalankan sebarang program perdagangan, anda perlu berunding dengan pihak kewangan professional yang berkelayakan. Sila pertimbangkan dengan teliti sama ada perdagangan sedemikian sesuai untuk anda dengan melihat kepada keadaan kewangan anda dan keupayaan anda untuk menanggung risiko kewangan. Dalam apa jua keadaan, pihak kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang anda atau individu lain tanggung hasil daripada sebarang aktiviti perdagangan atau pelaburan yang anda atau sesiapa yang terlibat didalam apa-apa maklumat atau bahan yang anda terima melalui TradingView atau perkhidmatan-perkhidmatan kami.

8. Penafian mengenai keputusan prestasi hipotetikal

Hasil prestasi hipotesis mempunyai banyak batasan sedia ada, sebahagian daripadanya disebut di bawah. Tiada perwakilan dibuat bahawa mana-mana akaun akan atau mungkin mencapai keuntungan atau kerugian yang serupa dengan yang ditunjukkan. Sebenarnya terdapat banyak perbezaan yang ketara antara hasil prestasi hipotesis dan hasil sebenar yang kemudian dicapai oleh mana-mana program dagangan tertentu.
Satu daripada batasan hasil prestasi hipotesis ialah bahawa ia kebiasaannya disediakan berdasarkan manfaat pengalaman yang lepas. Di samping itu, dagangan hipotesis tidak melibatkan risiko kewangan dan tiada rekod dagangan hipotesis dapat menjelaskan sepenuhnya mengenai kesan risiko kewangan dalam dagangan sebenar. Sebagai contoh keupayaan untuk menanggung kerugian atau mematuhi program dagangan tertentu walaupun kerugian dalam dagangan merupakan perkara utama, yang juga boleh menjejaskan hasil dagangan. Terdapat banyak faktor lain berkaitan pasaran secara amnya atau pelaksanaan apa-apa program dagangan khusus yang tidak dapat dijelaskan sepenuhnya dalam penyediaan hasil prestasi hipotesis dan semuanya yang boleh menjejaskan hasil dagangan sebenar.

9. Pengguna berdaftar

Perkhidmatan tertentu, seperti menyimpan carta, menerbitnya atau keupayaan memberi komen pada carta yang diterbitkan, hanya tersedia untuk pengguna berdaftar di laman web TradingView dan meminta anda mendaftar masuk dengan nama pengguna dan kata laluan untuk menggunakannya. Jika anda mendaftar sebagai pengguna (“Pelanggan”) mana-mana ciri TradingView, semasa proses pendaftaran, anda mungkin diminta mengklik “Daftar Sekarang,” “Hantar” atau butang yang serupa; dengan mengklik pada butang tersebut akan mengesahkan persetujuan anda untuk terikat secara sah dengan Terma dan Syarat ini.
Sebagai pertimbangan dalam penggunaan laman web TradingView, anda menyatakan bahawa anda termasuk dalam umur yang layak untuk mengikat kontrak dan bukan individu yang dilarang daripada menerima Perkhidmatan TradingView di bawah undang-undang Amerika Syarikat atau bidang kuasa berkenaan. Anda juga bersetuju untuk: (a) memberikan maklumat peribadi yang benar, tepat, terkini dan lengkap sebagaimana yang dikehendaki dalam borang pendaftaran TradingView ("Data Pendaftaran") dan (b) memelihara dan mengemas kini dengan segera Data Pendaftaran untuk memastikan ia benar, tepat, terkini dan lengkap. Jika anda memberikan maklumat yang tidak benar, tidak tepat, bukan terkini dan tidak lengkap, atau TradingVIew mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki maklumat tersebut adalah tidak benar, tidak tepat, bukan terkini atau tidak lengkap, TradingView berhak menggantung atau menamatkan akaun anda dan menghalang apa-apa atau semua penggunaan Perkhidmatan TradingView pada masa kini atau akan datang (atau mana-mana bahagian daripadanya)
Anda menyatakan dan menjamin bahawa anda mempunyai semua hak milik intelek, termasuk semua hak paten, tanda dagangan, rahsia perdagangan, hak cipta dan hak proprietari, ke dalam dan kepada kandungan anda. Jika anda menggunakan bahan pihak ketiga, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda mempunyai hak untuk mengedarkan bahan-bahan pihak ketiga dalam kandungan. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menghantar bahan-bahan yang mempunyai hak cipta, yang dilindungi oleh rahsia perdagangan atau sebaliknya tertakluk kepada hak proprietari pihak ketiga, termasuk hak paten, privasi dan publisiti, melainkan anda adalah pemilik hak-hak tersebut atau mempunyai kebenaran daripada pemilik sah untuk menyerahkan bahan-bahan tersebut.
Kami mungkin membuang kandungan anda tanpa notis sekiranya kami berpuas hati bahawa anda telah melanggar Syarat Penggunaan kami.

