Chad
Republik Chad ريڤوبليك چد | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: | |||||
Lagu kebangsaan:
| |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | N'Djamena 12°06′N 16°02′E / 12.100°N 16.033°E | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Kumpulan etnik (2009[1]) |
| ||||
Kerajaan | Republik berpresiden parti dominan unitari | ||||
• Pengerusi Majlis Peralihan Kuasa Ketenteraan | Mahamat Déby Itno | ||||
• Perdana Menteri | Succès Masra | ||||
Badan perundangan | Perhimpunan Kebangsaan | ||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada Perancis | 11 Ogos 1960 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 1,284,000 km2 (496,000 bt2)[2] (ke-20) | ||||
1.9 | |||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan 2015 | 13,670,084[3] | ||||
• Bancian Penduduk 2009 | 11,039,873[4] | ||||
8.6/km2 (22.3/sq mi) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $30 bilion[5] (ke-123) | ||||
$2,428[5] (ke-168) | |||||
KDNK (nominal) | 2018 | ||||
• Jumlah | $11 billion[5] (ke-130) | ||||
$890[5] (ke-151) | |||||
Gini (2011) | 43.3[6] sederhana | ||||
HDI (2018) | ▬ 0.401[7] rendah · ke-187 | ||||
Mata wang | Franc CFA Afrika Tengah ( XAF ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (WAT) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +235 | ||||
Kod ISO 3166 | TD | ||||
DPT internet | .td |
Republik Chad (Arab: تشاد, rumi: Tašād ; Perancis: Tchad ) ialah sebuah negara dikelilingi daratan di Afrika Utara. Chad bersempadan dengan Libya di utara, Sudan di timur, Republik Afrika Tengah di selatan, Cameroon dan Nigeria di tenggara serta Niger di barat. Disebabkan oleh jaraknya daripada dan kebanyakan kawasannya beriklim gurun, negara berkenaan dirujuk sebagai 'jantung mati Afrika.' Di utara, ia mengandungi Banjaran Tibesti, pergunungan paling besar di gurun Sahara. Chad merupakan sebahagian daripada bekas Persekutuan Afrika Perancis Khatulistiwa.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Chad memiliki kekayaan arkeologi yang ketara dalam kawasan Afrika.[8] Tengkorak-tengkorak manusia dan lukisan-lukisan gua dari masa kuno telah ditemukan di sana, dengan tengkorak tertua berumur mencecah 7 juta tahun, kini dinamakan Sahelanthropus tchadensis.
Secara bertahap kerajaan-kerajaan setempat yang lemah berkembang; kemudian semuanya disusuli oleh Empayar Kanem-Bornu yang lebih besar dan berkuasa. Selain itu, dua buah kerajaan utama juga terbentuk, Kerajaan Baguirmi dan Ouaddai. Kemudian, kedatangan orang-orang asing datang memberi banyak pengaruh di Chad. Pada awal zaman pertengahan, Chad menjadi jalur persilangan para pedagang Muslim dan suku-suku asli. Pada 1890, pihak Perancis mula menjajah Chad, dan menjelang 1900, setelah Pertempuran Kousséri, Chad menjadi sebahagian jajahan Perancis.
Dalam Perang Dunia Kedua, Chad ialah koloni pertama Prancis yang bergabung dengan Perancis Bebas dan pihak Sekutu di bawah pimpinan gabenor Félix Éboué. Selepas perang, Chad mula menyaksikan pertubuhan parti-parti politik baharu; dua parti utama ialah Parti Progresif Chad (PPT) oleh Gabriel Lisette dan Kesatuan Demokratik Chad (UDT). Pada 11 Ogos 1960, Chad menjadi negara merdeka, dengan François Tombalbaye, ketua baharu PPT sebagai Presiden pertama.
Sejarah pascakemerdekaan Chad ditandai dengan ketakstabilan dan kekerasan dari ketegangan antara bahagian utara yang sebahagian besar dihuni Arab Muslim dan bahagian selatan yang lazimnya dihuni orang Kristian dan animisme. Dua tahun selepas merdeka, Tombalbaye mengharamkan semua parti politik kecuali PPT lalu membentuk negara satu parti.
