Proton Saga (generasi kedua)
Proton Saga (generasi kedua) | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Proton |
Pengeluaran | 2008 - 2016 |
Kelas | Subpadat |
Gaya badan | Sedan 4 pintu |
Reka letak | FF |
Proton Saga generasi kedua merupakan sebuah sedan subpadat 4 pintu keluaran pengeluar kereta Malaysia, Proton yang dilancarkan pada 18 Januari 2008.[1] Ia menggantikan generasi pertama Proton Saga sebagai model "flagship" Proton. Proton Saga generasi kedua dibina berasaskan pelantar Proton Savvy yang dipanjangkan dan dibangunkan sendiri oleh Proton dengan sokongan teknikal daripada Lotus Cars dan LG CNS. Proton melancarkan model yang diperbaharui yang dipanggil Proton Saga FL pada 30 November 2010.[2] 8 bulan berikutnya, sebuah lagi model yang ditambah baik yang dipanggil Proton Saga FLX dilancarkan.[3]
Kereta ini dinamakan sempena biji saga (Adenanthera pavonina) yang mudah didapati di Malaysia. Nama tersebut dipilih oleh Ismail Jaafar, pemenang pertandingan menamakan kereta nasional tersebut.[4] Proton Saga juga merupakan satu simbol kebangsaan Malaysia yang dikenali.[5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Proton Saga | |
---|---|
Maklumat | |
Pengeluaran | 2008 - 2010 |
Enjin | 1.3L CamPro IAFM I4 1.6L CamPro IAFM I4 |
Penghantaran | Manual 5 kelajuan Automatik 4 kelajuan |
Jarak roda | 2,465 mm (97.0 in) |
Panjang | 4,257 mm (167.6 in) |
Lebar | 1,680 mm (66.1 in) |
Tinggi | 1,502 mm (59.1 in) |
Lelaran pertama (2008 - 2010)
[sunting | sunting sumber]Generasi kedua Proton Saga yang sangat dinanti-nantikan telah dilancarkan pada 18 Januari 2008.[1] Sebelum ini, generasi pertama Proton Saga merupakan model Proton yang paling berjaya, mempunyai jangka hayat pengeluaran selama 23 tahun, iaitu yang paling lama di kalangan model-model Proton setakat ini. Saga generasi kedua ini merupakan rekaan asli, tidak seperti generasi terdahulunya. Ia dilancarkan dalam 3 varian, iaitu N-Line, B-Line dan M-Line dengan harga antara RM31,498 hingga RM39,998. Kesemua varian digerakkan oleh enjin CamPro IAFM 1.3 liter. Turut dipamerkan semasa majlis pelancaran ialah sebuah model konsep dipanggil Proton Saga RED.[6] Saga baharu ini merupakan satu kejayaan jualan bagi Proton, menerima lebih 23,000 tempahan dalam masa tidak sampai dua minggu sejak pelancarannya.[7] Tambahan pula, ia menggantikan Saga Iswara lama sebagai pilihan bagi pemandu teksi Malaysia dari tahun 2008 hingga 2010. Varian teksi ini dilengkapi enjin CamPro 1.6 liter 110 bhp dan ditukarkan sebagai kenderaan gas asli.[8]
Pada Jun 2009, Proton Saga 1.6 B-Line dilancarkan. Ia berkongsi enjin yang digunakan pada varian teksi Saga, tetapi kekurangan banyak ciri-ciri, termasuklah beg udara pemandu.[9] Sebulan kemudian, Proton Saga SE didedahkan. Dengan harga antara RM43,000 hingga RM45,500, ia dijual sebagai varian premium dengan hanya 2 pilihan warna serta kit badan unik, dipadankan dengan enjin CamPro 1.3 yang juga terdapat dalam model lain.[10] Pada 16 Julai 2009, Proton mempamerkan Saga EV Concept bebas emisi di Universiti Putra Malaysia, Serdang.[11] Digerakkan oleh motor DC 125kW (168hp) yang dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan, ia mempunyai jarak perjalanan maksimum 109 kilometer (68 batu) dan boleh dicas menggunakan soket elektrik rumah biasa.
Semasa malam Krismas 2009, Proton melancarkan S16 di pasaran Australia.[12] Tiada sebab rasmi kenapa Proton memilih untuk menamakan Saga sebagai S16 di Australia. Apa pun, S16 adalah sama seperti model di Malaysia, tetapi menampilkan enjin CamPro 1.6 110 kk yang lebih baharu. Pada masa tersebut, ia dijual dengan harga AUD$11,990, menjadikannya kereta baharu termurah di pasaran Australia.[13] Gelaran tersebut kini dipegang oleh Chery J1 buatan China. Pelancaran S16 disokong oleh ratu cantik Miss Universe Australia Rachael Finch, duta rasmi Proton Australia bagi tahun 2009.