10. Status pelanggan yang tidak profesional

Sebagai seorang penjual data pasaran masa nyata dari pertukaran (cth Nasdaq) untuk pengguna akhir, kami dikehendaki mengenalpasti status mana-mana Pelanggan. Jika anda memesan satu langganan untuk data pasaran di TradingView sebagai 'Bukan profesional', anda mengesahkan perkara ini:
  1. Anda menggunakan data pasaran hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk perniagaan anda atau mana-mana entiti lain.
  2. Anda tidak berdaftar atau layak dengan Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC) atau Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC).
  3. Anda tidak berdaftar atau layak dengan mana-mana agensi sekuriti, mana-mana bursa sekuriti, persatuan atau badan pengawalseliaan di mana-mana negara.
  4. Anda tidak menjalankan apa-apa fungsi yang serupa dengan mereka yang memerlukan individu untuk mendaftar atau melayakkan diri dengan SEC, CFTC, mana-mana agensi sekuriti, mana-mana bursa sekuriti, atau persatuan atau badan pengawalseliaan, atau mana-mana pasaran kontrak komoditi atau niaga hadapan, atau persatuan atau badan pengawalseliaan.
  5. Anda tidak terlibat sebagai penasihat pelaburan(seperti dalam terma yang ditakrifkan dalam Seksyen 202 (a) (11) Investment Advisor Act of 1940) atau pengurus aset dan anda tidak terlibat untuk memberikan nasihat pelaburan kepada mana-mana individu atau entiti.
  6. Anda tidak melanggan perkhidmatan itu dalam kapasiti anda sebagai prinsipal, pegawai, rakan niaga, pekerja, atau ejen mana-mana perniagaan atau bagi pihak mana-mana individu lain.
  7. Anda menggunakan modal anda sendiri, tidak disediakan oleh mana-mana individu atau entiti semasa mengendalikan dagangan anda.
  8. Anda tidak mengendalikan dagangan untuk manfaat syarikat, perkongsian, atau entiti lain.
  9. Anda tidak pernah mengikat perjanjian berkongsi keuntungan atau menerima pampasan untuk aktiviti dagangan anda.
  10. Anda tidak menerima ruang pejabat dan kelengkapan atau manfaat lain sebagai pertukaran untuk dagangan atau kerja sebagai perunding kewangan kepada mana-mana individu, syarikat atau entiti perniagaan.
Sama ada kami, atau rakan kongsi kami, menentukan — berdasarkan sumber termasuk, tetapi tidak terhad kepada, laman web syarikat, alamat e-mel dan domain, LinkedIn, peraturan atau pendaftaran syarikat, atau kaedah pembayaran anda — yang anda telah memenuhi kriteria untuk satu status 'Profesional' semasa atau pada bila-bila masa selepas melanggan TradingView atau data pasaran dari bursa, anda bertanggungjawab kepada perbezaan antara kadar langganan 'Bukan Profesional' dan 'Profesional' untuk kedua-dua langganan TradingView dan data pasaran yang relevan. Ini terpakai secara retroaktif dari tarikh anda memulakan langganan. Selain daripada itu, kami memegang hak untuk menghantar invois kepada anda secara automatik untuk perbezaan ini dan mengenakan cas kepada amaun yang berkaitan kepada kaedah pembayaran dalam fail anda.

11. Data diterbitkan

Derivasi proprietari kami menggunakan data pasaran mentah dan melaksanakan proses derivasi 2-faktor untuk menghasilkan harga yang akan ditunjukkan, kemudian akan digunakan oleh mesin harga. Data pasaran yang bersumber diperoleh dan dibekalkan dari pelbagai sumber dan kemudiannya dapat disatukan.
Proses derivasi melibatkan perubahan harga mentah dengan faktor yang ditentukan oleh jumlah perdagangan di pasaran yang mendasari, pemboleh ubah rawak dan jumlah pengimbangan maksimum. Harga data yang diperoleh hanya ditunjukkan kepada pelanggan bukan profesional kami, harga data yang diperoleh kemudian menjadi nilai hak milik organisasi.
Data mentah tidak dapat diakses oleh mana-mana pelanggan, dan data tersebut tidak dapat direka terbalik dengan cara apa pun. Semua pasaran melalui mesin derivasi yang sama.

