Watak-watak dalam Persona 3
Shin Megami Tensei: Persona 3 merupakan sebuah judul permainan video yang dicipta dan diterbitkan oleh Atlus untuk konsol PlayStation 2. Mengambil tempat di Jepun pada tahun 2009 di dalam dunia yang serba moden, sesetengah elemen fiksyen telah ditambah di dalam judul ini.
Meskipun Persona 3 merupakan judul keempat di dalam siri Persona, kebanyakan daripada watak-wataknya tidak pernah muncul di dalam judul-judul sebelumnya. Terdapat banyak watak yang boleh digunakan di dalam pertarungan, namun hanya Watak Utama Persona 3 sahaja yang boleh dikawal secara langsung oleh para pemain.
Ahli-ahli SEES
suntingSEES merupakan singkatan untuk Specialized Extracurricular Execution Squad (Pasukan Pelaksana Khusus Aktiviti Tambahan) untuk Sekolah Menengah Gekkoukan. Di bawah tajaan korporasi Kumpulan Kirijo, yang juga mengawal sekolah itu sendiri, SEES bermatlamat untuk memburu Shadows dan menyiasat perkara yang berkaitan dengan Dark Hour (Waktu Gelap). Setiap satu ahli-ahli SEES yang remaja merupakan pengguna Persona. Mereka tinggal bersama-sama di sebuah bangunan asrama khas.
Watak Utama
sunting- Watak Utama (主人公 , Shujinkō) Disuarakan oleh: Akira Ishida (Bahasa Jepun), Yuri Lowenthal (Bahasa Inggeris)
Watak Utama (diberi nama tersendiri oleh para pemain) merupakan protagonis judul ini. Persona 3 menceritakan kisah persekolahannya di antara tahun 2009-2010. Para pemain diberi cabaran dalam mengendalikan masanya dalam satu-satu hari, pada waktu yang sama cuba untuk mengimbangi simulasi sosial dan aspek-aspek pertarungan di dalam permainannya. Di antara semua watak Persona 3, hanya Watak Utama seorang sahaja yang mempunyai kebolehan untuk menyeru Persona lebih daripada satu dan mencantumkan mereka di dalam Velvet Room.
Plot Persona 3 bermula apabila Watak Utama ini berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Gekkoukan pada permulaan tahun rendahnya. Setibanya dia di asrama sekolah tersebut, dia didatangi Waktu Gelap, seterusnya menandatangani satu kontrak di dalam Velvet Room. Dia kemudiannya dipilih untuk memburu Shadow dan menyiasat Sindrom Apati (Apathy Syndrome) bersama-sama ahli-ahli SEES yang lain. Selain daripada meneroka menara misteri Tartarus, dia bebas untuk membentuk tali persahabatan dan hubungan romantis dengan watak-watak lain sepanjang tahun persekolahannya. "Personaliti" Watak Utama ini adalah untuk ditentukan oleh para pemain sendiri.
Akan didedahkan akhirnya bahawa Aigis telah "menyimpan" Death di dalam Watak Utama apabila dia masih kecil lagi. Jika Aigis telah gagal berbuat demikian, Death akan menyeru Nyx, dan dunia akan hancur sama sekali. Death telah menjadi sebuah entiti yang dikenali sebagai Pharos semasa ia masih terperangkap di dalam minda Watak Utama. Watak Utama itu sendiri, tanpa disedarinya, telah ditarik ke Sekolah Menengah Gekkoukan kerana tapak tersebut merupakan satu-satunya tapak di mana Death mampu dikembalikan semula.
Apabila kedua-dua belas Shadow Arcana ditewaskan, Pharos akan muncul keluar daripada jiwa Watak Utama dan berubah menjadi Ryoji Mochizuki, seorang manusia yang akhirnya akan berubah menjadi Death. Menerusi kejadian ini para pemain diberi pilihan untuk membunuh Ryoji dan melupakan kewujudan Nyx, ataupun membenarkan Ryoji meneruskan hidupnya dan cuba untuk menewaskan Nyx selepas seruannya dilakukan. Dengan memilih untuk membunuh Ryoji, pengakhiran "buruk" Persona 3 akan berlaku.