Pada Julai 2010, sebuah model edisi terhad dikenali sebagai Proton Saga Edisi Ulang Tahun ke-25 dilancarkan.[14] Dengan harga RM54,500, ia menawarkan kemasan kulit, dua beg udara dan empat tingkap kuasa bersama-sama rim aloi dan warna cat khas. Hanya 25 buah sahaja dikeluarkan, selaras dengan ulang tahun Proton dalam sejarah automotif.
Proton Saga FL | |
---|---|
Maklumat | |
Pengeluaran | 2010 - 2011 |
Enjin | 1.3L CamPro IAFM I4 1.6L CamPro IAFM I4 |
Penghantaran | Manual 5 kelajuan Automatik 4 kelajuan |
Jarak roda | 2,465 mm (97.0 in) |
Panjang | 4,278 mm (168.4 in) |
Lebar | 1,680 mm (66.1 in) |
Tinggi | 1,520 mm (59.8 in) |
Berat Curb | 1,017 kg (2,242.1 lb) - 1,065 kg (2,347.9 lb) |
Lelaran kedua (2010 - 2011)
[sunting | sunting sumber]Pada 30 November 2010, Proton melancarkan model facelift pertengahan hayat Proton Saga di Ekspo Kereta Antarabangsa Thailand 2010.[2] Ia dipanggil Proton Saga FL, di mana 'FL' bermaksud facelift. Saga FL menerima banyak perubahan luaran seperti bampar hadapan dan belakang yang direka semula, gril, rim, lampu kepala dan lampu belakang. Lampu isyarat membelok tepi disepadukan dengan cermin sisi dan lampu brek menggunakan teknologi LED. Di bahagian dalaman, Saga FL menyertakan tingkap kuasa bagi keempat-empat pintu, sistem audio Clarion dengan port USB dan dan AUX, kawalan audio di stereng, serta dua beg udara. Spesifikasi teknikal Saga FL kebanyakannya tidak berubah daripada Saga sebelumnya. Turut ditampilkan semasa pelancaran Saga FL di Thailand ialah Konsep Saga R3.[15] Ia direkabentuk oleh bahagian Proton Race, Rally, Research (R3) dan menampilkan kit badan sporti, rim unik dan kemasan cat khas. Spesifikasi teknikalnya tidak diketahui. Beberapa hari kemudian, Konsep Proton Kasturi ditontonkan semasa Pertunjukan Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.[16] Kasturi yang berasaskan Saga FL dicipta oleh Proton Design dan kebanyakan daripada ciri-cirinya diterapkan dalam beberapa model akan datang.
Saga FL dilancarkan di Malaysia dua minggu selepas pelancaran di Thailand.[17] Ia didatangkan dalam dua varian bagi pasaran Malaysia, iaitu Standard dan Executive. Kedua-dua varian boleh didapati dalam transmisi automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan. Setiap Proton Saga FL didatangkan dengan 4 tingkap kuasa piawai, satu ciri yang amat dialu-alukan. Kemudian pada Mei 2011, satu model yang lebih berkuasa dikenali sebagai Proton Saga FL 1.6 Executive dilancarkan.[18] Sebagaimana namanya, ia digerakkan oleh enjin 110 kk CamPro IAFM 1.6 dan hanya boleh didapati dengan pilihan transmisi automatik 4 kelajuan sahaja. Saga FL 1.6 didatangkan dengan rim aloi unit dan pelekat badan untuk membezakannya.
Proton Saga FLX | |
---|---|
Maklumat | |
Pengeluaran | 2011 - 2016 |
Enjin | 1.3L CamPro IAFM+ I4 1.6L CamPro IAFM+ I4 |
Penghantaran | Manual 5 kelajuan CVT 6 kelajuan |
Jarak roda | 2,465 mm (97.0 in) |
Panjang | 4,278 mm (168.4 in) |
Lebar | 1,680 mm (66.1 in) |
Tinggi | 1,520 mm (59.8 in) |
Berat Curb | 1,017 kg (2,242.1 lb) - 1,080 kg (2,381.0 lb) |
Lelaran ketiga (2011 - 2016)
[sunting | sunting sumber]8 bulan selepas pelancaran Saga FL, Proton menambah Saga FLX dalam barisan model keluarannya, dengan kod nama P2-11C.[3][19] Tambahan 'X' bermaksud "ekstra". Sebagaimana lelaran sebelumnya, FLX didapati dalam varian Standard dan Executive trim lines. Kedua-dua versi dilengkapi dengan enjin CamPro IAFM+ yang diperbaharui, yang mana boleh digandingkan sama ada dengan transmisi manual ataupun CVT. Punch Powertrain CVT buatan Belgium menghasilkan pecutan lancar tanpa sentakan penukaran di samping penjimatan bahan api yang lebih baik daripada transmisi automatik 4 kelajuan lama. Di samping itu, transmisi manual 5 kelajuan Aichi Kikai lama digantikan dengan kotak gear manual 5 kelajuan Getrag yang lebih baharu. Dari segi keselamatan, Saga FLX kini didatangkan dengan dua beg udara dan sistem brek cegah kunci (ABS) dengan pengagihan daya brek elektronik (EBD). Walau bagaimanapun, ciri-ciri tersebut hanya boleh didapati pada varian Executive yang lebih mahal. Pengendalian ditambah baik melalui tetapan sistem gantungan baharu yang menampilkan spring yang lebih keras, bar cegah golekan hadapan yang lebih tebal dan penyerap hentak baharu yang lebih seimbang antara keselesaan perjalanan dengan prestasi pengendalian. Satu pilihan warna baharu, Perang Elegan boleh didipati dan Saga FLX dijual dengan harga kompetitif antara RM38,370[20] hingga RM45,220[21]. Bahagian luaran Saga FLX sama seperti Saga FL.