12. Akses dan keselamatan

Anda menerima tanggungjawab untuk kerahsiaan dan penggunaan mana-mana nama pengguna dan alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftarkan akses anda dan penggunaan perkhidmatan kami. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan dan akaun anda dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang terjadi dari kata kunci atau akaun anda. TradingView tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan akibat dari kegagalan anda untuk mematuhi kewajipan keselamatan ini. Anda bersetuju kepada (a) memberitahu TradingView secepat mungkin sebarang penggunaan yang tidak dibenarkan untuk kata laluan atau akaun anda atau apa-apa pelanggaran keselamatan, dan (b) memastikan anda keluar dari akaun anda pada setiap pengakhiran sesi. TradingView TradingView tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan akibat dari kegagalan anda untuk mematuhi perkara ini

13. Pembayaran dan pembatalan perkhidmatan

  1. Dengan memesan mana-mana langganan pada www.tradingview.com (termasuk tempoh percubaan percuma), anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan menerima Terma Penggunaan dan anda memberikan kebenaran kepada TradingView untuk mengecaj kad bank anda, akaun PayPal dan kaedah pembayaran yang disokong lain secara automatik mengikut tempoh masa pengebilan yang dipilih secara manual oleh anda.
  2. Perkhidmatan ini dibilkan lebih awal setiap bulan atau tahun. Pengguna boleh mencuba pelan berbayar dipilih untuk 30 hari percuma tanpa caj. Jika sesi percubaan tidak dibatalkan sebelum tarikh tamat, ia akan ditukarkan kepada pelan bulanan atau tahunan secara automatik bergantung kepada pilihan pengguna.
  3. Semua pengebilan berlaku secara berulang, yang bermaksud anda akan terus dibilkan sehingga anda membatalkan langganan anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membatalkan langganan TradingView anda dengan betul. Permintaan e-mel atau tiket sokongan yang meminta langganan anda dibatalkan tidak dianggap sebagai pembatalan. Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dengan mengunjungi bahagian pengebilan pada halaman Tetapan Profil anda.
  4. Jika anda membatalkan perkhidmatan sebelum tempoh masa berbayar semasa anda tamat, langganan anda akan kekal aktif sehingga tarikh tamat akan datang. Selepas tarikh tamat tempoh, sekiranya tiada pembayaran diterima, langganan akan dihentikan. Jika pembaharuan semula automatik gagal untuk satu pelan tahunan, anda akan ditukarkan secara automatik kepada satu pelan bulanan.
  5. Pembayaran balik adalah tersedia untuk pembayaran tahunan sahaja jika dipohon dalam masa 14 hari kalendar selepas pembayaran dibuat. Untuk memohonnya, anda perlu menghubungi pasukan sokongan kami. Tiada pembayaran balik untuk naik taraf kepada pelan lebih mahal, pelan bulanan atau data pasaran, walaupun langganan itu telah dibatalkan pada hari yang sama pembayaran dilakukan. Tiada pembayaran balik untuk apa-apa pembelian yang dibayar menggunakan kripto. Sila ambil maklum bahawa pengguna yang memfailkan permohonan caj balik/pertikaian atau tuntutan adalah tidak layak untuk pembayaran balik.
  6. Moderator kami ialah wakil rasmi TradingView, dengan kuasa memberi amaran atau melarang pengguna (termasuk mereka yang mempunyai langganan berbayar) apabila mereka tidak mematuhi Peraturan Dalaman. Kami tidak menawarkan bayaran balik sekiranya anda dilarang daripada menerbitkan kandungan dan berinteraksi dengan individu lain kerana langganan berbayar anda dan semua data dan/atau cirinya masih boleh didapati semasa larangan tersebut berkuat kuasa.
  7. Langganan Essential, Plus dan Premium telah mengandungi data pasaran secara automatik tanpa yuran setiap pengguna tambahan sahaja. Anda boleh melihat pasaran yang tersedia secara percuma dan yang perlu dibeli secara berasingan pada halaman Data pasaran. Semasa pembatalan, sesi percubaan dan perkhidmatan berkaitan akan terhenti serta-merta, kecuali untuk mana-mana pakej data yang dibeli berasingan.
  8. Langganan Essential, Plus dan Premium akan memasukkan data pasaran yang tersedia secara automatik tanpa yuran tambahan setiap pengguna. Anda boleh melihat pasaran yang ada secara percuma dan yang perlu dibeli berasingan dalam halaman data Pasaran. Selepas pembatalan, sesi percubaan dan perkhidmatan berkaitan akan dihentikan serta-merta, kecuali untuk apa-apa pakej pembelian data berasingan.
  9. TradingView, Inc. didaftarkan untuk tujuan percukaian di Australia, Canada, Colombia, the EU, Japan, India, Indonesia, Iceland, Kenya, Liechtenstein, Malaysia, Mexico, New Zealand, Norway, Saudi Arabia, Singapore, South Africa, South Korea, Switzerland, Taiwan, Tanzania, Thailand, Turkey, United Arab Emirates, United Kingdom, Vietnam, dan negeri dan bandar AS tertentu.
  10. TradingView, Inc. boleh menggunakan anak syarikat tempatan atau entiti lain untuk mengumpulkan pembayaran di beberapa negara. Akan tetapi, semua pembayaran akan diproses dan diuruskan oleh TradingView, Inc. dan perkhidmatan akan dibekalkan oleh TradingView, Inc. tanpa mengira entiti yang mengumpulkan pembayaran.
  11. Суб-домен ru.tradingview.com находится под управлением компании TradingView UK Ltd.

