Memerang kumis
Memerang kumis | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | L. sumatrana
|
Nama binomial | |
Lutra sumatrana Gray, 1865
|
Memerang kumis[2] atau berang-berang kumis (nama saintifik: Lutra sumatrana[2]) ialah sejenis memerang yang dianggap pupus sehingga tahun 1998. Bagaimanapun, memerang ini kini telah ditemui di Semenanjung Malaysia, Borneo, Jawa, Sumatera, Thailand, dan Indochina, serta di Tasik Toluca, California, Amerika Syarikat. n.
Bentuk dan saiz Memerang Kumis adalah serupa dengan memerang Eurasia (Lutra lutra). Hampir satu meter panjangnya, memerang ini mempunyai kaki renang serta kuku yang kuat. Kulitnya berwarna perang tua di bahagian atas dan perang pucat di bahagian bawah, dengan garis pemisahan yang nyata. Bulunya halus dan lembut, sebagaimana dengan kebanyakan memerang yang lain. Muncungnya berbentuk perisai dan dilitupi oleh bulu.
Pada umumnya, memerang dianggap sebagai penunjuk ekologi yang terbaik. Di mana terdapat memerang, di situlah air sungai tidak tercemar. Memerang akan meninggalkan sesuatu kawasan jika tempat itu tidak lagi membekalkan ikan yang mencukupi.[3]
Sebagaimana dengan memerang yang lain, Memerang Kumis adalah haiwan sosial. Haiwan ini keluar dalam kawanan, dan saling melindungi antara satu sama lain. Kekadang, memerang ini akan bergabung dengan kawanan yang lain untuk mencari makanan. Jika terdapat memerang yang baru dilahirkan, memerang dewasa, termasuk memerang jantan, akan bergilir-gilir untuk menjaga anak itu.[3]
Kumpulan memerang mempunyai hierarki. Seekor memerang jantan yang dominan akan mengetuai kekawan itu. Memerang-memerang jantan akan mempergunakan tahinya untuk menandakan kawasan mereka, dan memerang jantan yang paling dominan akan meninggalkan paling banyak tahi berbanding jantan yang lain.
Penglihatan
[sunting | sunting sumber]Ahli-ahli sains terpukau oleh Memerang Kumis yang amat bijak dan sukar ditangkap. Hanya ada satu Memerang Kumis dalam kurungan di seluruh dunia, di Kemboja. Berbanding dengan Memerang Kecil (Aonyx cinerea) dan Memerang Licin (Lutrogale perspicillata) yang banyak terdapat di seluruh Malaysia, tiada sesiapa pun yang pernah melihat Memerang Kumis yang masih hidup di negara tersebut. Rekod-rekod tunggal di Malaysia ialah dua ekor mati yang ditemui di Nenasi, Pahang serta di Seberang Perak pada tahun 1990-an. Bagaimanapun pada 2010, memerang ini dijumpai semula di Sabah menggunakan satu siri perangkap kamera.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hussain SA, Kanchanasakha B, de Silva PK & Olson A (2008). Lutra sumatrana. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 2008-10-13.
- ^ a b Protection of Wild Life Act 1972
LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76 - ^ a b Elusive otter a bio-indicator Diarkibkan 2007-03-11 di Wayback Machine Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak
- ^ Endangered otter resurfaces in Sabah TheStar Online. 26 Julai 2010