Pergi ke kandungan

Bahasa-bahasa Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Japonik
Taburan
geografi:
Jepun
Klasifikasi bahasa:Austric
Pembahagian:
ISO 639-2 / 5:jpx
Glottolog:japo1237[1]
{{{mapalt}}}
Bahasa-bahasa Japonik

Bahasa-bahasa Japonik ialah istilah yang digunakan untuk mengenal pasti bahasa Jepun. Ada beberapa pendapat dari para ahli linguistik yang menyatakan bahawa bahasa ini memiliki banyak ragam dialek yang sebenarnya dapat dikatakan bahasa sendiri, namun biasanya bahasa yang ada dalam keluarga bahasa ini secara lazim dikongsi menjadi 3 bahasa yang menaungi ragam-ragam dialek. Bahasa itu adalah bahasa Jepun dengan ragam dialeknya yang dipertuturkan di kepulauan Jepun utama, bahasa Hachijo di Kepulauan Izu serta Daito dan bahasa Ryukyu dipertuturkan di Kepulauan Ryukyu. Istilah ini diterima baik sebagai istilah linguistik yang dicatat oleh Leon Serafim.[2]

"Japonik" atau "bahasa Jepun-Ryukyu" ialah keluarga bahasa yang merangkumi bahasa-bahasa Jepun dan Ryukyu. Bahasa turun-temurun ini juga dikenali sebagai "Proto-Japonik".[3] Para cendekiawan bahasa telah membincangkan asal-usul bahasa Japonik yang wujud pada hari ini sebagai gabungan isu berkaitan yang tidak dapat diselesaikan.[4] Hubungan yang paling jelas setakat ini menunjukkan bahasa Japonik mempunyai persamaan toponim di Korea Selatan yang barangkali boleh didapati dalam bahasa Gaya (Kara) atau bahasa lain yang jarang dibuktikan keberadaannya.

Japonik (atau bahasa Jepun–Ryukyu) ialah:

        • Shuri (Okinawa Tengah) (沖縄語)

Pengklasifikasian

[sunting | sunting sumber]

Hubungan Japonik (atau bahasa Jepun-Ryukyu) dengan bahasa lain dan keluarga bahasa lain merupakan isu kontroversi yang masih diperdebatkan. Pelbagai andaian telah diajukan terhadap keluarga dan hubung kait bahasa-bahasa Japonik ini, namun tiada satu pun yang diterima pada dasarnya.

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Japonik". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ Shimabukuro, Moriyo. (2007). The Accentual History of the Japanese and Ryukyuan Languages: a Reconstruction, p. 1.
  3. ^ Miyake, Marc Hideo. (2008). [ Old Japanese: a Phonetic Reconstruction. p. 66.], m/s. 66, di Buku Google
  4. ^ Blench, Roger M. (2008). [ Archaeology and language, Vol. 2 , p. 201.], m/s. 201, di Buku Google

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]