Pergi ke kandungan

Kuda laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kuda laut
Julat zaman: Miosen Bawah hingga kini – 23–0 Ma
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Syngnathiformes
Keluarga: Syngnathidae
Genus: Hippocampus
Spesies:
H. 
Nama binomial
Hippocampus
Spesies

Lihat Spesies.

Sinonim

Kuda laut (Jawi: كودا لاوت) ialah sejenis ikan laut dalam genus Hippocampus dalam keluarga Syngnathidae order Syngnathiformes. Kuda laut ialah perenang yang lebih perlahan daripada arus laut dan perlu menggunakan ekornya untuk menahan pada rumpai laut sebelum dihanyutkan.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Kata "kuda laut", atau turut disebut sebagai "kuda-kuda laut", adalah terjemahan langsung bagi kata Inggerisnya seahorse disebabkan keterkaitannya dengan binatang tersebut.

Ia turut dikenali dengan nama "unduk-unduk", yang merupakan turunan akar proto-Melayu-Polinesia Barat,[4]:128-129 khususnya di Pantai Timur.[perlu rujukan] Kata ini turut dipakai untuk merujuk pada kelompok ikan kecil dalam subkeluarga Syngnathinae,[5] atau merujuk khusus pada spesies ikan berkepala tirus dalam subkeluarga tersebut iaitu Doryichthys boaja.[6] Selain itu, ia turut dikenali sebagai korek telinga atau tangkur kuda.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Spesies-spesies kuda laut ini wujud daripada sekecil 1.5 hingga sebesar 35.5 sentimeter.[7] Kepala dan muncungnya panjang[8] berleher menyerupai kuda begitu juga dengan ekor badan. Kepala ikan ini turut berjambul seakan-akan bermahkota; setiap spesies mempunyai bentuk jambul tersendiri.[9] Kedua-dua biji matanya dapat bergerak sendiri seakan-akan mata sesumpah.[8] Ekornya menggulung sepanjang masa kecuali dalam keadaan tertentu.[10]

Haiwan ini dianggap sama jenis dengan ikan cuma tidak bersisik sebaliknya berkulit nipis diregangkan meruas pada rerangka berbuku gelang keras yang melindungi daripada bahaman pemangsa;[11] setiap spesies mempunyai bilangan buku gelang badan yang tersendiri.[12]

Pergerakan

[sunting | sunting sumber]

Kuda laut berenang dengan badan yang menegak sambil menggerakkan sirip belakang manakala sirip sisi (atau pektoral) kepalanya digunakan untuk mengemudi. Pergerakannya sangat perlahan maka ia sering memaut pada objek pegun menggunakan ekornya.

Ia mampu menyamar dengan baik, bahkan juga mampu menumbuhkan bonjol sendiri pada badan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.[13]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Kuda laut menggunakan muncung panjang untuk menyedut makanan di sekelilingnya.[8]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Telur-telur yang disenyawakan oleh si betina pasangan dimasukkan ke dalam kantung perut si jantan yang bertisu lembut,[14] membekalkan bekalan oksigen dan peredaran haba eraman secukupnya serta membantu penyahtinjaan.[15] Si jantan pasangan pula akan menghasilkan hormon prolaktin yang penting untuk tumbesaran telur-telur pada ketika ini. Kebuntingan si jantan mengambil masa 2 hingga 4 minggu.

Anak-anak ikan menetas dalam kantung yang dikawal tahap kemasinannya agar dapat dibiasakan dengan air laut secara beransur-ansur.[16][17][18]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Kuda laut dipercayai oleh masyarakat nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sebagai suatu haiwan yang kuat kerana tenangnya mengharungi air yang deras[19]:302 serta mampu menghalau jampi atau semangat jahat: ketulan ikan ini yang dikeringkan sering digantung di depan pintu rumah untuk tujuan ini,[20] begitu juga dengan motif ukiran pada kepala atau salir tingkap rumah Melayu[21] mahupun pada ukiran haluan perahu kolek.[19]:302 Rupa kuda laut atau unduk-unduk ini juga sering ditunjukkan pada corak songket dan ukiran keris.[20]

Berdasarkan tinjauan taksonomi terbaru secara keseluruhan[22] bagi genus Hippocampus dengan tambahan spesies baru dan tinjauan taksonomi parsial tambahan,[23][24][25][26] jumlah spesies yang diakui dalam genus ini dianggap sebanyak 46 (didapatkan kembali Mei 2020):

