Hamdan bin Mohammad al-Maktoum
Putera Tun Hamdan bin Mohammed Al Maktoum | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Ayahanda | Mohammed bin Rashid Al Maktoum | ||||
Bonda | Hind binti Maktoum bin Juma Al Maktoum |
Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid al Maktoum (Arab: حمدان بن محمد بن راشد آل مكتوم) (lahir 13 November 1982) adalah Putera Mahkota Dubai dan putera kedua Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan Sheikha Hind binti Maktoum bin Juma Al Maktoum.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Beliau ialah anak kepada Raja Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Mohammed ibn Rashed al-Maktoum, lahir 22 Julai 1949.
Datuknya bernama Rashed ibn Saeed al-Maktoum, ayah kepada ayahnya, Mohammad ibn Rashed Maktoum, lahir pada tahun 1912, dan meninggal pada 7 Oktober 1990.
Abangnya ialah Rashed al-Maktoum, lahir pada November 12, 1981.
Moyangnya bernama Saeed ibn Maktoum al-Maktoum, ayah kepada datuknya, Rashed ibn Saeed al-Maktoum, dan datuk kepada ayahnya, Mohammed ibn Rashed al-Maktoum, lahir pada tahun 1878, dan meninggal pada tahun 1958.
Adiknya ialah Maktoum ibn Muhammad ibn Rashed ibn Saeed ibn Maktoum ibn Hashr al-Maktoum, lahir pada tahun 1983.
Beliau belajar di Sandhurst dan beliau kemudiannya menghadiri English School of Ecominics.
Pada tahun 18 Jun 2011, beliau melawat Malaysia, dan mendapat gelaran "Tun" dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Sultan Mizan Zainal Abidin.
Dilantik sebagai putera mahkota
[sunting | sunting sumber]Beliau dilantik menjadi putera mahkota dari ayahdanya, Mohammed Rashed Al Maktoum pada tahun 2008 di Emiriah Arab Bersatu.