Pergi ke kandungan

Bahasa Uzbek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5654140 pada 13:03, 26 Ogos 2022 oleh InternetArchiveBot (bincang | sumb.) (Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.9)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Bahasa Uzbek
oʻzbekcha, oʻzbek tili
ўзбекча, ўзбек тили
اوزبیکچه, اوزبیک تیلی
Asli kepadaUzbekistan, Afghanistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Turkmenistan, Rusia, China
EtnikUzbek
Penutur bahasa
32 juta (2017)[1]
Abjad Uzbek (Rumi, Cyril, Arab, Braille Uzbek)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Uzbekistan
 Afghanistan
Bahasa minoriti
dikenali di
Kod bahasa
ISO 639-1uz
ISO 639-2uzb
ISO 639-3uzb
Kawasan biru gelap menandakan bahasa Uzbek sebagai bahasa utama, kawasan biru cerah menandakan bahasa Uzbek sebagai bahasa minoriti

Bahasa Uzbek (O'zbekcha dan o'zbek tili) (dalam huruf Arab: اوزبیک تیلی atau اوزبیکچه; dalam abjad Cyril: ўзбек тили atau ўзбекча) merupakan suatu bahasa Turkik dan bahasa rasmi bagi Uzbekistan. Jumlah penuturnya adalah kira-kira 25 juta orang (bancian 2007).

Bahasa Uzbek dikelaskan sebagai keturunan terus daripada bahasa Chagatai yang wujud ketika zaman Kekhanan Chagatai dan Dinasti Timuriyah.[2] Bahasa ini berasal daripada rumpun bahasa Karluk, dan oleh itu, memiliki pengaruh Arab dan Parsi yang ketara. Bahasa itu dipelopori oleh Ali-Shir Nava'i pada abad ke-15 dan ke-16. Beliau banyak menyumbang kepada pembangunan kesusasteraan bahasa Chagatai serta Uzbek, dan disifatkan sebagai pengasas kesusasteraan Uzbek.[3] Bahasa Chagatai semakin jarang digunakan dalam kesusasteraan pada abad ke-19, dan tidak lagi digunakan pada abad ke-20.

Sebelum zaman Soviet, bahasa Uzbek lazimnya dibahagikan kepada dua buah dialek, dialek "Uzbek" dan dialek "Sart". Dialek Uzbek ialah dialek dengan keharmonian vokal yang digunakan di kawasan Bukhara dan Samarkand, dipengaruhi oleh bahasa Kipchak, dan lazimnya disifatkan sebagai "Uzbek kuno". Dialek Sart ialah dialek dengan pengaruh bahasa Karluk yang ditutur di kawasan Lembah Fergana, Qashqadaryo dan sebahagian kawasan Samarkand. Dialek ini tidak mempunyai ciri keharmonian vokal dan memiliki pengaruh Arab dan Parsi yang lebih ketara. Dialek ini kini dijadikan asas kepada bahasa Uzbek baku moden. Selain itu, dialek Oghuz pula ditutur di kawasan Kekhanan Khiva.

Ketika zaman Soviet, pihak Soviet telah menetapkan dialek Sart dari Samarkand sebagai bahasa Uzbek baku yang rasmi. Namun begitu, ketiga-tiga dialek masih ditutur pada zaman ini.

Sejak kemerdekaan Uzbekistan, usaha-usaha untuk "menulenkan" bahasa daripada perkataan-perkataan pinjaman bahasa asing, lazimnya bahasa Rusia telah dijalankan. Perkataan-perkataan pinjaman giat digantikan dengan perkataan daripada bahasa Uzbek lama, Arab dan Parsi.[4]

Sejarah kajian bahasa

[sunting | sunting sumber]

Perhatian akademik terhadap bahasa Uzbek mula muncul pada abad ke-19 dalam kalangan pengkaji orientalis Eropah dan Rusia, dan kajian tentang sejarah perkembangan bahasa Uzbek giat dijalankan pada zaman Soviet.

Taburan penutur

[sunting | sunting sumber]

Angka jumlah penutur bahasa Uzbek di seluruh dunia adalah pelbagai mengikut rujukan, iaitu dalam julat 25 ke 30 juta orang penutur.[5][6]

Bahasa Uzbek kebanyakannya ditutur di Uzbekistan, manakala Afghanistan 1.4 juta, jumlah penutur Uzbek di Kyrgyzstan pula 800 ribu, Tajikistan mendapat penutur 900 ribu, Kazakhstan pula 500 ribu dan Turkmenistan serta Rusia telah mendapat jumlah penutur 300 ribu.

Penulisan

[sunting | sunting sumber]

Sebelum zaman Soviet, sejenis tulisan dengan abjad Arab, Yaña imlâ digunakan. Penggunaan tulisan Rumi bermula pada 1920-an, dengan pengenalan tulisan Yañalif. Pada 1940, pihak Soviet menetapkan tulisan Cyril sebagai tulisan rasmi oleh Joseph Stalin. Pada 1992, tulisan rasmi ditukar semula kepada tulisan Rumi yang berasaskan tulisan Rumi Yañalif.