14. Langganan Apple App Store

Pembayaran akan dicaj kepada Akaun ID Apple pengguna pada bahagian pengesahan pembelian yang mematuhi dasar privasi Apple. Kami mengesyorkan anda memahami terma pembayaran dan langganan dalam aplikasi Apple terlebih dahulu. Jika satu pembelian dilakukan dari aplikasi iOS kami, pembayaran balik hanya boleh dilakukan dengan mematuhi dasar App Store.
TradingView menawarkan satu jangka masa percubaan. Ia adalah hanya dibolehkan menggunakan jangka masa percubaan sekali sahaja, Pembayaran langganan bermula selepas akhir jangka masa percubaan percuma anda.
Semua jenis langganan diperbaharui secara automatik. Anda boleh membatalkan pilihan pembaharuan dalam App Store dalam masa sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tamat tempoh percubaan percuma anda atau tarikh pembayaran semasa. Pembatalan berkuat kuasa pada penghujung tempoh pengebilan semasa. Pada masa yang sama, anda mengekalkan akses kepada langganan dari saat pembatalan sehingga tamat tempoh pengebilan semasa.
Akaun akan dikenakan caj pembaharuan 24 jam sebelum tamat tempoh langganan semasa.
Kadar yang ditawarkan di kedai mudah alih dan platform berasaskan web mungkin berbeza. Kedai mudah alih menawarkan langganan berasaskan kepada dua kitar pengebilan: tahunan dan bulanan.

15. Langganan aplikasi Android

Transaksi kewangan untuk langganan yang dibuat dalam aplkasi Android kami yang diproses oleh satu perkhidmatan pihak ketiga (Google Play) adalah selaras dengan syarat penggunaan, dasar privasi dan sebarang syarat pembayaran yang berkenaan, khususnya balasan kepada pembayaran balik Google Play. TradingView tidak bertanggungjawab ke atas tindakan atau peninggalan mana-mana pemproses pembayaran pihak ketiga. Kami mengesyorkan agar anda membiasakan diri dengan syarat pembayaran dan langganan di dalam aplikasi Google Play. Jika satu pembelian dibuat daripada aplikasi Android kami, bayaran balik hanya boleh dilakukan dengan mematuhi dasar Google Play.
TradingView menawarkan satu jangka masa percubaan. Ia adalah hanya dibolehkan menggunakan jangka masa percubaan sekali sahaja, Pembayaran langganan bermula selepas akhir jangka masa percubaan percuma anda.
Semua jenis langganan adalah diperbaharui secara automatik. Anda boleh membatalkan pilihan diperbaharui di Google Play dalam masa 24 jam sebelum tamat jangka masa percubaan percuma anda atau tarikh pembayaran terkini. Pembatalan akan bermula pada penamat jangka masa pengebilan terkini. Pada masa yang sama, anda boleh memegang akses kepada langganan daripada masa pembatalan sehingga penamat jangka masa pengebilan terkini.
Pembayaran dibuat mengikut kaedah pembayaran yang dipautkan ke akaun pengguna di Google Play. Langganan dibuat mengikut pilihan Akaun Google Play, yang tidak semestinya mematuhi Akaun Google yang digunakan untuk log masuk ke aplikasi.
Kadar yang ditawarkan di kedai mudah alih dan platform berasaskan web mungkin berbeza. Kedai mudah alih menawarkan langganan berasaskan kepada dua kitar pengebilan: tahunan dan bulanan.