Di dalam pengakhiran yang "baik", Watak Utama menggunakan Arcana World untuk menghentikan Nyx, dengan menggadaikan nyawanya sendiri. Ikatan perhubungannya bersama-sama SEES dan rakan-rakannya yang lain telah memberinya kuasa yang mencukupi untuk menentang sifat-sifat kemurungan dan kesedihan manusia, yang merupakan faktor yang menarik Nyx ke Bumi. Dia mencapai potensinya yang penuh, sekaligus menjadi seorang penyelamat kepada manusia.
Watak Utama kembali meneruskan kehidupannya semula selama sebulan selepas pertarungannya dengan Nyx, demi memenuhi janjinya untuk bertemu dengan rakan-rakannya pada Hari Penyampaian Ijazah. Sebaik sahaja janjinya dipenuhi, dia rebah di dalam tidurnya di atas riba Aigis, dengan suatu senyuman di bibirnya. Di dalam penghujung Persona 3: FES, keadaan Watak Utama adalah sukar untuk dipastikan, sama ada tubuh badan fizikalnya telahpun mati ataupun jika dia masih hidup dia dipastikan dalam keadaan koma yang abadi. Jiwanya telah menjadi perisai yang berdiri di antara Nyx dan golongan manusia.
Di dalam manga karya Shūji Sogabe, Watak Utama diberi nama Minato Arisato (有里湊 , Arisato Minato).
Yukari Takeba
sunting- Yukari Takeba (岳羽 ゆかり , Takeba Yukari) Disuarakan oleh: Megumi Toyoguchi (Bahasa Jepun), Michelle Ruff (Bahasa Inggeris)
Yukari Takeba merupakan rakan kelas Watak Utama. Yukari menggunakan busur dan anak panah sebagai senjata di dalam pertarungan kerana dia merupakan seorang ahli Kelab Pemanah. Semangatnya untuk menyiasat membangkitkan banyak masalah terhadap SEES, namun juga merupakan sumbangan maklumat dan bantuan kepada mereka. Yukari berbakat dalam menggunakan magik, di mana Persona yang dikawalnya adalah cemerlang dalam sihir angin dan sembuhan.
Yukari adalah popular di sekolah disebabkan paras rupanya yang menawan, sifatnya yang riang dan bertenaga. Akan tetapi, Yukari tidak membenarkan sesiapa mendekati dirinya. Dia juga seringkali mempermain-mainkan Junpei, menyembunyikan motif sebenarnya daripada kumpulan SEES, dan menekankan serta menindas kemarahan dan kepahitan tentang sejarah silamnya.
Didedahkan bahawa Yukari telah hidup bersendiran buat masa yang agak lama. Ayahnya telah meninggal dunia disebabkan perkara misteri seabad yang lalu, dan ibunya telah melupakannya kerana memburu jejaka-jejaka lain. Di pertengahan kisah Persona 3, Yukari mendapat tahu bahawa ayahnya pernah terlibat dengan kejadian yang menyebabkan makhluk Shadow tersebar di dunia. Dia dipaksa untuk menghadapi kemarahannya lalu mengatasinya, akhirnya bertarung demi rakan-rakannya dan memori ayahnya. Dengan itu, dia tidak lagi bersendirian.
Yukari merupakan salah seorang daripada gadis yang boleh dipilih oleh Watak Utama sebagai teman wanita sepanjang kisah Persona 3. Disebabkan populariti Yukari, dia hendaklah memaksimumkan statistik karismanya untuk mendapat perhatiannya. Jika Watak Utama melakukan pilihan-pilihan yang betul, Yukari akan jatuh cinta kepadanya, seterusnya membantu Yukari membaiki hubungan di antara dirinya dan ibunya.
Mitsuru Kirijo
sunting- Mitsuru Kirijo (桐条 美鶴 , Kirijō Mitsuru) Disuarakan oleh: Rie Tanaka (Bahasa Jepun), Tara Platt (Bahasa Inggeris)
Mitsuru merupakan satu-satunya anak kepada ketua Kumpulan Kirijo, iaitu Takeharu Kirijo. Mitsuru juga merupakan pelajar terbaik di sekolahnya, selain daripada menjadi presiden majlis pelajar. Apabila dalam pertarungan Mitsuru menggunakan pedang ringan ataupun pedang rapier sebagai senjata. Persona Mitsuru adalah cemerlang dalam menggunakan sihir ais, dan pada masa yang sama merupakan pengguna magik terkuat di dalam parti, selain daripada Watak Utama.
