Pergi ke kandungan

Flea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Flea
Flea pada tahun 2016
Latar belakang
Nama lahirMichael Peter Balzary
Juga dikenali sebagai
Mike B the Flea
Kelahiran (1962-10-16) 16 Oktober 1962 (umur 62)
Melbourne, Victoria, Australia
Genre
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • pelakon
Instrumen
  • Gitar bes
  • trompet
  • keyboard
  • vokal
  • gitar
Tahun aktif1979–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Michael Peter Balzary (lahir 16 Oktober 1962) atau nama pentasnya Flea [fli] ialah seorang pemuzik dab pelakon kelahiran Australia. Beliau menganggotai kugiran band Red Hot Chili Peppers sebagai pemain gitar bes.

Beliau dikenali atas kemahirannya bermain gitar bes yang dikatakan sangat handal.

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Michael Peter Balzary lahir pada 16 Oktober 1962 in Melbourne, Victoria. Beliau berdarah kacukan di mana ayahnya. Mick Balzary, seorang nelayan[1] keturunan Hungary manakala ibunya Patricia berketurunan Ireland. Keluarganya berpindah ke Rye, New York mengikuti ayahnya bekerja di sana pada usia 4 tahun.[2]

Beliau mendapat gelaran "Flea" (bermaksud "pinjal") semasa kecil kerana kecenderungannya tidak mahu duduk diam bagaikan serangga tersebut, gelaran inilah yang melekat sehingga jadi nama pentasnya.[3]

Penceburan dalam muzik

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1971, ibu bapanya bercerai - Mick Balzary kembali ke Australia sementara Flea dan adik-beradiknya tinggal bersama ibunya - Patricia berkahwin dengan seorang pemuzik jazz beberapa lama kemudian.[4] Suami baru ini dan ayah tiri Flea, Walter Abdul Urban (1941–2011), sering membawa rakan seminatnya membuat sesi jam di rumahnya. Keluargan Flea berpindah lagi ke Los Angeles, California; pada ketika inilah Flea begitu tertarik dengan mainan trumpet,[5][6] malah sering mendalami muzik dimainkan pemuzik jazz terkenal seperti Miles Davis, Louis Armstrong dan Dizzy Gillespie.[5] Urban juga pada ketika ini mula menjadi kaki botol dan sering memulakan pergaduhan dengan polis - perkara ini begitu menakutkan dan memberi tekanan kepada Flea[7] sehingga beliau terjebak menghisap ganja bagi memenangkan diri sejak berusia 14 tahun.[8]

Flea kemudiannya memasuki Fairfax High School pada usia remajanya - pada awalnya beliau dipandang serong kerana citarasa muziknya.[9] Beliau mula berkenalan dengan Anthony Kiedis dalam suatu perbalahan, namun lama-kelamaan mereka menjalin suatu persahabatan yang rapat dan "tahan lama".[10][11] Flea bertemu dengan seorang kenalan baharu bernama Hillel Slovak yang memperkenalkannya kepada muzik rock, Kiedis memperkenalkan Flea lagi kepada subgenre punk rock.

Flea, Kiedis dan Slovak memulakan kugiran mereka sendiri, Red Hot Chili Peppers, pada tahun 1984.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Red Hot Chili Peppers Fan Club Interview, 1989". YouTube. Dicapai pada 2007-12-30.
  2. ^ Gavin Edwards (27 April 2000). "The Red Hot Chili Peppers Rise Again". Rolling Stone. Dicapai pada 26 Januari 2018.
  3. ^ King, Larry. "Flea on "Larry King Now"". YouTube. Dicapai pada 31 March 2015.
  4. ^ Apter, 2004. p. 19
  5. ^ a b Apter, 2004. p. 20
  6. ^ Prato, Greg. "Biography of Flea". Allmusic. Dicapai pada 2007-12-15.
  7. ^ Apter, 2004. p. 21
  8. ^ Apter, 2004. pp. 22–23
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama apterpgs20
  10. ^ Apter, 2004. p. 34
  11. ^ Apter, 2004. p. 35
  12. ^ https://www.imdb.com/title/tt0092105/fullcredits
  13. ^ "Meet the Disney Character Voiced by Flea | Music News". Rolling Stone. 2014-03-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-03. Dicapai pada 2014-07-15.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]