Ajaw
Rencana ini mempunyai senarai rujukan umum, tetapi kekurangan nota kaki pada pada kenyataan yang dipetik. (July 2010) |
Ajaw atau Ahau /ɑːˈxaʊ/ ('Datuk/Tuan')[1] ialah suatu gelaran kehormat Maya dari zaman pra-Columbus yang terdapat dalam inskripsi batu-batu bersurat. Ia juga nama hari ke-20 dalam tzolkʼin, kalendar ramalan Maya, hari upacara tutup kʼatun (jangka waktu 7200 hari) oleh seseorang raja.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Perkataan ini dikenali daripada beberapa bahasa Maya dari zaman pra-Columbus (seperti dalam Maya Klasik), serta dalam bahasa-bahasa turunan yang kini (namun terdapat sedikit variasi). "Ajaw" ialah ejaan moden mengikut ortografi Maya baku, disediakan pada tahun 1994 oleh Academia de Lenguas Mayas Guatemala, dan kini diterima pakai secara meluas oleh sarjana kaji Maya. Sebelum penyeragaman ini, ia lebih kerap ditulis sebagai "Ahau", mengikut ortografi bahasa Maya Yucatec abad ke-16 dalam transkripsi-transkripsi bahasa Sepanyol (kini Yukatek dalam gaya moden).
Dalam sistem tulisan hieroglif Maya, perkataan ajaw boleh dituliskan sebagai logogram[2] ataupun dieja mengikut suku kata. Dalam kedua-dua hal, terdapat sedikit variasi glif yang digunakan.[2] Gambar raja atau pemerintah kadangkala menggantikan simbol hari yang lebih abstrak.
Maksud
[sunting | sunting sumber]Ajaw menandakan mana-mana orang pembesar dalam sesebuah negeri. Ia tidak terhad kepada satu orang sahaja dan maksudnya pernah diterjemahkan kepada "pemimpin", "pemerintah", "datuk", "tuan", "raja", "permaisuri" atau "ratu", bergantung kepada individu tersebut. Oleh sebab ajaw melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan, ia juga gelaran untuk pendeta-pendeta Maya. Varian kʼuhul ajaw ("datuk ilahi") adalah untuk pemimpin berdaulat dalam sesebuah negeri, namun keluasan negeri tersebut dan pengaruh ajaw itu berbeza-beza, dan sesetengah kʼuhul ajaw mengakui kedaulatan pemerintah, dinasti atau negeri lain. Apabila gelaran ini diberikan kepada seorang pemerintah wanita, seperti K'awiil Ajaw (640-681 TM) dari Coba, ia kadangkala diawali dengan tanda Ix ("perempuan") untuk menunjukkan jantina.
Bukti terawal
[sunting | sunting sumber]Tapak arkeologi Kʼo—di sebuah bandar Maya Klasik, Holmul, yang terletak di Guatemala moden—mempunyai makam diraja Maya yang terawal diketahui. Makam ini ditarikhkan berasal dari 350-300 SM. Ia mengandungi bukti terawal institusi ajaw di Tanah-Tanah Pamah Maya.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kettunen, Harri; Christophe Helmke (2005). Introduction to Maya Hieroglyphs. Wayeb and Leiden University. m/s. 32. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 June 2007. Dicapai pada 2022-11-13.
- ^ a b Kettunen, Harri; Christophe Helmke (2005). Introduction to Maya Hieroglyphs. Wayeb and Leiden University. m/s. 16. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 June 2007. Dicapai pada 2022-11-13.
- ^ Tomasic, J., & Bozarth, S. (2011, April). New Data from a Preclassic Tomb at K’o, Guatemala. Dalam Kertas kerja dibentangkan pada mesyuarat ke-76 Persatuan Arkeologi Amerika.
- Montgomery, John; Peter Mathews; Christophe Helmke (2002–2007). "Dictionary of Maya Hieroglyphs" (online version). Maya Hieroglyphic writing: Dictionaries. Foundation for the Advancement of Mesoamerican Studies, Inc (FAMSI). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 June 2007. Dicapai pada 2007-05-08.
- Osborne, Deborah (1994–95). "The History of the Transcription of the Mayan Languages" (PDF). Amerindia, Revue d'Ethnolinguistique amérindienne. 19–20: 435–442. ISSN 0221-8852. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-11-19. Dicapai pada 2007-05-08.
- Thomas, Cyrus (1897). "Day Symbols of the Maya Year". Dalam J. W. Powell (penyunting). Sixteenth Annual Report of the Bureau of American Ethnology to the Secretary of the Smithsonian Institution, 1894–1895. Washington DC: Bureau of American Ethnology, Smithsonian Institution; U.S. Government Printing Office. m/s. 199–266. OCLC 14963920 – melalui Project Gutenberg.[pautan mati]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- 'AJAW', fail bunyi dan contoh glif suku kata di Dictionary of Maya Hieroglyphs John Montgomery, diterbitkan dalam talian di FAMSI.