Pergi ke kandungan

Angka Rumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MMXXIII
(2023 dalam angka Rumi)

Angka Rumi atau angka Roman ialah sistem angka Rom Kuno yang berdasarkan huruf-huruf abjad Rumi yang digabungkan untuk menunjukkan jumlah nilai. Sepuluh angka Rumi yang utama adalah:

Sistem angka Rumi adalah berbentuk perpuluhan[1] dan tidak mempunyai angka sifar. Sistem ini berkait rapat dengan angka Etruscan dan huruf-hurufnya diambil dari simbol-simbol bukan abjad terawal; lama kelamaan orang Rom menukar simbol-simbol ini dengan huruf-huruf dari abjad Latin. Sistem angka Rumi yang digunakan pada hari ini merupakan hasil perubahan yang pada zaman pertengahan akhir.

Angka Rumi biasanya digunakan dalam senarai yang dinomborkan (seperti garis bentuk format untuk sesebuah rencana), muka jam, muka surat yang mendahului badan utama buku, bulan dalam setahun, di belakang nama waris pemimpin politik dan monarki yang mempunyai nama yang sama, dan penomboran acara tahunan.

Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Ibrani
Yunani (Ionia)
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60
Bahagian masuk ke seksyen LII di Colosseum.

Angka Rumi adalah berdasarkan tujuh simbol: satu calitan (diwakili huruf I) untuk satu unit, satu sevron (diwakili huruf V) untuk lima, satu calitan silang (diwakili huruf X) untuk sepuluh, satu C (singkatan kepada Centum) untuk seratus, dan sebagainya:

Simbol Nilai
I 1 (satu) (unus)
V 5 (lima) (quinque)
X 10 (sepuluh) (decem)
L 50 (lima puluh) (quinquaginta)
C 100 (satu ratus) (centum)
D 500 (lima ratus) (quingenti)
M 1000 (satu ribu) (mille)

Simbol dilelar (diulang-ulang) untuk menghasilkan gandaan nilai perpuluhan (1, 10, 100, 1000), dan V, L, D yang digunakan untuk gandaan lima, dan pelelaran meneruskan: I "1", II "2", III "3", V "5", VI "6", VII "7", dan seterusnya, dan ia dilakukan dengan sama untuk asas yang lain: X "10", XX "20", XXX "30", L "50", LXXX "80"; CC "200", DCC "700", dan seterusnya. Pada pelelaran keempat, prinsip subtraktif akan digunakan, dengan asasnya diletakkan sebelum asas yang lebih tinggi: IIII atau IV "4", VIIII atau IX "9", XXXX atau XL "40", LXXXX atau XC "90", CCCC atau CD "400", DCCCC atau CM "900".

Orang Rom kuno cuma menggunakan versi huruf besar. Pada zaman pertengahan, huruf kecil telah dicipta dan bentuk yang biasa digunakan ialah: i, ii, iii, iv, dan seterusnya. Selain itu, gantian "j" untuk akhiran "i" juga telah dicipta untuk mengakhiri sesuatu nombor, seperti iij untuk 3 atau vij untuk 7. "j" ini bukanlah huruf yang berasingan, sebaliknya cuma variasi berhias untuk "i".

Untuk nombor besar (4000 ke atas), satu bar akan diletakkan di atas angka asas, atau tanda kurungan diletakkan untuk menunjukkan pendaraban dengan 1000, walaupun orang Rom sendiri sering membuang "M" sahaja:[2]

Tanda kurungan pula adalah lebih versatil; (II) bersamaan dengan MM, tetapi II tidak dijumpai.