Secara umumnya, bahasa Uzbek kini ditulis dengan tulisan Rumi di Uzbekistan. Meskipun begitu, tulisan Cyril masih digunakan secara meluas. Selain itu, penggunaan kedua-dua tulisan boleh berlaku. Contohnya, boleh berlaku situasi di mana tajuk sesuatu rencana ditulis dalam tulisan Rumi, tetapi karangannya ditulis dalam tulisan Cyril.[7]

Sejak kemerdekaan Uzbekistan, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai usaha untuk memansuhkan tulisan Cyril. Pada 2018, kerajaan Uzbekistan melancarkan satu lagi usaha untuk memansuhkan penggunaan tulisan Cyril pada 2021. Pada Mei 2019, pihak kerajaan mengusulkan huruf-huruf baharu untuk diguna pakai dalam bahasa Uzbek, yakni "c", "ş", "ç", "ó" dan "ǵ" bagi menggantikan huruf-huruf "ts", "sh", "ch", "oʻ" dan "gʻ" masing-masing,[8] menjadikan sistem tulisan Uzbek lebih serupa dengan sistem tulisan Turki.[9]

Abjad Arab sudah tidak lagi digunakan dalam bahasa Uzbek melainkan di tempat-tempat tertentu, seperti penutur di Xinjiang, China dan Afghanistan. Di Uzbekistan, abjad Arab hanya digunakan dalam tulisan-tulisan simbolik dan kajian bahasa Chagatai.[7][10]

Setakat kini, huruf-huruf Rumi yang digunakan dalam bahasa Uzbek adalah seperti yang berikut:

Huruf-huruf tulisan Rumi Uzbek
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29
Huruf-huruf besar
A B D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V X Y Z Sh Ch Ng
Huruf-huruf kecil
a b d e f g h i j k l m n o p q r s t u v x y z sh ch ng

Fonologi bahasa Uzbek banyak dipengaruhi oleh pengaruh Parsi, menjadikan fonologi Uzbek berbeza berbanding dengan bahasa-bahasa Turkik yang lain. Selain itu, bahasa Uzbek moden juga tidak memiliki keharmonian vokal yang menjadi ciri bagi kebanyakan bahasa-bahasa Turk. Kini, hanya dialek Kipchak yang masih mengekalkan unsur tersebut.[11]

Vokal-vokal yang digunakan pada kini ialah kesan daripada perubahan tulisan bahasa Uzbek oleh pihak Soviet pada 1934 yang mengurangkan jumlah vokal yang digunakan kepada hanya enam vokal.[12]

Senarai bunyi

[sunting | sunting sumber]
Vokal-vokal bahasa Uzbek Piawai[13]
Depan Belakang
Sempit i u
Tengah e o
Luas æ ɒ
Konsonan-konsonan bahasa Uzbek Piawai
Dwibibir Gigi Gusi Belakang gusi Velar Uvular Glotis
Sengauan m n ŋ
Letupan Tak bersuara p (t͡s) t͡ʃ k q (ʔ)
Bersuara b d͡ʒ ɡ
Geseran Tak bersuara ɸ s ʃ χ h
Bersuara z (ʒ) ʁ
Aproksiman l j w
Tamparan ɾ

Tatabahasa

[sunting | sunting sumber]

Sebagai salah satu bahasa Tukrik, bahasa Uzbek merupakan bahasa aglutinatif dan tidak memiliki unsur jantina dalam kosa katanya. Susunan ayat lazim dalam bahasa Uzbek ialah subjek-objek-kata kerja, SOV, seperti bahasa-bahasa Turk lain. Sebagai contoh:

Men kitobni ko'rdim.

(Harafiah): Saya - buku (terus) - lihat (transitif).

Maksud: Saya lihat buku itu.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Uzbek". Ethnologue. Dicapai pada 7 Disember 2018.
  2. ^ Allworth, Edward (1994). Central Asia: 130 Years of Russian Dominance, a Historical Overview. Duke University Press. m/s. 72. ISBN 0-8223-1521-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Valitova, A. A. (1974). "Alisher Navoi". Dalam A. M. Prokhorov (penyunting). Great Soviet Encyclopedia (dalam bahasa Russian). 17 (ed. 3rd). Moscow: Soviet Encyclopedia. m/s. 194–195. Cite has empty unknown parameters: |coauthors= dan |month= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Евгений Абдуллаев Русский язык: жизнь после смерти. Язык, политика и общество в современном Узбекистане
  5. ^ "Uzbekistan". CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-05. Dicapai pada 7 December 2012.
  6. ^ "Världens 100 största språk 2007" ("The World's 100 Largest Languages in 2007"), Nationalencyklopedin
  7. ^ a b European Society for Central Asian Studies. International Conference (2005). Central Asia on Display. LIT Verlag Münster. m/s. 221. ISBN 978-3-8258-8309-6.
  8. ^ "Uzbekistan unveils its latest bash at Latin alphabet". 2019-05-22. Dicapai pada 2019-05-23.
  9. ^ Goble, Paul (2019-05-27). "Uzbekistan Moves to Make Its Latin Script Closer to One Used in Turkey". Window on Eurasia – New Series. Dicapai pada 2019-05-27.
  10. ^ Batalden, Stephen K. (1997). The Newly Independent States of Eurasia: Handbook of Former Soviet Republics. Greenwood Publishing Group. m/s. 194. ISBN 978-0-89774-940-4.
  11. ^ Bashakov, Nikolai Alexandrovich (1988). Историко-типологическая фонология тюркских языков (dalam bahasa Rusia). Moscow: Nauka. m/s. 146–152. ISBN 5-02-010887-1.
  12. ^ Brown, Keith; Ogilvie, Sarah (2009). Concise Encyclopedia of Languages of the World (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. m/s. 1146. ISBN 9780080877747.
  13. ^ Sjoberg, Andrée F. (1963). Uzbek Structural Grammar. Uralic and Altaic Series. 18. Bloomington: Indiana University. m/s. 16–18.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]