Guinea Khatulistiwa
Republik Guinea Khatulistiwa | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Unidad, Paz, Justicia (Sepanyol) "Perpaduan, Keamanan, Keadilan" | |||||
Lagu kebangsaan: Caminemos pisando las sendas de nuestra inmensa felicidad (Sepanyol) Marilah Kita Berjalan Melangkahi Jalan Kebahagiaan Kita yang Luar Biasa | |||||
Ibu negara | Malabo (semasa) Ciudad de la Paz (dalam pembinaan) 3°45′N 8°47′E / 3.750°N 8.783°E | ||||
Bandar terbesar | Bata | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Bahasa umumyang diakui | Senarai | ||||
Kumpulan etnik (2020[3]) | |||||
Agama (2020)[4] |
| ||||
Demonim | |||||
Kerajaan | Unitary dominant-party presidential republic under a dictatorship[5][6] | ||||
• Presiden | Teodoro Obiang Nguema Mbasogo | ||||
Teodoro Nguema Obiang Mangue | |||||
Manuel Osa Nsue Nsua | |||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Senat | |||||
Dewan Timbalan | |||||
Kemerdekaan dari Sepanyol | |||||
• Diisytiharkan | 12 Oktober 1968 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 28,050 km2 (10,830 bt2) (141st) | ||||
boleh diabaikan | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2022 | 1,679,172[7] (154th) | ||||
KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▼ $28.356 billion[8] (148th) | ||||
▼ $18,362[8] (90th) | |||||
KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▼ $10.041 billion[8] (156th) | ||||
▼ $6,502[8] (95th) | |||||
HDI (2021) | ▲ 0.596[9] sederhana · 145th | ||||
Mata wang | Franc CFA Afrika Tengah ( XAF ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (WAT) | ||||
Format tarikh | dd/mm/yyyy | ||||
Arah memandu | right | ||||
Kod panggilan | +240 | ||||
Kod ISO 3166 | GQ | ||||
DPT internet | .gq | ||||
|
Guinea Khatulistiwa, secara rasmi Republik Guinea Khatulistiwa (Sepanyol: República de Guinea Ecuatorial, Sebutan Sepanyol: [reˈpuβlika ðe ɣiˈnea ekwatoˈɾjal], Perancis: République de Guinée Équatoriale, Bahasa Portugis: República da Guiné Equatorial, Bahasa Inggeris: Republic of Equatorial Guinea) adalah sebuah negara yang terletak di Afrika Tengah. Dengan keluasan 28,000 km2 ia adalah salah satu negara terkecil di benua Afrika dan mempunyai populasi dianggarkan sebanyak setengah juta.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Guinea Khatulistiwa terletak di pantai barat Afrika Tengah. Negara ini terdiri daripada wilayah tanah besar, Río Muni, yang bersempadan dengan Cameroon di utara dan Gabon di timur dan selatan, dan lima pulau kecil, Bioko, Corisco, Annobon, Elobey Chico (Elobey Kecil), dan Elobey Grande (Elobey Besar). Bioko, tapak ibu negara, Malabo, terletak kira-kira 40 kilometer (25 bt) di luar pantai Cameroon. Pulau Annobon terletak kira-kira 350 kilometer (220 bt) barat-selatan-barat Cape Lopez di Gabon. Corisco dan dua pulau Elobey berada di Corisco Bay, di sempadan Río Muni dan Gabon.
Guinea Khatulistiwa terletak di antara latitud 4 °U dan 2°S, dan longitud 5° B dan 12° E. Meskipun namanya, tidak ada bahagian wilayah negara yang terletak di khatulistiwa—ia berada di hemisfera utara kecuali kawasan kepulauan Wilayah Annobón yang terletak kira-kira 155 km (96 bt) selatan daripada khatulistiwa.
Guinea Khatulistiwa mempunyai iklim tropika dengan musim basah dan kering yang ketara. Dari Jun hingga Ogos, Río Muni kering dan Bioko basah, dan dari Disember hingga Februari, keadaan sebaliknya berlaku. Antaranya, terdapat peralihan secara beransur-ansur. Hujan atau kabus berlaku setiap hari di Annobon, di mana hari tanpa awan tidak pernah didaftarkan. Suhu di Malabo, Bioko, berjulat dari 16 °C (61 °F) hingga 33 °C (91 °F), walaupun di selatan Moka Plateau, suhu tinggi biasa hanya 21 °C (70 °F). Di Río Muni, suhu purata ialah kira-kira 27 °C (81 °F). Kadar Hujan tahunan berbeza daripada 1,930 mm (76 in) di Malabo hingga 10,920 mm (430 in) di Ureka, Bioko, tetapi Río Muni agak kering.