Jadi pendaraban asas angka Rumi adalah mengikut corak seperti berikut:

×1 ×2 ×3 ×4 ×5 ×6 ×7 ×8 ×9
Sa I II III IV V VI VII VIII IX
Puluh X XX XXX XL L LX LXX LXXX XC
Ratus C CC CCC CD D DC DCC DCCC CM
Ribu M MM MMM IV V VI VII VIII IX}}
Puluh Ribu X XX XXX XL L LX LXX LXXX XC}}
Ratus Ribu C CC CCC CD D DC DCC DCCC CM}}

Kaedah praktikal untuk menulis angka Rumi adalah dengan menggunakan sistem moden angka Arab, dan menukar secara berasingan ribu, ratus, puluh, dan sa seperti diberikan dalam carta di atas. Jadi, sebagai contoh, 1234 difikir sebagai "satu ribu dan dua ratus dan tiga puluh dan empat", mendapatkan M (satu ribu) + CC (dua ratus) + XXX (tiga puluh) + IV (empat), untuk MCCXXXIV. Jadi sebelas adalah XI (sepuluh dan satu), 32 adalah XXXII (tiga puluh dan dua) dan 2009 adalah MMIX (dua ribu dan sembilan). Perlu diingat yang prinsip subtraktif tidak melangkaui seperti apa yang dinyatakan di dalam carta di atas, jadi IL tidak digunakan untuk 49, sebaliknya ditulis dengan empat puluh (XL) dan sembilan (IX), atau XLIX.

Angka Rumi moden

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah beberapa angka Rumi moden, selepas zaman Victoria:

Piawai Arab Nota
tiada 0 N pernah digunakan sekurang-kurangnya sekali oleh Bede sekitar 725.
I 1
II 2
III 3
IV 4 IIII masih digunakan di jam dan permukaan kad tarot.
V 5 IIIII jarang digunakan pada zaman pertengahan.
VI 6
VII 7
VIII 8 IIX jarang digunakan pada zaman pertengahan.
IX 9
X 10 VV jarang digunakan pada zaman pertengahan.
XI 11
XII 12
XIII 13
XIV 14
XV 15
XVI 16
XVII 17
XVIII 18
XIX 19
XX 20
XXI 21
XXV 25
XXX 30
XXXV 35
XL 40
XLV 45
XLIX 49 Berdasarkan prinsip subtraktif seperti dinyatakan di atas, IL tidak diterima.
L 50
LX 60
LXIX 69
LXX 70
LXXVI 76
LXXX 80
XC 90
XCIX 99
C 100
CL 150
CC 200
CCC 300
CD 400
D 500
DC 600
DCLXVI 666
DCC 700
DCCC 800
CM 900
M 1,000
MCDXLIV 1,444 Nombor pandigital terkecil (setiap simbol digunakan)
MDCLXVI 1,666 Nombor pandigital efisien terbesar (setiap simbol muncul sekali sahaja)
MDCCCLXXXVIII 1,888 Nombor terpanjang apabila ditulis (tanpa gandaan M)
MCMXC 1,990 Ringkasan seperti XMM dan MXM bertentangan dengan prinsip subtraktif
MCMXCVII 1,997
MCMXCIX 1,999 Ringkasan seperti IMM dan MIM bertentangan dengan prinsip subtraktif
MM 2,000
MMI 2,001
MMIX 2,009
MMD 2,500
MMM 3,000
IV 4,000 Kadang-kadang menjadi MMMM atau MV
V 5,000
VMDCLXVI 6,666 Nombor ini menggunakan setiap simbol sehingga V sekali.
X 10,000
L 50,000
C 100,000
D 500,000
M 1,000,000

Kaedah menulis angka Rumi dengan tepat adalah dengan mencatat mengikut urutan ribu, kemudian ratus, kemudian puluh, kemudian sa.


Contoh: nombor 1988.
Satu ribu adalah M, sembilan ratus adalah CM, lapan puluh adalah LXXX, lapan adalah VIII.
Digabungkan: MCMLXXXVIII.

  1. ^ Atau lebih tepat, "satu sistem perpuluhan dengan nombor 5 dijadikan dasar bantu" (Ifrah 200:193)
  2. ^ Angka Rumi: Bagaimana ia dilakukan: Nombor lebih besar