Pergi ke kandungan

Rusuhan Jalan Hrushevskyi 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3366936 pada 04:01, 9 Februari 2014 oleh Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.) (Amir Hamzah 2008 telah memindahkan halaman Rusuhan Jalan Hrushevskoho 2014 ke Rusuhan Jalan Hrushevskyi 2014)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Rusuhan Jalan Hrushevskoho 2014
Kesan dari rusuhan
Tarikh01 Disember 2013 (2013-12-01)
Lokasi
Jalan Hrushevskoho, Kiev,  Ukraine
Punca
  • Undang-undang anti-protes
     ::*Kehalauan Euromaidan
     ::* Kebrutalan polis
     ::* Penangkapan kumpulan aktivis
KaedahRusuhan
Pihak terlibat
Penunjuk perasaan Euromaiden
Sektor Kanan

Titushky

accessdate=1 Disember 2013
Tokoh dan pemimpin utama
Andriy Parubiy Vitaly Zakharchenko
Bilangan
10000 (penunjuk perasaan)
200 perusuh
500-1000 polis
Korban
Ditangkap70
Didakwa42

Rusuhan Jalan Hrushevskoho 2014 berlaku pada 1 Disember 2013 di Ukraine, yang mengorbankan 6 - 7 orang, mencederakan 1,177 orang dan 21 orang hilang.

Rusia semalam memberi amaran tunjuk perasaan di Ukraine semakin berada di luar kawalan pihak berkuasa selepas pertempuran antara penunjuk perasaan yang pro-Kesatuan Eropah (EU) bertempur dengan anggota-anggota keselamatan di sini kelmarin. Pertempuran di Kiev semakin memuncak apabila lebih 10,000 penunjuk perasaan melemparkan bunga api, bom petrol dan batu ke arah polis antirusuhan.

Pasukan polis kemudian melakukan serangan balas dengan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata. Kekacauan itu menjadikan beberapa kawasan di Kiev umpama medan perang apabila banyak kenderaan dibakar dan penunjuk perasaan berkeliaran sambil membawa kayu dan besi. Suasana pada waktu malam juga diterangi cahaya bunga api yang ditembak penunjuk perasaan ke arah pihak berkuasa manakala beberapa penunjuk perasaan turut cedera apabila pakaian mereka terbakar.

Konflik itu yang menyebabkan beratus-ratus orang cedera menyebabkan situasi di negara ini semakin kecoh yang berpunca selepas kerajaan pimpinan Presiden Viktor Yanukovych meminggirkan satu perjanjian untuk menjalinkan hubungan lebih erat dengan EU. Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, beberapa gesaan pemimpin pembangkang Ukraine yang meminta kekacauan dihentikan tidak dihiraukan para penunjuk perasaan sekali gus menjadikan situasi di negara ini semakin tidak terkawal. "Keganasan itu sangat menakutkan dan bercanggah dengan norma-norma yang diterapkan di negara-negara Eropah, katanya.[1]

Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menggesa Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych, supaya menarik balik polis rusuhan dan berusaha dengan pembangkang untuk "langkah segera" bagi mengendurkan ketegangan. Menurut kenyataan Rumah Putih, Biden, dalam satu perbualan telefon, juga memberi amaran bahawa tindakan "mengisytihar darurat atau mengambil langkah keselamatan ketat lain akan mengeruhkan suasana dan menutup ruang untuk penyelesaian secara aman".[2]

Referensi

[sunting | sunting sumber]