Mitsuru telah menentang makhluk Shadow buat suatu masa yang lama. Apabila mendapati potensi Watak Utama sebagai pengguna Persona, dirinya, bersama-sama Ikutsuki, menjemputnya menyertai SEES. Pada permulaan Persona 3 dia berperanan sebagai watak Sokongan, menyumbangkan analisis dan nasihat. Mitsuru menyertai partinya selepas penemuan Fuuka Yamagishi, yang mempunyai kuasa analisis lebih berkuasa berbanding Mitsuru.
Sepanjang kisah Persona 3, Mitsuru menyembunyikan butir-butir berkaitan Tartarus dan Dark Hour daripada kumpulan SEES, disebabkan perasaan bersalah yang dirasainya di atas pembabitan keluarganya di dalam sebuah malapetaka yang telah mencipta mereka. Disebabkan datuknya sendiri yang bertanggungjawab terhadap setiap kejadian yang berhubung kait dengan Tartarus, Mitsuru berasa bahawa masalahnya adalah untuk dipikul dirinya sendiri. Selepas Ikutsuki membunuh ayahnya, dia kehilangan semangatnya untuk bertarung. Namun, di atas bantuan Yukari terhadap perasaannya yang terganggu, Mitsuru menemui semula azamnya untuk terus berjuang.
Mitsuru merupakan salah seorang daripada gadis yang boleh dipilih oleh Watak Utama sebagai teman wanita sepanjang kisah Persona 3. Untuk menarik perhatian Mitsuru yang bercita-cita tinggi ini, Watak Utama haruslah memaksimumkan statistik inteleknya, dan mendapat kedudukan tertinggi di dalam kelasnya buat sekurang-kurangnya satu kali. Jika para pemain memilih pilihan-pilihan yang betul, Mitsuru akan jatuh hati kepada Watak Utama, seterusnya membantu Mitsuru membebaskan dirinya daripada beberapa taruhan harapan keluarganya.
Walaupun Mitsuru sendiri tidak pernah muncul di dalam siri anime sambungan kepada Persona 3, Persona -trinity soul-, seorang gadis kecil yang mempunyai persamaan yang serupa ditunjukkan di dalam episod pertama.
Junpei Iori
sunting- Junpei Iori (伊織 順平 , Iori Junpei) Disuarakan oleh: Toriumi Kosuke (Bahasa Jepun), Vic Mignogna (Bahasa Inggeris)
Junpei Iori merupakan rakan karib Watak Utama, walaupun mereka kadang-kala tidak bersehaluan dalam beberapa perkara. Junpei menggunakan pedang yang geenggamnya dua tangan sebagai senjata, dihayunkan seperti kayu besbal. Persona kawalannya cemerlang dalam aspek serangan fizikal dan perlingdungan parti, dan juga mampu menggunakan magik api bertahap rendah.
Junpei menyertai SEES pada awal permulaan kisah Persona 3. Dia dijumpai menangis di dalam sebuah kedai runcit sewaktu Dark Hour masih berjalan, dan tidak menyedari bahawa dia mempunyai potensi untuk menyeru Persona sehingga Akihiko memberitahunya. Keputusannya untuk menyertai SEES adalah hampir serta-merta, dan dia tidak membuang masa untuk berpindah ke asrama mereka, meskipun tidak disenangi Yukari.