16. Maklum Balas kepada TradingView

Dengan menghantar idea, kandungan, cadangan, dokumen dan/atau usul ("Sumbangan") kepada TradingView menerusi kenalan kami atau laman web maklum balas, anda mengakui dan bersetuju bahawa: (a) Sumbangan anda tidak mengandungi maklumat sulit atau proprietari; (b) TradingView tidak berada di bawah apa-apa tanggungjawab kerahsiaan, tersurat atau tersirat, terhadap Sumbangan; (c) TradingView berhak menggunakan atau mendedahkan (atau memilih untuk tidak menggunakan atau mendedahkan) Sumbangan tersebut untuk apa-apa tujuan, dalam apa-apa cara, di mana-mana media seluruh dunia; (d) TradingView mungkin mempunyai sesuatu yang serupa kepada Sumbangan yang sedang dipertimbangkan atau dalam pembangunan; (e) Sumbangan anda secara automatik menjadi hak milik TradingView, tanpa sebarang kewajipan dari TradingView kepada anda; dan (f) anda tidak berhak kepada apa-apa pampasan atau pembayaran balik dalam apa-apa bentuk dari TradingView di bawah apa-apa keadaan.

17. Ganti Rugi

Anda bersetuju untuk menanggung kerugian dan memastikan TradingView dan anak-anak syarikat, affiliate, pegawai, agen, pekerja, rakan kongsi dan pemberi lesen bebas daripada apa-apa tuntutan atau permintaan, termasuk yuran guaman yang munasabah, yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga kerana atau disebabkan kandungan yang anda serah, terbit, hantar, ubah atau lain-lain yang menjadikannya tersedia menerusi perkhidmatan TradingView; penggunaan perkhidmatan TradingView anda; sambungan anda kepada perkhidmatan TradingView; pelanggaran anda pada Terma Penggunaan; pelanggaran anda pada mana-mana hak orang lain; atau apa-apa tindakan yang diambil oleh TradingView; bertindak secara munasabah, sebagai satu daripada cara penyiasatan atas pelanggaran yang disyakki pada Terma Penggunaan atau sebagai keputusan atas penyiasatan bahawa ada pelanggaran berlaku pada Terma Penggunaan. Kewajipan ini akan kekal selepas penamatan atau pengakhiran tempoh penggunaan perkhidmatan oleh anda.
Jika anda mempunyai pertikaian dengan seorang atau lebih pengguna TradingView, anda bersetuju untuk melepaskan TradingView dari apa-apa dan semua tuntutan, permintaan dan ganti rugi (sebenar dan berbangkit) daripada setiap jenis dan sifat, diketahui atau tidak diketahui, yang muncul daripada atau dalam mana-mana cara yang berkaitan dengan pertikaian sedemikian.

18. Penamatan

Atas permintaan anda, akaun anda boleh dibatalkan dari TradingView. Anda boleh memadamkan akaun anda pada bila-bila masa dengan melawat halaman Tetapan Profil anda. Jika anda memohon akaun anda dibatalkan, kami akan memadamkan data peribadi yang dikaitkan dengan akaun anda, akan tetapi beberapa data peribadi akan dikekalkan jika ia telah diintegrasikan kepada data yang penting kepada sistem dan tapak kami, termasuk data dalam komunikasi yang anda telah hantar melalui tapak kami. Data ini disimpan untuk integrasi data pada tapak dan tujuan perniagaan sah kami, termasuk pengauditan, keselamatan dan kepentingan sah lain (sila rujuk Polisi Privasi kami untuk lebih maklumat). Sumbangan yang diterbitkan oleh anda akan kekal pada tapak mengikut budi bicara kami. Sebaik sahaja Sumbangan diterbitkan, ia menjadi sebahagian daripada ilmu dagangan komunal dan akan kekal seperti itu. Polisi ini menghalang pengguna daripada hanya mendedahkan idea terbaik mereka kepada umum, dan dengan ini manjadikan semua orang jujur dan mengekalkan keyakinan orang ramai dalam reputasi dan integriti tapak.
Anda bersetuju bahawa TradingView boleh, tanpa memberi notis terlebih dahulu, menamatkan, mengehadkan akses atau menggantung akaun TradingView anda, mana-mana alamat e-mel yang berkaitan dan akses kepada Perkhidmatan TradingView secara serta-merta. Punca atau sebab bagi penamatan, pengehadan akses atau penggantungan hendaklah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, (a) pencerobohan atau pelanggaran Terma Penggunaan atau perjanjian atau garis panduan lain yang digabungkan, (b) permintaan oleh penguat kuasa undang-undang atau agensi kerajaan lain, ( c) penamatan atau pengubahsuaian bahan terhadap Perkhidmatan TradingView (atau mana-mana bahagiannya), (d) isu atau masalah teknikal atau keselamatan yang tidak dijangka, (e) tempoh tidak aktif yang lama, (f) dan/atau penglibatan anda dalam aktiviti penipuan atau menyalahi undang-undang. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa semua penamatan, pengehadan akses dan penggantungan untuk sesuatu sebab atau punca hendaklah dibuat mengikut budi bicara TradingView sepenuhnya dan TradingView tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk mana-mana penamatan akaun anda, mana-mana alamat e-mel yang berkaitan, atau akses kepada Perkhidmatan TradingView.