Kawasan pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Guinea Khatulistiwa terbahagi kepada lapan buah wilayah.[10][11] Wilayah terbaharu ialah Djibloho yang dicipta pada 2017 dengan ibu pejabatnya di Ciudad de la Paz, bakal ibu negara.[12][13] Lapan wilayah tersebut adalah seperti di bawah (ibu kota wilayah dalam kurungan):[10]
- Annobón (San Antonio de Palé)
- Bioko Norte (Malabo)
- Bioko Sur (Luba)
- Centro Sur (Evinayong)
- Djibloho (Ciudad de la Paz)
- Kié-Ntem (Ebebiyín)
- Litoral (Bata)
- Wele-Nzas (Mongomo)
Wilayah-wilayah ini dibahagikan lagi kepada 19 buah daerah dan 37 buah perbandaran.[14]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan rakyat negara memiliki asal orang Bantu.[15] Kumpulan etnik terbesar, orang Fang, adalah asli di tanah besar, dengan migrasi besar Pulau Bioko sejak abad ke-20 membanyakkan penduduk Fang hingga melepasi jumlah orang Bubi asal. Golongan Fang merangkumi kira-kira 80% populasi,[16] dan terdiri daripada sekitar 67 buah puak. Mereka di kawasan utara Río Muni bertutur bahasa Fang-Ntumu, dan mereka di selatan bertutur bahasa Fang-Okah; dua dialek ini memiliki perbezaan, tetapi dapat saling difahami. Dialek-dialek Fang juga ditutur di kawasan negara jiran, Cameroon (Bulu) and Gabon. Dialek-dialek ini masih dapat saling difahami, tetapi lebih lebih ketara perbezaannya. Orang Bubi yang merangkumi 15% populasi adalah asli di Pulau Bioko. Garis sempadan tradisi antara etnik Fang dan "pantai" ialah kampung Niefang ("batas Fang") di timur Bata.
Kumpulan etnik pesisir pantai, kadangkala dirujuk sebagai Ndowe atau "Playeros" ("orang pantai" dalam bahasa Sepanyol): Combes, Bujebas, Balengues, dan Bengas di tanah besar dan pulau-pulau kecil, dan Fernandinos, sebuah komuniti Krio di Pulau Bioko bersama-sama merangkumi 5% populasi negara. Orang Eropah (sebahagian besarnya berketurunan Sepanyol atau Portugis, sebahagian daripada keturunan Afrika separa) juga tinggal di negara itu, tetapi kebanyakan warga Sepanyol meninggalkan negara selepas negara mencapai kemerdekaan.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Guinea Khatulistiwa pra-merdeka mengharapkan pengeluaran koko untuk pendapatan mata wang kukuh. Ia mempunyai pendapatan per kapita tertinggi Afrika pada 1959.
Penemuan simpanan minyak besar pada 1996 dan eksploitasinya yang berikutnya telah menyumbang kepada satu peningkatan dramatik dalam hasil kerajaan. Seperti pada 2004,[17] Equatorial Guinea adalah pengeluar minyak ketiga terbesar di Sub Sahara Afrika. Pengeluaran minyaknya telah meningkat kepada 360,000 buah tong/hari, bertambah daripada 220,000 dua tahun terdahulu.
Perhutanan, pertania, dan perikanan adalah juga komponen utama bagi KDNK negara ini. Pertanian sara diri mendominasi. Kemerosotan ekonomi luar bandar di bawah rejim-rejim yang kejam telah mengurangkan potensi untuk pertumbuhan pertanian.
Walaupun KDNK per kapita (PPP) lebih daripada US$30,000 [18][19], Equatorial Guinea berkedudukan ke-121 daripada 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sukan
[sunting | sunting sumber]Equatorial Guinea telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Negara Afrika 2012 perkongsian dengan Gabon. Negara itu juga dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Wanita Afrika 2008, yang kemudian dimenangi.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "History, language and culture in Equatorial Guinea". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2021. Dicapai pada 13 September 2021.