Pada 1965, ketidakpuasan kaum Muslim dengan Tombalbaye selaku orang Kristian dari kawasan selatan mengakibatkan mereka membentuk Barisan Pembebasan Kebangsaan Chad dan terjadi perang gerila. Pada 1975, Presiden Tombalbaye dibunuh dalam sebuah rampasan kuasa yang dipimpin oleh Noël Milarew Odingar, yang segera digantikan oleh orang selatan lainnya, jeneral Félix Malloum.[9]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Chad ialah sebuah negara pedalaman di tengah-tengah Afrika Utara yang berkeluasan sebanyak 1,284,000 kilometer persegi. Chad memiliki sempadan sepanjang 5,968 kilometer dengan Cameroon, Republik Afrika Tengah, Libya, Niger, Nigeria, dan Sudan. Chad memiliki empat zon iklim: dataran kering yang luas di tengah, gurun di utara, pergunungan yang kering di barat laut, dan dataran rendah tropika di selatan. Hanya 3% tanah Chad yang subur untuk tujuan pertanian dan tiada kawasan yang memiliki penanaman tetap. Bencana alam di Chad termasuk angin kering yang panas, kering, dan berdebu yang terjadi di utara, dan kemarau berkala. Tasik Chad yang terletak di Chad dan Cameroon pernah menjadi danau kedua terbesar di Afrika namun telah banyak susut sejak kebelakangan ini dan kini mengecil menjadi kurang 10% keluasan asal.
Politik
[sunting | sunting sumber]Struktur pemerintahan Chad dikepalai oleh Presiden selaku ketua negara serta kerajaan yang memiliki kuasa ketara dalam urusan politik. Beliau berhak untuk melantik Perdana Menteri serta ahli-ahli kabinet, serta memiliki pengaruh besar dalam pelantikan jawatan-jawatan utama negara lain seperti para peguam dan jeneral. Presiden dilantik melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun, dan sejak pemindaan perlembagaan negara pada 2005, tiada had masa seseorang boleh menjadi Presiden. Badan perundangan negara ialah Perhimpunan Kebangsaan yang terdiri daripada 155 kerusi yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat yang dilantik setiap empat tahun.
Masalah korupsi dan rasuah di Chad adalah sangat ketara di semua tahap pemerintahan, dan pernah disenaraikan sebagai negara paling korup di dunia dalam carta antarabangsa seperti Indeks Persepsi Rasuah.[10]
Pembahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Sekatat kini, Chad dibahagikan kepada 23 buah kawasan tadbiran, dan dibahagikan lagi menjadi 61 buah departmen.[11]
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Indeks Pembangunan Manusia PBB menetapkan Chad sebagai negara ketujuh termiskin di dunia dengan 80% penduduk hidup di bawah garis kemiskinan. KDNK (pariti kuasa beli) per kapita dianggarkan sebanyak AS$1,651 pada tahun 2009.[5] Chad adalah sebahagian dari Bank Negara-Negara Afrika Tengah, Kesatuan Kastam dan Ekonomi Afrika Tengah (UDEAC) dan Organisasi Harmonisasi Undang-Undang Perniagaan Afrika (OHADA).[12]
Ekonomi pertanian Chad didorong oleh pembangunan ladang minyak dan jalur paip sejak 2000. Lebih dari 80% penduduk Chad menjalankan pertanian sara diri dan penternakan sebagai mata pencarian. Kapas, haiwan penternakan dan getah arab kini tetap menyediakan sebagian besar eksport Chad, namun Chad mulai mengeksport minyak pada 2003 dari tiga buah ladang minyak dekat Doba.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Anggaran jumlah penduduk Chad oleh pihak kerajaan pada 2015 ialah antara 13,630,252 dengan 13,679,203 orang, dengan angka median sebanyak 13,670,084 orang. Berdasarkan angka ini, 3,212,470 orang ialah penetap bandar dan selebihnya penduduk luar bandar.[3] Secara anggaran, 47.3% penduduk negara berumur kurang 15 tahun. Nilai kadar kelahiran dan kadar kematian penduduk Chad masing-masing ialah 42.35 dan 16.69 per 1,000 orang.[13] Golongan masyarakat Chad memiliki keturunan etnik daripada kawasan Afrika Utara, Tengah, Barat dan Timur.[14]
Bahasa-bahasa rasmi Chad ialah bahasa Arab dan bahasa Perancis, dengan dialek Chad ialah lingua franca dan dituturi oleh anggaran 40 ke 60 peratus penduduk.[15] 51.8% - 57.7% penduduk negara adalah beragama Islam manakala 39% - 44.1%pula beragama Kristian.[16]
Kebudayaan
[sunting | sunting sumber]Sebagai negara dengan pelbagai kaum, Chad memiliki warisan budaya yang kaya. Kerajaan Chad aktif mempromosikan budaya dan warisan Chad melalui institusi seperti Muzium Nasional Chad dan Pusat Kebudayaan Chad.[17] Enam hari cuti am diraikan sepanjang tahun seperti perayaan Paskah dan hari-hari raya Islam.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-28. Dicapai pada 2020-02-18.
