Tanaman perangkap
Tanaman perangkap adalah tanaman rentan yang ditanam untuk menarik perosak, selalunya serangga, supaya tumbuh-tumbuhan perumah kurang mendapat serangan. Setelah itu, tanaman ini juga boleh dimusnahkan. Contohnya, tanaman kekacang di ladang getah. Ia adalah salah satu bentuk tumbuhan regu yang dapat menyelamatkan tanaman utama daripada kerosakan oleh perosak tanpa penggunaan racun perosak.[1] [2] Tanaman perangkap boleh ditanam sekeliling kebun atau ladang yang ingin dilindungi, contohnya setiap baris kesembilan.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Tanaman perangkap, apabila digunakan pada skala besar, selalunya ditanam pada masa kemuncak kitar hidup perosak, dan kemudian dihapuskan sebelum kitar hidup ia lengkap dan sebelum ia sempat berpindah ke tanaman utama.[3]
Antara contoh tanaman perangkap ialah:
- Serai wangi ditanam bagi menghalau serangga daripada mendekati tanaman utama.
- Pokok kesum ditanam bagi menarik serangga perosak datang kepadanya berbanding tanaman utama.
Operasi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dr. Stefan Brueckmann. "Trap cropping". Oisat.org. Dicapai pada 2013-03-29.
- ^ Horticulture Research International, Wellesbourne : “Insects can see clearly now the weeds have gone.” Finch, S. & Collier, R. H. (2003). Biologist, 50 (3), 132-135.
- ^ "Trap Crop". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-22. Dicapai pada 29 Mac 2013.