22 September
Penampilan
<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
22 September merupakan hari ke-265 (hari ke-266 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 100 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Bulgaria (1908) dan Mali (1960)
- Hari Bebas Kereta di Eropah dan Kanada.
Peristiwa
- 1776 – Kapten Nathan Hale, seorang perisik Angkatan Tentera Benua semasa Revolusi Amerika, digantung oleh tentera British.
- 1862 – Perhambaan di Amerika Syarikat: Presiden Abraham Lincoln (gambar) meluluskan Pengisytiharan Pembebasan, membebaskan semua hamba di Negeri-Negeri Gabungan Amerika bermula 1 Januari 1863.
- 1869 – Opera pertama dalam Der Ring des Nibelungen oleh penggubah Jerman Richard Wagner, Das Rheingold, dipersembahkan di Munich.
- 1961 – Kongres Amerika Syarikat meluluskan arahan eksekutif Presiden John F. Kennedy untuk menubuhkan Peace Corps.
- 1965 – Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan ketetapan menyeru gencatan senjata tanpa syarat dalam Perang India-Pakistan.
- 1980 – Iraq melancarkan serangan udara ke atas Iran, memulakan Perang Iran-Iraq.
- 1989 - Seramai 27 orang pelajar perempuan terkorban dalam satu nahas kebakaran di Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah, Kedah.
- 2006 – Yahya Jammeh dilantik semula untuk satu penggal sebagai Presiden Gambia ketiga.
- 2013 – Dalam plihan raya persekutuan Jerman, parti CDU pimpinan Angela Merkel memenangi kemajmukan kerusi Bundestag.
Peristiwa akan datang
- 2019 - Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 - Rakyat Malaysia yang ditetapkan pada tarikh 19-25 September 2019 sebagai cuti umum atau kelepasan am bagi acara ABPBH 32.
Kelahiran
- 1842 - Abdul Hamid II, Sultan Empayar Uthmaniyyah
- 1989 - Dina Shihabi, pelakon wanita Arab Saudi
Kematian
- 1828 – Shaka Zulu, penguasa Kerajaan Zulu (diputerakan 1787)
- 2019 - Ahmad Said Hamdan, seorang mantan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.