19. E-mel

Dengan membuka akaun dengan TradingView, anda bersetuju bahawa TradingView boleh menggunakan e-mel anda untuk menghantar bahan pemasaran, notis berkaitan dengan perkhidmatan, pesanan maklumat penting, tawaran istimewa dll. Anda boleh berhenti melanggan daripada ini dengan mengklik pautan yang disediakan di dalam e-mel.

20. Peraturan dalaman

Dengan membuka dan menggunakan akaun di TradingView anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju mematuhi Peraturan Dalaman kami.

21. Perisian pihak ketiga

Perisian, laman web dan/atau perkhidmatan kami mungkin mengandungi komponen-komponen perisian yang disediakan oleh pihak ketiga yang digunakan dengan kebenaran pemberi lesen dan/atau pemegang hak cipta pada terma yang diberikan oleh pihak-pihak tersebut ("Perisian pihak ketiga"). TradingView menafikan dengan jelas apa-apa jaminan atau jaminan lain kepada anda terhadap perisian pihak ketiga. Sila ambil maklum bahawa penggunaan perisian pihak ketiga oleh anda akan dikawal oleh terma dan syarat penggunaan dan polisi privasi penyedia perisian pihak ketiga dan bukannya oleh Terma Pengguna ini atau Polisi Privasi kami.

22. Skrip

Anda menyatakan dan menjamin bahawa anda mempunyai semua hak harta intelek, termasuk semua paten, tanda dagangan, rahsia dagangan, hak cipta dan hak proprietari lain, di dalam dan kepada skrip anda. Jika anda menggunakan bahan pihak ketiga, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda mempunyai hak untuk mengedarkan bahan pihak ketiga dalam skrip. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menghantar bahan yang mempunyai hak cipta, dilindungi oleh rahsia dagangan atau sebaliknya yang tertakluk kepada hak proprietari, termasuk paten, privasi dan hak publisiti, kecuali anda adalah pemilik hak tersebut atau mempunyai kebenaran dari pemilik yang sah untuk menghantar bahan tersebut.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mana-mana skrip yang anda cipta. TradingView tidak bertanggung jawab dalam apa-apa cara untuk penggunaan atau penyalahgunaan skrip anda oleh mana-mana pengguna. TradingView tidak bertanggung jawab dalam apa-apa cara kepada penggunaan atau penyalahgunaan skrip oleh mana-mana pengguna oleh anda.
Dengan menggunakan ciri skrip terbitan, anda memberi kami lesen yang bebas royalti, tidak boleh ditarik balik, kekal, tanpa royalti untuk:
  • Terbitkan skrip ini bersama nama pengguna pengarangnya;
  • dedahkan sumber kod skrip untuk skrip terbuka;
  • melaksanakan, memaparkan, menggunakan dan menyediakan skrip terbuka atau dilindungi anda untuk mana-mana pengguna atau skrip jemputan sahaja bagi mana-mana pengguna yang menerima undangan.
Kami berhak memadam skrip anda tanpa notis sekiranya kami mempunyai alasan munasabah bahawa anda melanggar terma-terma penggunaan.
Anda boleh menerbitkan skrip di bawah mana-mana lesen. Jika anda tidak memasukkan lesen dalam bahagian komen dalam skrip, anda bersetuju bahawa skrip anda adalah dilesenkan di bawah Mozilla Public License 2.0.