- ^ "Le TCHAD en bref" (dalam bahasa Perancis). INSEED. 22 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2015. Dicapai pada 18 December 2015.
- ^ a b Projections demographiques 2009–2050 Tome 1: Niveau national (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Perancis). INSEED. Julai 2014. m/s. 7. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 December 2015. Dicapai pada 18 Disember 2015.
- ^ DEUXIEME RECENSEMENT GENERAL DE LA POPULATION ET DE L'HABITAT (RGPH2, 2009): RESULTATS GLOBAUX DEFINITIFS (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Perancis). INSEED. Mac 2012. m/s. 7. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 September 2015. Dicapai pada 18 Disember 2015.
- ^ a b c d e "Chad". Tabung Kewangan Antarabangsa.
- ^ "Gini Index". World Bank. Dicapai pada 16 April 2017.
- ^ "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). UNDP. 10 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-03-22. Dicapai pada 10 December 2019.
- ^ Collier, John L., penyunting (1990), "Historical Setting", Chad : A Country Study, Library of Congress Country Studies (ed. 2nd), Washington, D.C.: Library of Congress, m/s. 13, ISBN 0-16-024770-5, dicapai pada 2011-02-08
- ^ "Death of a Dictator" Diarkibkan 2012-03-25 di Wayback Machine, Time, (28 April 1975). Accessed on 3 September 2007.
- ^ "Worst Corruption Offenders Named". BBC News. 18 October 2005.
- ^ "Deuxieme Recensement General de la Population et de l'Habititat (RGPH2, 2009)" [Second General Census of Population and Housing] (dalam bahasa Perancis). Republique du Tchad - Institut national de la statistique, des études économiques et démographiques (INSEED). September 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 September 2012. Dicapai pada 3 September 2012.
- ^ "OHADA.com: The business law portal in Africa". Dicapai pada 22 March 2009.
- ^ "Life expectancy at birth, total (years)". Oktober 2016. Bank Dunia
- ^ Haber, Marc; Mezzavilla, Massimo; Bergström, Anders; Prado-Martinez, Javier; Hallast, Pille; Saif-Ali, Riyadh; Al-Habori, Molham; Dedoussis, George; Zeggini, Eleftheria; Blue-Smith, Jason; Wells, R. Spencer; Xue, Yali; Zalloua, Pierre A.; Tyler-Smith, Chris (1 December 2016). "Chad Genetic Diversity Reveals an African History Marked by Multiple Holocene Eurasian Migrations". The American Journal of Human Genetics (dalam bahasa Inggeris). 99 (6): 1316–1324. doi:10.1016/j.ajhg.2016.10.012. ISSN 0002-9297. PMC 5142112. PMID 27889059.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-06. Dicapai pada 2021-02-18.
- ^ https://dhsprogram.com/pubs/pdf/FR90/FR90.pdf
- ^ "Chad". Encyclopædia Britannica. (2000)
Pauan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Chad di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Chad. |
Kerajaan
[sunting | sunting sumber]- Official site of the government (in French)
Berita
[sunting | sunting sumber]- AllAfrica.com - Chad news headline links
- News and links Diarkibkan 2008-01-16 di Wayback Machine
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]- BBC News Country Profile - Chad
- CIA World Factbook - Chad Diarkibkan 2004-12-07 di Wayback Machine
- US State Department - Chad includes Background Notes, Country Study and major reports
- World Bank -- Chad Summary Data, Statistics & Sources
- World Bank -- Chad Data Profile
Direktori
[sunting | sunting sumber]- Columbia University Libraries - Chad directory category of the WWW-VL
- Open Directory Project - Chad Diarkibkan 2008-01-15 di Wayback Machine directory category
- Stanford University - Africa South of the Sahara: Chad directory category
- Yahoo! - Chad Diarkibkan 2006-01-01 di Wayback Machine directory category
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]- Ryan Spencer Reed photojournalist's images of Sudan's displaced in Eastern Chad
- Chad Travel Blog penetrating narrative of travel through Chad
Daftar negara | Afrika | Afrika Barat |
Benin | Burkina Faso | Cape Verde | Chad | Gambia | Ghana | Guinea | Guinea-Bissau | Ivory Coast | Liberia | Mali | Mauritania | Niger | Nigeria | Saint Helena | Senegal | Sierra Leone | Togo |