Pada walnya, Junpei berlawan kerana dia mampu menjadi seorang "hero" dan pada masa yang sama dapat membuatnya rasa lebih penting daripada dirinya sebelum ini. Junpei menggunakan SEES sebagai alasan untuk meningkatkan keberanian dirinya, melupakan kerja-kerja sekolahnya dan kadang-kala naik darah terhadap Watak Utama di atas keunikan kebolehan Persona kawalannya. Junpei mula berwatakan serius selepas bertemu dengan salah seorang daripada ahli Strega, iaitu Chidori. Mereka berdua saling menyukai sama sendiri, dan meskipun Chidori tetap menganggap SEES sebagai musuhnya, akhirnya kesetian dirinya terhadap Takaya dan perasaan takut yang dirasainya akan kematian telah menggangu perasaannya terhadap Junpei. Apabila Takaya menyebabkan Junpei berada di dalam keadaan nazak, Chidori mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Junpei dengan memberinya tenaga penyembuhan kepadanya. Selepas kematian Chidori, Junpei bersifat lebih fokus dan lebih berazam.
Shigenori Soejima, pereka watak Persona 3 telah menyatakan bahawa Junpei merupakan "watak yang terpenting supaya para pemain menyukai ceritanya," kerana dikalangan semua watak-watak utama, Junpei seorang sahaja yang kelihatan dan berkelakuan seperti seorang budak remaja yang biasa.[1]
Akihiko Sanada
sunting- Akihiko Sanada (真田 明彦 , Sanada Akihiko) Disuarakan oleh: Hikaru Midorikawa (Bahasa Jepun), Liam O'Brien (Bahasa Inggeris)
Akihiko merupakan seorang kapten yang matang dalam pasukan tinju sekolahnya. Dia bekerja keras untuk mengimbangkan purata mata gred bersama-sama latihan yang dilakukannya secara berterusan. Akihiko yang merupakan seorang peninju juga menggunakan sarung tangan serta mata pisau di dalam pertarungan. Persona miliknya cemerlang dalam menggunakan sihir petir dan sihir-sihir buff (meningkatkan tahap seseorang individu). Disebabkan kecederaan yang dialami Akihiko tidak mampu bertarung pada awal permainan Persona 3.
Akihiko merupakan salah seorang daripada tiga ahli ahli asal yang menubuhkan SEES, diikuti oleh Mitsuru dan Shinjiro. Sejak kecil lagi, Akihiko dan Shinjiro merupakan kawan baik, di mana mereka membesar bersama-sama di sebuah rumah anak yatim di samping adik Akihiko yang telah meninggal dunia, iaitu Miki. Walaubagaimanapun, pada suatu malam apabila mereka berdua sedang mengejar satu makhluk Shadow, Shinjiro telah kehilangan kawalan akan Personanya dan seorang awam telah menjadi mangsa, dan terbunuh. Individu tersebut merupakan ibu kepada Ken Amada.
Selepas malapetaka tersebut berlalu, Shinjiro terus meninggalkan SEES dan hubungannya bersama-sama Akihiko telah menjadi tegang. Mereka berdua akhirnya bersatu kembali apabila Ken menyertai SEES, dan Akihiko menyakinkan Shinjiro untuk menyertai semula kumpulan mereka untuk melindungi Ken.
Apabila Akihiko menyedari bahawa Ken telah menyertai SEES hanya untuk membalas dendam terhadap Shinjiro, dia telah cuba untuk menyelamatkan mereka berdua daripada melakukan suatu kesilapan besar, namun dia terlewat. Meskipun Ken telah melepaskan dendamnya, Shinjiro ditembak oleh Takaya apabila dia cuba melindunginya daripada Takaya. Akhirnya, kegagahan Shinjiro berhadapan dengan kematiannya telah memberi Akihiko keberanian untuk menempuhi kehidupannya disebalik kesedihan yang telah menimpanya. Akihiko bertekad untuk berhadapan dengan perasaan penuh berani terhadap kehidupannya sendiri, supaya kematian Shinjiro bermakna. Akihiko merupakan watak yang paling kurang gerun dan runsing terhadap kemustahilan menewaskan Nyx.
Di dalam episod pertama kepada siri anime sambungan kepada Persona 3, Persona -trinity soul-, suara Akihiko dapat didengar bersuara menerusi telefon bersama-sama Ryō, salah satu daripada watak utama siri anime tersebut. Suara Akihiko ini terbukti miliknya, seperti yang didedahkan dalam siri anime tersebut.