Proton Saga FLX SE dilancarkan pada 30 November 2011.[22] Ia digerakkan oleh enjin 1.6 liter 108 kk CamPro IAFM+, digandingkan dengan CVT. Beg udara pemandu dan penumpang di samping ABS dengan EBD didatangkan standard. Kit badan biru, lampu belakang yang digelapkan dan rim aloi 15 inci memberikan FLX SE penampilan yang lebih sporti dan lebih agresif. Kemasan kulit serta jahitan merah turut ditampilkan di bahagian dalam. Ia hanya didatangkan dalam dua warna, Putih Pejal dan Merah Api, dan harga tentatifnya ialah RM49,470[23], sekitar RM6,500 lebih murah daripada pesaing terdekatnya, Perodua MyVi SE 1.5 automatik.
Saga FLX memasuki pasaran Australia pada Jun 2012, di mana ia dinamakan semula sebagai S16 FLX. Ia menggantikan S16 lama dalam barisan model Proton Australia. S16 FLX didatangkan dalam dua varian, GX dan GXR, setiap satunya dengan pilihan transmisi manual dan CVT. Dua beg udara, ABS dan EBD adalah standard bagi kesemua varian S16 FLX, dan satu warna baharu, Merah Pejal diperkenalkan. Harganya ialah antara AUD$13,990 hingga AUD$16,990.[24]
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Saga / Saga FL
[sunting | sunting sumber]Rangkaian kuasa dan Prestasi | |
---|---|
Enjin | CamPro IAFM, 4 silinder , DOHC 16V |
Kelajuan maksimum (km/j) | 160 km/j (99 mph) manual / 155 km/j (96 mph) automatik |
Pecutan 0–100 km/j (saat) | 13.0 saat manual / 14.5 saat automatik |
Keluaran maksimum hp(kW)/rpm | 94 hp (70 kW) / 6,000 rpm |
Kilasan maksimum (Nm/rpm) | 120 N·m (89 lb·ft) / 4,000 rpm |
Muatan tangki bahan api (Liter) | 40 |
Tayar dan rim | 175 / 70 R13 - Steel or 185 / 60 R14 - Aloi |
Casis | |
Stereng kuasa | Stereng kuasa hidraulik |
Gantungan (depan/belakang) | Topang MacPherson / Batang kilasan |
Brek (depan/belakang) | Cakera berpengudaraan / Gelendong |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]• 2008 Best Compact / People's car of the year - Asian Auto-VCA Auto Industry Awards [25]
• 2008 Entry Level Category Winner - NST / Maybank COTY Awards 2008 [26]
• 2009 Best Model of the Year (Malaysia) - Frost & Sullivan Asia Pacific 2009 Automotive Awards [26]
• 2010 Best Passenger Car Model of the Year - Frost & Sullivan Malaysia Excellence Award 2010 [26]
• 2011 Best People's Car and Best Value for Money Family Car Awards - Asian Auto - Auto Industry Awards 2011 [27]
• 2012 Special Mention Award - Best Value Compact Sedan of the Year - NST / Maybank COTY Awards 2012 [28]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Tan, Paul (18 January 2008). "New Proton Saga Launch and Test Drive Report". paultan.org. Dicapai pada 10 January 2013.
- ^ a b Tan, Paul (30 November 2010). "Proton Saga facelift unveiled at Thai Motor Expo 2010". paultan.org. Dicapai pada 10 January 2013.
- ^ a b Lim, Anthony (26 July 2011). "Proton Saga FLX 1.3L launched – CVT, ABS and EBD on". paultan.org. Dicapai pada 10 January 2013.
