Ahmed Hambal Yeop Majlis
Penampilan
Dato' Ahmed Hambal Yeop Majlis D.P.C.M., K.M.N. | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Parit | |
Dalam jawatan 1982–1986 | |
Didahului oleh | Mohd. Bakri Abdul Rais |
Digantikan oleh | Nasruddin Alang Saidin |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Bota | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Didahului oleh | Rokiah Kayat |
Digantikan oleh | Ismail Hasbolah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 21 Mac 1940 Lambor Kanan, Perak, Malaysia |
Mati | 1 November 2007 Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, Malaysia |
Tempat semadi | Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh, Perak, Malaysia |
Pasangan | Zainab Muhamad |
Dato' Ahmed Hambal bin Yeop Majlis ialah bekas ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Parit, Perak selama sepenggal dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi DUN Bota selama dua penggal.Beliau juga pernah di lantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dari tahun 1986 hingga 1990.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Kerjaya asal beliau ialah seorang guru dan pernah menjadi guru besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah, Perak. Ketika inilah, pada tahun 1979, Sultan Perak , Sultan Idris Shah datang merasmikan sekolah tersebut.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Ahmed Hambal merupakan anak ke-8 dari 22 adik beradik dari 3 ibu. Bapanya seorang ulama di Perak bernama Tuan Guru Haji Yeop Majlis bin Pandak Mohid[1].