Aegis / Aigis
sunting- Aegis/Aigis (アイギス , Aigisu) Disuarakan oleh: Maaya Sakamoto (Bahasa Jepun), Karen Strassman (Bahasa Inggeris)
Aigis ialah sebuah andriod ciptaan Kumpulan Kirijo; juga merupakan model terakhir di dalam eksperimen anti-shadow mereka. Di dalam pertarungan, Aigis menggunakan beberapa senjata berteknologi tinggi, daripada mesin-gan hingga pelancar peluru berpandu. Persona miliknya cemerlang dalam serangan-serangan fizikal, dan mempunyai daya ketahanan yang tertinggi dikalangan ahli parti yang lain.
Aigis diperkenalkan semasa cuti musim panas ahli SEES di sebuah pulau. Pada waktu itu, Aigis terus menunjukkan tanda-tanda untuk melindungi Watak Utama, walaupun dirinya sendiri tidak mengetahui sebabnya. Ikutsuki telah meletakkan Aigis sebagai salah satu daripada ahli SEES dan mengiringi mereka di dalam pertarungan. Tidak lama kemudian, Aigis memasuki Sekolah Menengah Gekkoukan sebagai seorang pelajar, dan "pengawal peribadi" Watak Utama.
Semasa pertarungannya bersama Ryoji di Jambatan Moonlight, Aigis teringat semula akan memori-memori yang tersimpan di dalam litar-litarnya yang telah rosak. Para pemain mendapat tahu bahawa, sepuluh tahun sebelum bermulanya Persona 3, Aigis diberikan tugas untuk mengalahkan atau mengunci Death supaya kedatangan Nyx dapat dielakkan. Disebabkan Aigis gagal mengalahkan Death, dia terpaksa mengunci Death dengan memaksanya masuk ke dalam tubuh seorang budak lelaki yang merupakan satu-satunya individu yang terselamat daripada kemalangan kereta yang berdekatan pada waktu itu. Budak lelaki tersebut merupakan Watak Utama. Aigis berasa bersalah terhadap kelakuannya dan bertekad untuk menjaga Death di dalam tubuh badan Watak Utama, justeru melindunginya.
Aigis telah mengalami kerosakan sewaktu pertarungannya bersama-sama Ryoji dan perlu dibaiki oleh Kumpulan Kirijo. Apabila dia kembali dia menunjukkan emosi dan kualiti seperti seorang manusia, dan berputus untuk menentang Nyx bersama-sama rakan-rakann SEESnya yang lain. Selepas pertemua terakhir bersama-sama Nyx, Aigis seorang sahaja yang mengingati kewujudan Tartarus, Waktu Gelap, dan pengorbanan yang dilakukan Watak Utama sewaktu perjalanan hidupnya yang dipinjam selama sebulan tersebut. Aigis membenarkannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar biasa buat beberapa minggu yang tinggal untuknya. Lalu, pada Hari Penyampaian Ijazah, Aigis memegang Watak Utama disisinya, sambil dirinya disambut mimpi di dalam tidurnya yang abadi. Aigis bersumpah untuk meneruskan hidupnya untuk melindunginya.
Di dalam versi Persona 3: FES, para pemain boleh mengakses sebuah lagi epilog kepada permainan utama, bergelar Episode Aegis. Episod ini telah menggantikan watak utamanya dengan Aigis sebagai watak protagonis yang boleh dikawal terus para pemain, pada waktu yang sama Aigis mendapat kebolehan Watak Utama untuk menyeru beberapa Persona. Watak Utama juga boleh menjadikan Aigis teman wanitanya di dalam Persona 3: FES.
Sebuah perkembangan permainan video telefon bimbit telah diumumkan di majalah permainan video Jepun Famitsu.[2] Judul permainan video yang diberi nama Aegis: The First Mission ini akan mengambil tempat sebelum dia mengunci Death sepuluh tahun sebelum bermulanya Persona 3.
