Pulau Sebang
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Pulau Sebang | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Pulau Sebang merupakan sebuah pekan yang terletak dalam Daerah Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Jarak antara Bandar Alor Gajah dari Pulau Sebang sejauh 9 kilometer manakala Bandaraya Melaka dari Pulau Sebang sejauh 32 kilometer. Pulau Sebang terletak bersebelahan dengan Bandar Tampin. Kerajaan Negeri Melaka telah usahakan untuk jenamakan semula bandar Pulau Sebang, dengan mengecat bagunan bandar Pulau Sebang dengan warna oren agar pengguna dapat membezakan antara Tampin dan Pulau Sebang. Poskod di Pulau Sebang iaitu 78000.
Sempadan negeri
[sunting | sunting sumber]Keunikan Pulau Sebang ialah kerana ia bersambung dengan Bandar Tampin, Negeri Sembilan. Malah sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan terletak di lampu isyarat di tengah bandar Pulau Sebang dan Tampin. Orang luar yang datang ke Bandar Pulau Sebang seolah-olah tidak menyedari mereka telah pun berada di Negeri Melaka kerana merasakan mereka berada di bandar Tampin, Negeri Sembilan. Papan tanda sempadan memang wujud tetapi tidak disedari. Hal ini kerana kebanyakan sempadan antara negeri dipisahkan oleh sungai tetapi di sini dipisahkan oleh lampu isyarat. Ramai orang tidak menyedari bahawa bandar Tampin tidak mempunyai hentian teksi dan bas. Hentian teksi dan bas sebenarnya terletak dalam wilayah Melaka (Pulau Sebang) bukan di kawasan Tampin. Hentian bas dan teksi itu diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah.
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Kereta api
[sunting | sunting sumber]Stesen Keretapi Tampin sebenarnya terletak di Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah, Melaka. Nama sebenar stesen itu Pulau Sebang. Dari tahun 1905 hingga 1942, terdapat landasan kereta api ke Bandaraya Melaka dari sini, tetapi telah dibongkar Jepun sejak Perang Dunia Kedua. Bekas laluannya dan jambatan-jambatan keretapi melintasi sungai masih ada sehingga hari ini. Ada perancangan dari KTMB untuk membuka semula laluan ke bandaraya Melaka dalam Rancangan Malaysia ke-10. Projek landasan kereta api berkembar elektrik yang sedang giat dijalankan antara Seremban ke Gemas akan turut memasuki Negeri Melaka sejauh 27.84 kilometer. Stesen Kereta api Pulau Sebang yang sedia ada sekarang akan dipindah ke lokasi baru yang terletak arah selatan dari stesen kereta api sekarang atau arah utara yang akan ditentukan kemudian. Stesen KTMB Pulau Sebang yang baru kelak akan dilengkapi dengan bangunan dua tingkat dan tempat letak kereta yang sistematik. Oleh itu pengguna KTMB yang hendak ke Bandaraya Melaka atau sebaliknya akan menjadi mudah kerana ada perancangan memindahkan stesen bas dan teksi dilokasi yang berhampiran dengan stesen KTM yang baru. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012. Kerajaan Negeri Melaka juga berhasrat agar stesen KTMB Pulau Sebang tidak agi dibayangi dengan Tampin sebaliknya lebih dikenali Alor Gajah, Melaka sesuai dengan kedudukan geografinya yang sebenar.
Kemudahan awam
[sunting | sunting sumber]- Perhentian Bas Dan Teksi Pulau Sebang
- Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin
- Bank
- Maybank
- Ambank
- Stesen minyak
- Petronas
- Shell
- Caltex
- Masjid
- Masjid Kampung Kuala Ina
- Masjid Kampung Pulau Sebang
- Balai Polis Pulau Sebang
- Pasar Raya
- Pasar Raya Mydin
Kampung
[sunting | sunting sumber]- Kampung Pulau Sebang
- Kampung Pulau Sebang Utara
- Kampung Kuala Ina
Taman Perumahan
[sunting | sunting sumber]- Taman Rakyat
- Taman Baiduri
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Sekolah rendah
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang
- SRJK (C) Pay Chee
- SJK (T) Pulau Sebang