Abdul Wahid Pedersen
Abdul Wahid Reino Arild Pedersen (lahir Reino Arild Pedersen pada tahun 1954) adalah seorang Imam berasal dari Denmark.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Beliau berkahwin dengan seorang wanita Maghribi dan mempunyai 4 orang anak.
Pedersen memeluk Islam pada tahun 1982 selepas pencarian lama melalui agama-agama dunia yang berbeza. Beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian, menjadi pemikir bebas pada usia 16 tahun dan merupakan pengikut agama Hindu selama empat tahun sebelum akhirnya membuat keputusan mengenai Islam.
Pedersen merupakan naib presiden kepada Muslim in Dialogue, sebuah organisasi Muslim yang mempromosikan Islam ke dalam masyarakat Denmark. Beliau pengasas bersama dan pengetua kepada tiga sekolah swasta untuk kanak-kanak Muslim di Denmark. Beliau juga pengasas bersama dan naib pengerusi untuk sekian lama kepada Pusat Kajian Islam Kristian di Copenhagen. Beliau menerajui projek-projek bantuan di banyak negara di seluruh dunia. Contohnya penubuhan sebuah sekolah di wilayah Kunar, Afghanistan semasa rejim Taliban yang menerima kanak-kanak perempuan juga. Pedersen adalah pengasas bersama Muslim Aid Denmark dan kini Ketua Setiausaha organisasi yang sama. DM-Aid, antara lain, membina semula lebih 500 rumah untuk orang-orang yang dilanda gempa bumi di kawasan Kashmir Pakistan semasa musim sejuk 2005 - 2006. Beliau adalah salah satu wakil-wakil Eropah Rangkaian Global Agama untuk Kanak-kanak dan ahli lembaga Akademi Islam Sweden.
Beliau telah menterjemahkan beberapa buku tentang Islam ke dalam bahasa Denmark. Pada tahun 1997, beliau adalah imam pertama mula memegang khutbah Jumaat di Denmark.
Patutan luar
[sunting | sunting sumber]- God, Guide Me If You Exist - A Danish Man Discovers Islam Diarkibkan 2006-04-24 di Wayback Machine
- Danish Muslim Aid Diarkibkan 2007-02-12 di Wayback Machine(Danish)