Ken Amada
sunting- Ken Amada (天田 乾 , Amada Ken) Disuarakan oleh: Megumi Ogata
Ken Amada merupakan ahli SEES yang paling muda selain daripada Aigis dan Koromaru, dan tidak bersekolah di Sekolah Menengah Gekkoukan. Dia bersifat matang, namun kadang-kala kematangannya itu tidak membawa kebaikan kepada dirinya. Ken menggunakan lembing sebagai senjata di dalam pertarungan disebabkan badannya yang rendah. Persona miliknya cemerlang dalam sihir-sihir penyembuhan dan yang ringan, di mana kadang-kala boleh digunakan untuk membunuh musuh serta-merta.
Ken dijemput tinggal di dalam asrama SEES oleh Ikutsuki kerana dia merupakan anak yatim yang tidak mempunyai tempat tinggal. Dia didedahkan memiliki potensi untuk menyeru Persona dan diminta menyertai kumpulan tersebut. Pada tahap awalnya, Watak Utama dan rakan-rakannya percaya bahawa Ken menyertai SEES untuk membantu mereka, namun niat sebenarnya adalah jauh berbeza. Ibu Ken yang, secara tidak sengajanya, telah dibunuh oleh Shinjiro pada suatu misi SEES, telah memberi motif kepada Ken untuk "menyertai" SEES untuk membalas dendam kepada Shinjiro dengan membunuhnya.
Tibanya waktu konfrontasi Ken terhadap Shinjiro, Takaya mengganggu perjumpaan mereka dan mendedahkan bahawa Ken telah berniat untuk membunuh diri selepas dirinya selesai membunuh Shinjiro. Dia juga telah mendedahkan bahawa Strega telah memberi Shinjiro sejenis dadah khas untuk mengawal Persona dirinya, di mana dadah tersebut akan akhirnya meragut nyawanya sendiri. Fakta ini telah menghancurkan harapan Ken untuk membalas dendam. Sejurus selepas pertarungan singkat di antara Shinjiro dan Takaya, ketua Strega tersebut melepaskan tembakan ke arah Ken. Shinjiro beralih ke arah peluru tersebut dan menghalang perjalanannya. Berada di dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, Shinjiro menasihatkan Ken dan mengingatkannya bahawa dia masih lagi muda dan kecil dengan kehidupannya masih lagi luas di masa hadapannya yang mempunyai makna yang lebih daripada hanya perasaan dendam. Kata-kata akhir Shinjiro ini telah memberi Ken inspirasi untuk bertarung untuk masa hadapan yang diinginkan ibunya.
Menurut pereka watak Persona 3, Shigenori Soejima, Ken telah direka untuk mempunyai rupa yang nostalgik, dan bukannya mencerminkan kanak-kanak Jepun moden.[3]
Koromaru
sunting- Koromaru (コロマル , Koromaru)
Tuan Koromaru telah terbunuh dalam sebuah kemalangan yang membabitkan Shadow. Dengan itu Koromaru ditinggalkan sendirian, dan kemudian dijaga oleh Fuuka dan Yukari. Koromaru tidak menggunakan kukunya mahupun taringnya dalam pertarungan, sebaliknya menggunakan sebilah pisau dengan menggenggamnya dengan ketat pada giginya. Persona miliknya cemerlang dalam menggunakan sihir-sihir api dan kegelapan, di mana sihir kegelapan tersebut kadang-kala boleh digunakan untuk membunuh musuh serta-merta.
Koromaru kekal setia mahupun selepas kematian tuannya, sambil menjejak kembali jalan yang mereka gunakan ketika tuannya masih lagi hidup, dan menziarahi kawasan di mana tuannya dibunuh. Pada suatu hari apabila Akihiko sedang memburu Shadows, dia terserempak dengan anjing tersebut, yang telah dicederakan dengan teruk. Shadows yang telah cubu menyerangnya telah dibunuh oleh Koromaru sendirian. Apabila Koromaru telah kembali pulih, Ikutsuki telah mendedahkan bahawa Koromaru juga mempunyai potensi untuk menyeru Persona. Mitsuru memberinya sejenis Evoker berupa kolar anjing dan dengan itu Koromaru menyertai kumpulan SEES.
Aigis mendakwa bahawa dia mampu menterjemah nyalakan dan "bahasa" yang digunakan Koromaru ke dalam bahasa tuturan manusia.
