Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/1 November
Penampilan
1 November: Hari Kebangsaan di Algeria (1954); Hari Kemerdekaan di Antigua dan Barbuda (1981); Hari Para Orang Kudus dalam Kristian Barat.
- 1520 – Ferdinand Magellan mengetuai ekspedisi Eropah pertama melayari Selat Magellan.
- 1755 – Gempa bumi dan tsunami memusnahkan Lisbon, membawa kepada kelahiran kejuruteraan gempa bumi dan seismologi moden.
- 1800 – John Adams menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama mendiami Executive Mansion, kini dikenali sebagai Rumah Putih.
- 1954 – Front de Libération Nationale memulakan Perang Kemerdekaan Algeria menentang pemerintahan Perancis, dengan serangan gerila di pelbagai kawasan.
- 1963 – Balai Cerap Arecibo, dengan teleskop radio (gambar) terbesar di dunia, dibuka secara rasmi di Arecibo, Puerto Rico.
Hari-hari sebelum: 31 Oktober – 30 Oktober – 29 Oktober