Pergi ke kandungan

Syaddah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syaddah (Arab: شَدّة syaddah, "tanda tekanan"), tasydid (تشديد tasydīd "tekanan") atau sabdu (Sanskrit: शब्द śabda; Jawi: سبدا) ialah tanda dalam abjad Arab yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu konsonan itu digandakan atau menyatakan bahawa sesuatu bunyi itu berangkap. Dalam bidang linguistik, hal ini dipanggil geminasi. Apabila dialihaksarakan kepada tulisan Rumi, ia biasanya akan ditulis sebagai huruf konsonan yang digandakan, contohnya رُمّان = rummān "buah delima"

Bentuknya seperti huruf kecil س syin, kependekan untuk syaddah. Ia direka untuk puisi syair oleh al-Khalil bin Ahmad pada abad ke-8, menggantikan titik yang digunakan sebelumnya.[1]

Unicode Umum Nama Alih huruf
0651

ّ ّ

syaddah (konsonan digandakan)

Gabungan dengan tanda baca lain

[sunting | sunting sumber]

Apabila syaddah digunakan pada konsonan yang mempunyai tanda baca baris atas atau fatḥah /a/, fatḥah itu ditulis di atas syaddah. Jika konsonan mempunyai baris bawah atau kasrah /i/, kasrah itu ditulis di antara konsonan dan syaddah daripada di bawah konsonan seperti biasa, namun hal ini biasanya hanya digunakan dalam penulisan bahasa Arab, bukan dalam bahasa lain yang menggunakan tulisan Arab.

Sebagai contoh, lihat lokasi tanda-tanda baca pada huruf ـهـ h dalam perkataan-perkataan berikut:

Bahasa Arab Alih huruf Maksud Tanda baca Lokasi tanda baca
يَفْهَمُ yafhamu [dia] faham fatḥah Di atas huruf
فَهَّمَ fahhama [dia] telah menerangkan fatḥah Di atas syaddah
فَهِمَ fahima [dia] faham kasrah Di bawah huruf
فَهِّمْ fahhim terangkan! kasrah Antara syaddah dan huruf

Apabila menulis bahasa Arab dengan tangan, kebiasaannya syaddah ditulis dahulu, kemudian tanda baca vokal.

Dalam representasi Unicode, syaddah boleh muncul sebelum ataupun selepas tanda baca vokal, dan kebanyakan pasuan moden boleh menangani kedua-duanya. Walau bagaimanapun, dalam susunan Unicode kanonik, syaddah muncul selepas tanda baca vokal, walaupun ia patut ditulis selepas terus huruf konsonan dari segi fonetik.

Kepentingan menandakan kepanjangan konsonan

[sunting | sunting sumber]
Al-Quran abad ke-10 dengan syaddah-syaddah dalam warna emas

Panjang konsonan dalam bahasa Arab akan menghasilkan maksud yang berbeza: دَرَسَ darasa bermaksud "dia belajar", manakala دَرَّسَ darrasa bermaksud "dia mengajar"; بَكى صَبي bakā ṣabiyy bermaksud "seorang pemuda menangis" manakala بَكّى الصَّبي bakkā ṣ-ṣabiyy bermaksud "pemuda itu dibuat menangis".

Konsonan mungkin panjang kerana bentuk kata nama atau kata kerja; cth, bentuk kausatif kata kerja memerlukan konsonan kedua kata dasar jadi panjang, seperti dalam contoh darrasa di atas, atau melalui asimilasi konsonan, contohnya l- dalam artikel pasti bahasa Arab al-mengasimilasi kepada semua konsonan gigian, cth (الصّبي) (a)ṣ-ṣabiyy bukannya (a)l-ṣabiyy, atau melalui metatesis, penerbalikan bunyi, contohnya أَقَلّ aqall "kurang, lebih sedikit" (bukannya *أَقْلَل aqlal), berbanding dengan أَكْبَر akbar "lebih hebat".

Suku kata yang ditutup dengan konsonan panjang akan menjadi suku kata panjang. Ini mempengaruhi kedua-dua tekanan dan prosodi. Tekanan jatuh pada suku kata panjang pertama dari akhir perkataan, oleh itu أَقَلّ aqáll (atau, dengan ikrab, aqállu) berbanding dengan أَكْبَر ákbar, مَحَبّة maḥábbah "cinta, kasih sayang" berbanding dengan مَعْرِفة maʻrifah "pengetahuan (pengalaman)". Dalam rangkap syair Arab, apabila mengimbas matra, suku kata yang ditutup dengan konsonan panjang dikira panjang, sama seperti suku kata lain yang ditutup dengan konsonan atau suku kata yang berakhir dengan vokal panjang: أَلا تَمْدَحَنَّ a-lā tamdaḥanna "Awak tidak memujikah...?" diimbas sebagai a-lā tam-da-ḥan-na: pendek, panjang, panjang, pendek, panjang, pendek.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Versteegh, 1997. The Arabic language. p 56.