- ^ "Equatorial Guinea Adds Portuguese as the Country's Third Official Language". 14 October 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2022. Dicapai pada 26 September 2022.
- ^ Equatorial Guinea Diarkibkan 9 Januari 2021 di Wayback Machine. Cia World Factbook.
- ^ "Religions in Equatorial Guinea | PEW-GRF". Global Religious Futures. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2022. Dicapai pada 19 April 2022.
- ^ "Section 3. Freedom to Participate in the Political Process". Equatorial Guinea 2020 Human Rights Report (PDF). U.S. Embassy in Equatorial Guinea (Laporan). 2020. m/s. 15. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 July 2021. Dicapai pada 8 August 2021.
- ^ "Democracy Index 2020". Economist Intelligence Unit (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2021. Dicapai pada 2021-12-17.
- ^ Templat:Cite CIA World Factbook
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (GQ)". IMF.org. International Monetary Fund. 10 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 October 2023. Dicapai pada 19 October 2023.
- ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 8 September 2022. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2022-10-09. Dicapai pada 16 October 2022.
- ^ a b Law, Gwillim (22 March 2016). "Provinces of Equatorial Guinea". Statoids. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2017. Dicapai pada 25 September 2017.
- ^ "El Gobierno inicia sus actividades en Djibloho" (dalam bahasa Sepanyol). PDGE. 7 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2017. Dicapai pada 25 September 2017.
- ^ "La Presidencia de la República sanciona dos nuevas leyes" (dalam bahasa Sepanyol). Equatorial Guinea Press and Information Office. 23 June 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 June 2017. Dicapai pada 25 September 2017.
- ^ "Equatorial Guinea government moves to new city in rainforest". BBC News. 8 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2017. Dicapai pada 25 September 2017.
- ^ Law, Gwillim (22 April 2016). "Districts of Equatorial Guinea". Statoids. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2017. Dicapai pada 25 September 2017.
- ^ Vines, Alex (2009). Well Oiled: Oil and Human Rights in Equatorial Guinea. Human Rights Watch. m/s. 9. ISBN 978-1-56432-516-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2023. Dicapai pada 19 December 2012.
- ^ "Equatorial Guinea's God". BBC. 26 July 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2011. Dicapai pada 26 May 2011.
- ^ Justin Blum (September 7, 2004). "U.S. Oil Firms Entwined in Equatorial Guinea Deals". washingtonpost.com. Dicapai pada 2008-07-09. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ World Economic Outlook IMF Database, September 2005
- ^ "CIA - The World Factbook - Equatorial Guinea". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-31. Dicapai pada 2009-04-22.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Equatorial Guinea di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Equatorial Guinea. |
- Kerajaan
- Official Government of Equatorial Guinea website (Spanish, English)
- Honorary Consulate of Equatorial Guinea in Romania Diarkibkan 2011-07-18 di Wayback Machine (Spanish, Romanian, English)
- Chief of State and Cabinet Members Diarkibkan 2009-10-26 di Wayback Machine
- Maklumat am
- Country Profile from BBC News
- "Equatorial Guinea". CIA World Factbook (ed. 2024). Agensi Perisikan Pusat.
- Equatorial Guinea from UCB Libraries GovPubs
- Guinea Khatulistiwa di Curlie
- Atlas Wikimedia Equatorial Guinea
- Topographical map Diarkibkan 2007-09-11 di Wayback Machine (Sepanyol)
- Media
- Equatorial Guinea news headline links from AllAfrica.com
- Guinea-Ecuatorial.net (Spanish, some French)
- Budaya
- The Bubis of Fernando Po Diarkibkan 2011-02-02 di Wayback Machine history of first inhabitants of Bioko Island, now an endangered people
- Cultura Bubi Diarkibkan 2011-07-25 di Wayback Machine
- Cultures de Mon: Los Bubis Diarkibkan 2011-02-02 di Wayback Machine
- African Pygmies culture and music of the first inhabitants of Equatorial Guinea, with photos and ethnographic notes
- Lain-lain
- Spanish Embassy's Plan for African 2006-2008
- http://www.icex.es/staticFiles/GuineaEcuatorial_6814_.pdf (Sepanyol)
Koordinat: 1°55′29.34″N 10°06′41.94″E / 1.9248167°N 10.1116500°E