Pergi ke kandungan

Menara benteng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4933158 pada 09:47, 8 November 2020 oleh CyberTroopers (bincang | sumb.) (Added {{unreferenced}} tag to article (TW))
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Menara benteng yang memuncak dalam pekarangan Istana Rochester, England

Menara benteng (keep) sering dibangunkan dalam pekarangan-pekarangan istana oleh kaum bangsawan Eropah semasa Abad Pertengahan sebagai tempat berlindung akhir saat sisa-sisa istana asal tumbang akibat peperangan yang meletus.

Menara-menara ini mula dibuat dari kayu sebagai bahagian penting istana kota yang berdiri di Normandy dan Anjou pada abad ke-10; senibina ini tersebar ke England akibat penaklukan orang Norman pada 1066 sebelum sampai Wales pada separuh kedua abad ke-11 dan ke Ireland pada 1170-an.