- ^ "PROTON Holdings Berhad - History". corporate.proton.com. Dicapai pada 29 January 2013.
- ^ "National Symbols of Malaysia". 123independenceday.com. Dicapai pada 10 January 2013.
- ^ Tan, Paul (21 January 2008). "Proton Saga RED Concept by Proton Design". paultan.org. Dicapai pada 12 January 2013.
- ^ Tan, Paul (1 February 2008). "Proton Saga: 23,000 bookings, 5 month wait!". paultan.org. Dicapai pada 12 January 2013.
- ^ Tan, Paul (22 October 2008). "Proton Saga Campro 1.6 Taxi with NGV". paultan.org. Dicapai pada 12 January 2013.
- ^ Tan, Paul (1 June 2009). "Proton Saga 1.6 B-Line M/T now available for booking at Proton Edar's website!". paultan.org. Dicapai pada 12 January 2013.
- ^ Tan, Paul (7 July 2009). "New Proton Saga SE in showrooms from 15th August". paultan.org. Dicapai pada 12 January 2013.
- ^ Tan, Paul (16 July 2009). "Proton previews the Proton Saga EV Concept". paultan.org. Dicapai pada 12 January 2013.
- ^ Tan, Danny (24 December 2009). "Miss Australia Universe endorses the Proton Saga!". paultan.org. Dicapai pada 13 January 2013.
- ^ O'Kane, Tony (10 November 2009). "2010 Proton S16 To Go On Sale In December As Australia's Cheapest Car". themotorreport.com.au. Dicapai pada 13 January 2013.
- ^ Tan, Paul (11 July 2010). "Proton Saga 25th Anniversary Edition features dual front SRS airbags and 4 power windows!". paultan.org. Dicapai pada 13 January 2013.
- ^ Tan, Danny (1 December 2010). "Proton Saga FLX R3 teased at Thai Motor Expo". paultan.org. Dicapai pada 13 January 2013.
- ^ Tan, Paul (2 December 2010). "Proton Kasturi Concept – Saga facelift teased at KLIMS". paultan.org. Dicapai pada 13 January 2013.
- ^ Tan, Paul (15 December 2010). "2011 Proton Saga FL launched in Malaysia – full details". paultan.org. Dicapai pada 13 January 2013.
- ^ Tan, Paul (26 May 2011). "Proton Saga FL 1.6 Executive now available – RM46,549". paultan.org. Dicapai pada 13 January 2013.
- ^ Lim, Anthony (28 July 2011). "Proton Saga FLX 1.3L – first drive impressions". paultan.org. Dicapai pada 18 January 2013.
- ^ Aneka, Kereta (19 April 2013). "Update Price!". anekakereta.com.
- ^ Aneka, Kereta (19 April 2013). "Update Price!". anekakereta.com.
- ^ Lim, Anthony (30 November 2011). "Proton Saga FLX SE launched – RM49,899 OTR!". paultan.org. Dicapai pada 18 January 2013.
- ^ Aneka, Kereta (14 April 2013). "Update Price!". anekakereta.com.
- ^ Beissmann, Tim (18 June 2012). "Proton S16 FLX: update brings basic safety features, fresh styling". caradvice.com.au. Dicapai pada 18 January 2013.
- ^ "PROTON Holdings Berhad - Awards & Recognition". corporate.proton.com. Dicapai pada 29 January 2013.
- ^ a b c "PROTON Holdings Berhad - Awards". corporate.proton.com. Dicapai pada 27 January 2013.
- ^ "Asian Auto 2011 - Proton - Best Value for Money Award - Proton grabs two Asian awards". www.btimes.com.my. 14 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2012. Dicapai pada 29 January 2013.
- ^ Cheong, Hans (30 November 2012). "Ford Ranger Wins NST-Maybank COTY Overall Car Of The Year". www.cbt.com.my. Dicapai pada 29 January 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Proton Saga (generasi kedua) |
Garis masa pengeluaran kenderaan Proton, 1985–sekarang
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jenis | 1980an | 1990an | 2000an | 2010an | 2020an | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | |
Kereta bandar | Tiara | Savvy | Saga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Subpadat | Satria / Compact / 300 Series / GTi | Satria Neo / Neo | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saga / Knight / Iswara / Mpi / LMST | Saga / S16 / FL / FLX | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Iriz | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Padat | Wira / Persona / 400 Series / Natura | Persona / GEN•2 Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
GEN•2 | Suprima S | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Prevé | S70 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Waja / Impian | Inspira | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sederhana | Perdana | Perdana | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Coupé | Putra / Coupé / M21 | Putra | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lori pikap | Arena / Jumbuck | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mikrovan | Juara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MPV | Ertiga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Exora | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SUV | X50 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X70 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X90 |