Pergi ke kandungan

Ektasis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ektasis
1400 – 1200 Ma
</noinclude>
Peta Bumi pada akhir tempoh Ektasis, sekitar 1260 Ma
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDitakrifkan secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA1991[1]
Takrif sempadan atasDitakrifkan secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA1991[1]

Ektasis (daripada Bahasa Yunani Kuno: ἔκτασις, éktasis, bermaksud "pelanjutan") merupakan nama tempoh geologi kedua dalam Era Mesoproterozoik dan berlangsung sejak 1400 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 1200 jtd. Tarikh tempoh Ektasis ini ditakrifkan secara kronometrik bukannya secara stratigrafi.

Dari segi geologi, tempoh ini bercirikan pengembangan berterusan keluasan lapisan pentas benua sedia ada. Sewaktu awal tempoh Ektasis, satu hari di Bumi bersamaan dengan 17 jam 32 minit. Pada penghujung tempoh Ektasis, satu hari di Bumi menjadi 18 jam 28 minit.

Tempoh Ektasis ini merupakan tempoh terawal yang mempunyai bukti pertama pembiakan seksual. Formasi Hunting di Pulau Somerset, Kanada yang berusia 1.2 bilion tahun itu ditarikhkan seawal akhir tempoh Ektasis. Formasi tersebut mengandungi mikrofosil filamen multisel Bangiomorpha pubescens (sejenis alga merah), yang merupakan makhluk eukariot yang pertama disahkan secara taksonomi. Organisma ini merupakan organisma pertama yang mempamerkan pembiakan seksual, yang merupakan ciri penting untuk kehidupan multisel yang kompleks. Kehidupan multisel kompleks adalah berbeza dengan kehidupan multisel "ringkas" yang berbentuk koloni organisma yang hidup bersama. Organisma multisel sebenar mengandungi sel yang khusus untuk fungsi yang berbeza. Hal ini sebenarnya juga merupakan sesuatu ciri penting pembiakan seksual, kerana gamet jantan dan gamet betina merupakan sel-sel khusus untuk sesuatu organisma. Organisma yang membiak secara seksual mesti menyelesaikan masalah berkaitan pembentukan keseluruhan organisma bermula dengan hanya sel-sel germa.

Pembiakan seksual dan keupayaan gamet untuk berkembang menjadi organisma adalah pendahulu penting untuk kewujudan kehidupan multisel sebenar. Malah, terdapat kecenderungan untuk menganggap bahawa pembiakan seksual dan kehidupan multisel sebenar berlaku pada masa yang sama, dan kehidupan multisel sebenar selalunya dianggap sebagai penanda aras untuk pembiakan seksual.

  • "Mesoproterozoic Era". essayweb.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2011. Dicapai pada 13 September 2011.
  • James G. Ogg (2004). "Status on Divisions of the International Geologic Time Scale". Lethaia. 37 (2): 183–199. doi:10.1080/00241160410006492.
  1. ^ a b Plumb, K. A. (June 1, 1991). "New Precambrian time scale". Episodes. 14 (2): 139–140. doi:10.18814/epiiugs/1991/v14i2/005.