Pergi ke kandungan

Channel 7 (Thailand)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sloganช่องเจ็ดเอชดี ทีวีเพื่อคุณ
(Channel 7 in HD, telly for you)

Channel 7 atau Channel 7 HD, juga dikenali sebagai Bangkok Broadcasting & Television Company Limited Channel 7 (Bahasa Thai: สถานีโทรทัศน์สีกองทัพบกช่อง 7) atau BBTV Channel 7, ialah rangkaian televisyen ke udara Thailand yang dilancarkan pada 27 November 1967. Ia dimiliki oleh Tentera Darat Diraja Thailand. Pejabat utamanya terletak di Mo Chit, Chatuchak.

Saluran itu dilancarkan dalam satu majlis pada 27 November 1967 jam 7.00 malam waktu Bangkok. Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri Thailand ketika itu, Thanom Kittikachorn. Rancangan pertama yang disiarkan ialah Miss Thailand Pageant 1967. Channel 7 dikenali ketika itu sebagai "Bangkok Color Television", yang disiarkan di saluran 5. Pada 1 Januari 1972, ia memulakan penyiaran di seluruh negara.[1][2]

Channel 7 melancarkan suapan televisyen definisi tinggi (HDTV) pada 25 April 2014 bagi sistem televisyen terestrial digital (DTT) di saluran 35. Tiga tahun kemudian, pada 19 Jun 2017, Channel 7 diberi kebenaran daripada Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Negara untuk menutupnya frekuensi analog di seluruh negara, untuk menggantikannya dengan saluran digital pada DTT. Justeru, rangkaian itu dijangka berhenti penyiaran pada analog 1 Januari 2018, tetapi proses itu ditangguhkan hingga 16 Mei 2018 dan akhirnya diselesaikan pada 16 Jun.

Channel 7 merupakan antara 6 syarikat penyiaran ASEAN termasuk Media Prima dan MediaCorp yang bergabung bagi membentuk satu perikatan penyiaran serantau yang dikenali sebagai Smart Alliance bagi menjalankan perikatan untuk bekerjasama dalam tiga bidang—kandungan, jualan dan pemasaran, dan teknologi dan memanfaatkan skala ekonomi dan pasaran gabungan yang boleh ditawarkan oleh rantau ini.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ https://positioningmag.com/1152490
  2. ^ http://www.ch7.com/about_us
  3. ^ "Six broadcasters from ASEAN form SMART Alliance". Channel NewsAsia. September 24, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-21. Dicapai pada December 2, 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]