Lapangan Terbang Antarabangsa Pakse
Penampilan
Lapangan Terbang Antarabangsa Pakse ສະຫນາມບິນສາກົນປາກເຊ | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Ketenteraan Laos/Pihak Penerbangan Awam | ||||||||||
Pengendali | Ketenteraan Laos | ||||||||||
Lokasi | Pakxe | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 351 kaki / 107 m | ||||||||||
Koordinat | 15°08′02″N 105°46′55″E / 15.13389°N 105.78194°EKoordinat: 15°08′02″N 105°46′55″E / 15.13389°N 105.78194°E | ||||||||||
Landasan | |||||||||||
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Pakse (IATA: PKZ, ICAO: VLPS) ialah salah sebuah daripada beberapa buah lapangan terbang antarabangsa di Laos. Pakse ialah bekas ibu kota selatan Kerajaan Champasak.
Sungguhpun awam, padang terbang ini juga digunakan oleh pihak ketenteraan. Tangsi Tentera Rakyat Lao dan ibu pejabat untuk Wilayah Ketenteraan 4 adalah di sebelah lapangan terbang. Lapangan terbang ini ialah sebuah padang terbang untuk pesawat Tentera Udara Pembebasan Rakyat Lao.
Terminalnya direka untuk menyerupai gaya seni Lane Xang, seni bina kuil di Laos.
Syarikat Penerbangan dan destinasi
[sunting | sunting sumber]Penerbangan | Destinasi | Rujukan |
---|---|---|
Lao Airlines | Bandar Raya Ho Chi Minh, Bangkok-Suvarnabhumi, Da Nang, Luang Prabang, Savannakhet, Siem Reap–Angkor, Vientiane | [1] |
Lao Central Airlines | Vientiane |
Kemalangan dan insiden
[sunting | sunting sumber]- Pada 16 Oktober 2013, Penerbangan 301 Lao Airlines, dikendalikan oleh sebuah ATR 72-600 terhempas ke dalam Sungai Mekong semasa mendekati Pakse, meragut kesemua 49 orang di dalamnya.