H. kuda, dikenali sebagai "kuda laut biasa"
H. subelongatus, dikenali sebagai "kuda laut Australia Barat"
H. whitei, dikenali sebagai "kuda laut White"
  1. ^ Rafinesque Schmaltz, C. S. (1810). "G. Hippocampus". Caratteri di alcuni nuovi generi e nuove specie di animali e piante della Sicilia: con varie osservazioni sopra i medesimi. Palermo: Sanfilippo. m/s. 18.
  2. ^ Hippocampus Rafinesque, 1810, WoRMS
  3. ^ Whitley, Gilbert P. (1931). "New Names for Australian Fishes". The Australian Zoologist. 6 (4): 313.
  4. ^ Blust, Robert (2002). "The History of Faunal Terms in Austronesian Languages". Oceanic Linguistics. Universiti Hawai'i. 41 (1): 89–139. doi:10.2307/3623329.
  5. ^ Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid (2015). Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 229-231. ISBN 9789834603755.
  6. ^ "unduk". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  7. ^ "Seahorses, Seahorse Pictures, Seahorse Facts". National Geographic. Dicapai pada 17 May 2012.
  8. ^ a b c Lourie, Sara (2016). Seahorses: A Life-size Guide to Every Species (dalam bahasa Inggeris). Ivy Press. ISBN 9781782403210.
  9. ^ Freret-Meurer, Natalie (2013). "Seahorse Fingerprints: A New Individual Identification Technique". Environmental Biology of Fishes. 96 (12): 1399–1405. doi:10.1007/s10641-013-0118-6. S2CID 13917616.
  10. ^ Porter, Michael M; Adriaens, Dominique; Hatton, Ross L; Meyers, Marc A; McKittrick, Joanna (2015). "Why the seahorse tail is square". Science. 349 (6243): aaa6683. doi:10.1126/science.aaa6683. PMID 26138983.
  11. ^ Porter, Michael M; Novitskaya, Ekaterina; Castro-Ceseña, Ana Bertha; Meyers, Marc A; McKittrick, Joanna (2013). "Highly deformable bones: Unusual deformation mechanisms of seahorse armor". Acta Biomaterialia. 9 (6): 6763–6770. doi:10.1016/j.actbio.2013.02.045. PMID 23470547.
  12. ^ "Observatoire Océanologique de Banyuls sur mer". www.obs-banyuls.fr. Dicapai pada 2015-11-16.
  13. ^ Garrick-Maidment, N.; Trewhella, S.; Hatcher, J.; Collins, K.j.; Mallinson, J.j. (2010-01-01). "Seahorse Tagging Project, Studland Bay, Dorset, UK". Marine Biodiversity Records. 3. doi:10.1017/S175526721000062X. ISSN 1755-2672.
  14. ^ "The biology of seahorses: Reproduction". The Seahorse Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2009. Dicapai pada 8 May 2007.
  15. ^ Whittington, Camilla M.; Griffith, Oliver W.; Qi, Weihong; Thompson, Michael B.; Wilson, Anthony B. (2015-09-01). "Seahorse Brood Pouch Transcriptome Reveals Common Genes Associated with Vertebrate Pregnancy". Molecular Biology and Evolution. 32 (12): 3114–31. doi:10.1093/molbev/msv177. ISSN 0737-4038. PMID 26330546.
  16. ^ Milius, S. (2000). "Pregnant: And Still Macho" (PDF). Science News. 157 (11): 168–170. doi:10.2307/4012130. JSTOR 4012130.
  17. ^ Masonjones, H. D.; Lewis, S. M. (2000). "Differences in potential reproductive rates of male and female seahorses related to courtship roles". Animal Behaviour. 59 (1): 11–20. doi:10.1006/anbe.1999.1269. PMID 10640362. S2CID 5999610.
  18. ^ Danielson, Stentor (14 June 2002). "Seahorse Fathers Take Reins in Childbirth". National Geographic News.
  19. ^ a b Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir; Asyaari Muhamad (Jun 2018). "Koleksi Bangau Perahu di Jabatan Muzium Malaysia: Tema dan Makna". Asian Journal of Environment, History and Heritage. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2 (1): 289–304. ISSN 2590-4213.
  20. ^ a b Azizi Bahauddin (2017). Naratif dan Protagonis dalam Reka Bentuk Warisan: Satu Penceritaan Budaya. Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 13–15. ISBN 978-967-461-237-5.
  21. ^ Ong Li Ling (29 Julai 2019). "Malay Architecture in Terengganu". Museum Volunteers. Jabatan Muzium Malaysia. Dicapai pada 2 November 2021.
  22. ^ LOURIE, SARA A.; POLLOM, RILEY A.; FOSTER, SARAH J. (2016-08-01). "A global revision of the Seahorses Hippocampus Rafinesque 1810 (Actinopterygii: Syngnathiformes): Taxonomy and biogeography with recommendations for further research". Zootaxa. 4146 (1): 1–66. doi:10.11646/zootaxa.4146.1.1. ISSN 1175-5334. PMID 27515600.
  23. ^ a b c Short, Graham; Smith, Richard; Motomura, Hiroyuki; Harasti, David; Hamilton, Healy (2018-08-02). "Hippocampus japapigu, a new species of pygmy seahorse from Japan, with a redescription of H. pontohi (Teleostei, Syngnathidae)". ZooKeys (779): 27–49. doi:10.3897/zookeys.779.24799. ISSN 1313-2970. PMC 6110155. PMID 30166895.
  24. ^ a b Zhang, Yan-Hong; Qin, Geng; Wang, Xin; Lin, Qiang (2016-09-23). "A new species of seahorse (Teleostei: Syngnathidae) from the South China Sea". Zootaxa. 4170 (2): 384–392. doi:10.11646/zootaxa.4170.2.11. ISSN 1175-5334. PMID 27701270.
  25. ^ a b Han, Sang-Yun; Kim, Jin-Koo; Kai, Yoshiaki; Senou, Hiroshi (2017-10-30). "Seahorses of the Hippocampus coronatus complex: taxonomic revision, and description of Hippocampus haema, a new species from Korea and Japan (Teleostei, Syngnathidae)". ZooKeys (712): 113–139. doi:10.3897/zookeys.712.14955. ISSN 1313-2970. PMC 5704180. PMID 29187790.
  26. ^ a b Short, Graham; Claassens, Louw; Smith, Richard; De Brauwer, Maarten; Hamilton, Healy; Stat, Michael; Harasti, David (2020-05-19). "Hippocampus nalu, a new species of pygmy seahorse from South Africa, and the first record of a pygmy seahorse from the Indian Ocean (Teleostei, Syngnathidae)". ZooKeys (934): 141–156. doi:10.3897/zookeys.934.50924. PMC 7253503. PMID 32508498.