23. Penerbitan — tiada status cadangan atau nasihat

Maklumat dan penerbitan adalah tidah bermaksud untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView.
Apa-apa pernyataan pandangan (yang boleh berubah tanpa notis) adalah pendapat peribadi penulis, dan penulis tidak membuat pernyataan atau jaminan kepada ketepatan atau kesempurnaan untuk apa-apa maklumat atau analisis yang diberikan.
Penulis-penulis dan TradingView adalah tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian terhasil disebabkan apa-apa pelaburan yang dibuat berdasarkan pada mana-mana pengesyoran, ramalan atau maklumat lain yang dikemukakan di sini.
Kandungan penerbitan-penerbitan ini tidak seharusnya ditafsirkan sebagai satu janji, jaminan, atau petunjuk yang nyata atau tersirat oleh TradingView yang pelanggan-pelanggan boleh mendapatkan keuntungan atau mengalami kerugian yang berkaitan dengan mereka boleh atau boleh dihadkan jika mereka menggunakan maklumat yang diberikan.

24. Peraturan program rujukan syiling TradingView

  1. Siapakah yang layak menjadi perujuk?Mana-mana pemegang akaun TradingView boleh menjadi perujuk.

  2. Siapakah yang layak menjadi orang yang dirujuk? Kawan atau pengikut media sosial anda layak menjadi orang yang dirujuk. Untuk menerima ganjaran syiling kerana merujukkan seseorang yang memesan satu pelan berbayar di TradingView. Orang yang anda rujukkan hendaklah seorang pengguna baharu TradingView dan tidak boleh mempunyai lebih daripada satu akaun. Selain daripada itu, orang yang dirujuk hendaklah mencipta satu akaun melalui pautan yang anda kongsi dan membuat pembelian di laman web. Ambil maklum bahawa bonus hanya akan diberikan untuk pembelian yang dilakukan di laman web, bukan di aplikasi.

  3. Bagaimanakah saya boleh menggunakan pautan rujukan saya? TradingView mahu anda berkongsi pautan rujukan anda dan mendapat syiling TradingView, tetapi anda bersetuju yang anda tidak akan:

    • Cuba dapatkan perujuk dengan spam, e-mel pukal atau menghantar e-mel yang tidak diminta. Satu-satunya orang yang anda perlu menghantar e-mel adalah orang yang anda kenal secara peribadi;
    • Mengguna, memapar atau memanipulasi harta intelek TradingView (seperti logo TradingView, tanda perdagangan dan karya yang dilindungi hak cipta) dengan cara apa sekalipun kecuali untuk memperkenalkan diri anda sebagai pengguna TradingView atau perujuk TradingView;
    • Cipta atau daftar mana-mana (i) perniagaan, (ii) URL, (iii) nama domain, (iv) nama atau tajuk aplikasi perisian atau (v) pegangan atau profil media sosial yang menggunakan perkataan "TradingView" atau apa-apa tanda perniagaan atau apa-apa perkataan yang menyebabkan kekeliruan yang bersamaan dengan tanda perniagaan TradingView;
    • Kata kunci belian (termasuk, tetapi tidak terbatas kepada Google AdWords) yang mengandungi sebarang tanda perdagangan TradingView;
    • Menggunakan sistem automasi atau bot melalui sebarang saluran untuk menyebarkan, pos, atau berkongsi pautan rujukan anda;
    • Mangguna skrip atau program atau pemanggil automatik untuk menghantar jemputan atau berkongsi pautan rujukan anda;
    • Membuat dakwaan mengelirukan mengenai TradingView, menggunakan kandungan yang menyinggung/kesat, mencipta laman web/halaman web/profil media sosial/aplikasi, menyalahkatakan hubungan anda kepada TradingView, atau selain daripada itu membuat pernyataan palsu atau mengelirukan untuk mendapatkan rujukan untuk menggunakan pautan anda, atau menggunakan pautan rujukan anda dalam apa-apa cara yang melanggar undang-undang atau Peraturan Dalaman TradingView.
  4. Bagaimanakah saya boleh mendapat syiling TradingView? Perujuk akan mendapat ganjaran syiling TradingView kerana menjemput pengguna-pengguna baharu yang membeli langganan. Selagi anda dan orang yang anda rujukkan mematuhi Peraturan ini, dan juga polisi TradingView yang disiarkan, anda akan menerima syiling TradingView anda selepas orang yang anda rujukkan menggunakan pautan anda untuk mendaftar dengan TradingView dan membuat pembayaran pertama mereka dalam masa tiga bulan selepas mencipta akaun. Dengan ini, perujuk akan menerima syiling TradingView dalam jumlah $15 untuk pembelian mereka pada mana-mana langganan. Untuk menerima syiling TradingView kerana merujukkan seseorang yang memesan satu pelan berbayar di TradingView, orang yang anda rujukkan hendaklah seorang pengguna baharu TradingView. Ingat, anda hanya akan menerima bonus ini untuk pembelian yang dilakukan di laman web, bukan menerusi aplikasi.

