Pergi ke kandungan

Kuala Lipis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuala Lipis
Mukim
Transkripsi lain
 • Jawiكوالا‌ ليڤيس
 • CIna瓜拉立卑 (Simplified)
瓜拉立卑 (Traditional)
Guālā Lìbēi (Hanyu Pinyin)
 • Tamilகோலா லிப்பிஸ்
Kōlā Lippis (Transliteration)
Kawasan bandar lama Kuala Lipis.
Kawasan bandar lama Kuala Lipis.
Map
Lokasi Kuala Lipis di Pahang
Kuala Lipis is located in Bumi
Kuala Lipis
Kuala Lipis (Bumi)
Koordinat: 4°11′3.588″N 102°03′15.228″E / 4.18433000°N 102.05423000°E / 4.18433000; 102.05423000Koordinat: 4°11′3.588″N 102°03′15.228″E / 4.18433000°N 102.05423000°E / 4.18433000; 102.05423000
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahLipis
Pentadbiran
 • JenisMajlis daerah
 • BadanMajlis Daerah Lipis
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah15,000[1]
Poskod
27200

Kuala Lipis ialah sebuah mukim dan bandar di Lipis, Pahang, Malaysia dengan penduduk kira-kira 60,000 orang.

Kuala Lipis pernah menjadi pusat perlombongan emas sebelum British tiba pada 1887. Pada 1898, ia menjadi ibu negeri Pahang dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Semasa era penjajahan ini, bangunan besar, seperti pejabat daerah yang megah, Sekolah Clifford, dan Kelab Pahang, telah bina. Rumah Residen British di atas bukit kini menjadi hotel dan muzium. Pekan ini berkembang dan membangun dengan kemunculan landasan kereta api pada 1924. Walau bagaimanapun, Pada 27 Ogos 1955, ibu negeri telah bertukar ke Kuantan[2]

Sebuah bandar baharu telah dibina bertentangan bandar lama ini di seberang Sungai Jelai, dan telah beroperasi.

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Pusat pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beberapa institusi pendidikan telah dibina di bandar ini seperti Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghazali Shafie, dan Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.

Berikut ialah antara senarai sekolah yang berada di Kuala Lipis

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Wangsa
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Benta
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Lipis
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Wan Ibrahim
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Lanar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Kerambit
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Penjom

Rumah ibadat

[sunting | sunting sumber]

Alam semula jadi

[sunting | sunting sumber]

Kuala Lipis mempunyai taman semula jadi sendiri, Taman Eko Rimba Kenong.[3] Ia merupakan sebuah hutan simpan, yang mana berjarak 10km daripada pusat bandar.

Penanda jarak '0' Batu, dibina semasa era penjajahan, berdekatan pejabat pos di Kuala Lipis.

Tempat-tempat menarik

[sunting | sunting sumber]
  • Bandar Lama Kuala Lipis.
  • Rumah Rehat (Bekas Rumah Residen Inggeris).
  • Pejabat Daerah Lipis Lama (Majlis Daerah Lipis), 1913
  • Pejabat Daerah Lipis Baru
  • Landasan Kereta Api.
  • Tanam Negara Merapoh.
  • Hutan Lipur Terenggun.
  • Medan Tangga.
  • Istana Hinggap.
  • Bandar Baru Kuala Lipis
  • Pasar Malam Bandar Lipis.
  • Dataran Orang Kaya Haji.
  • Zoo Daerah Lipis.
  • Rumah Abang Ali Pemain Drum.
  • Rumah Kakak Hasnah Penari Kebudayaan.
  • Rumah Azmi Penoreh Getah Asli.
  • Rumah Bersejarah Cikgu Sudin.
  • Kedai Tayar Lim Tatt.
  • Klinik Pergigian Dr Ani.
  • Kedai Ikan Patin Masak Ikut Suka.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mengikut Ringkasan Eksekutif Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2020. Populasi bagi mukim Kuala Lupis
  2. ^ "Establishment History". Official Portal Pahang State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2018. Dicapai pada 25 December 2021.
  3. ^ "Taman Eko Rimba Kenong tawar alam semula jadi terbaik | Suara Merdeka" (dalam bahasa Inggeris). 2021-11-23. Dicapai pada 2024-08-27.