    Syarat untuk menerima dan jumlah syiling TradingView adalah tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara TradingView. Ganjaran rujukan dalam bentuk syiling TradingView adalah tidak boleh ditukar milik, tiada nilai tunai dan boleh luput. TradingView boleh membatalkan ganjaran pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya.

    Sekiranya perujuk anda memfailkan caj balik atau tuntutan bayaran balik untuk langganan berbayar, ganjaran yang anda dan perujuk anda terima daripada TradingView akan dibatalkan.

  5. Bolehkah saya mendapat syiling dengan berkongsi pautan melalui aplikasi mudah alih? Boleh, anda boleh mendapat syiling tetapi ada beberapa syarat yang anda perlu patuhi. Anda boleh berkongsi pautan melalui aplikasi tetapi orang yang anda rujukkan perlu mendaftar melalui pautan anda dan membeli satu langganan pada laman web untuk mendapatkan syiling. Bonus ini tidak tersedia untuk pembelian melalui aplikasi.

  6. Bagaimanakah saya boleh menggunakan syiling TradingView? Anda boleh menggunakan syiling TradingView dengan membeli langganan baharu atau memanjangkan langganan sedia ada. Sila ambil maklum bahawa syiling TradingView tidak boleh digunakan untuk membayar data pasaran bursa dan syiling tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam aplikasi.

  7. Penamatan dan perubahan. TradingView memegang hak kepada perubahan, penamatan atau penjedaan, secara keseluruhan atau sebahagian, pada mana-mana program rujukan, termasuk juga apa-apa syarat perujuk atau orang yang dirujukkan untuk menyertai dalam mana-mana program rujukan atau menerima syiling TradingView pada bila-bila masa untuk apa-apa sebab, termasuk penipuan yang disyakki (termasuk oleh sama ada perujuk dan/atau orang yang dirujukkan), penyalahgunaan atau apa-apa pelanggaran kepada Peraturan ini.

25. Had liabiliti

ANDA DENGAN JELAS MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA TRADINGVIEW DAN AFFILIATE, ANAK SYARIKAT, PEGAWAI, DIREKTOR, PEKERJA, AGEN, RAKAN KONGSI DAN PENGELUAR LESEN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA UNTUK SEBARANG KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS, BERBANGKIT ATAU TELADAN, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, GANTI RUGI UNTUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN, MUHIBAH, PENGGUNAAN, DATA, KOS PEROLEHAN BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN PENGGANTI, ATAU LAIN-LAIN KERUGIAN TIDAK KETARA (WALAUPUN JIKA TRADINGVIEW TELAH MEMBERIKAN NASIHAT TENTANG KEBARANGKALIAN TERJADINYA KERUGIAN BERKENAAN), YANG BERPUNCA DARI:
  • PENGGUNAAN ATAU KETIDAK UPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN ATAU SISTEM YANG MENJADIKAN PERKHIDMATAN TERSEDIA;
  • APA-APA PERUBAHAN YANG DILAKUKAN KEPADA PERKHIDMATAN, HARGA ATAU SEBARANG PEMBERHENTIAN SEMENTARA ATAU KEKAL PADA PERKHIDMATAN ATAU MANA-MANA BAHAGIAN DARIPADANYA.
  • PENGGUNAAN, PENDEDAHAN ATAU PAPARAN KANDUNGAN DIHASILKAN PENGGUNA ANDA;
  • AKSES TANPA KEBENARAN UNTUK ATAU PENGUBAHSUAIAN UNTUK TRANSMISI ATAU DATA ANDA;
  • PEMADAMAN, KEROSAKAN ATAU KEGAGALAN UNTUK MENYIMPAN DAN/ATAU MENGHANTAR TRANSMISI ATAU DATA ANDA PADA ATAU MELALUI PERKHIDMATAN;
  • KENYATAAN ATAU TINDAKAN MANA-MANA PIHAK KETIGA PADA PERKHIDMATAN;
  • DAN HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN.
TradingView boleh memperbaharui Peraturan-peraturan ini pada bila-bila masa.