Shinjiro Aragaki
sunting- Shinjiro Aragaki (荒垣 真次郎 , Aragaki Shinjirō) Disuarakan oleh: Kazuya Nakai (Bahasa Jepun), Grant George (Bahasa Inggeris)
Shinjiro merupakan rakan karib Akihiko dan pelajar di Sekolah Menengah Gekkoukan. Dalam pertarungan, Shinjiro bersenjatakan sebilah kapak dan bergantung kepada kekuatan fizikalnya. Persona miliknya cemerlang dalam menggunakan serangan-serangan fizikal juga.
Shinjiro yang gemar bercakap besar namun tidak suka berbicara merupakan antara pengguna Persona asal yang menubuhkan SEES, disamping Akihiko dan Mitsuru. Namun, sewaktu misinya pada suatu malam, Personanya hilang kawalan dan secara tidak sengajanya telah membunuh ibu Ken yang berada berhampiran kawasan kejadian itu. Akibatnya, Shinjiro telah menyendiri daripada SEES, dan mula ponteng sekolah dan hidup bersendirian. Shinjiro juga telah mula membuat perjanjian dengan Strega demi mendapatkan dadah supaya dia mampu mengawal Persona miliknya.
Akihiko masih kekal berhubung dengan Shinjiro, namun jemputan Akihiko kepadanya untuk kembali kepada SEES telah ditolaknya, sehingga dia mendapat tahu bahawa Ken telah menyertai kumpulan tersebut. Shinjiro menyedari keinginan Ken untuk membalas dendam terhadap perbuatannya dan dengan itu dia telah bersedia menerima sebarang pembalasan terhadap perbuatannya. Meskipun dia kelihatan gagah dan berani, perasaan hiba yang melanda dirinya kerana meragut nyawa wanita yang tidak bersalah menghiris jiwanya secara beransur-ansur.
Pada malam Bulan Penuh kedua sejak kepulangan Shinjiro kepada kumpulan SEES, dia telah menemui Ken di tapak di mana ibunya dibunuh. Shinjiro tidak mempunyai sebarang niat untuk menentang percubaan Ken untuk membalas dendam, akan tetapi dia telah memberi ingatan kepadanya bahawa jika dia meneruskan percubaanya itu, takdirnya tidak akan berubah daripada takdir yang melanda dirinya. Apabila Ken sedang menempuh rancangannya itu, Shinjiro dan dirinya diganggu oleh Takaya. Takaya melepaskan tembakan ke arah Ken, namun Shinjiro sempat melindunginya, namun telah kehilangan nyawanya. Ken berasa kesal terhadap apa yang telah berlaku dan mula memandang tinggi terhadap Shinjiro. Akihiko pula mendapat inspirasi terhadap pengorbanan terakhir rakannya itu. Akhirnya ahli-ahli SEES mendapat tahu bahawa dadah yang digunakan Shinjiro telah mula membunuhnya sedikit demi sedikit.
Semasa konfrontasi akhir Watak Utama dengan Nyx, dia mampu mendengar suara sorakan Shinjiro disamping suara ahli-ahli SEES lain yang masih hidup.
Kamera tersembunyi dalam versi Persona 3: FES mendedahkan bahawa Shinjiro gemar menonton cerita-cerita memasak.
Fuuka Yamagishi
sunting- Fuuka Yamagishi (山岸 風花 , Yamagishi Fūka) Disuarakan oleh: Mamiko Noto
Fuuka ialah seorang pelajar di Sekolah Menengah Gekkoukan yang bersifat pemalu dan dikatakan kurang sihat. Berbeza daripada ahli-ahli SEES yang lain, dia tidak mempunyai sebarang kebolehan bertarung, begitu juga dengan Persona miliknya. Oleh itu, Fuuka mengambil posisi Mitsuru sebagai pembantu teknikal kumpulan SEES. Antara peranan Fuuka dalam pertarungan termasuklah meramalkan kedudukan Mini bos di dalam Tartarus, menganalisis kelemahan pihak musuh, dan memberi ulasan dalam pertarungan. Selain itu, Fuuka juga memberi maklumat ke atas tahap kesihatan pasukan itu.
Beberapa bulan selepas bermulanya sekolah, Fuuka telah menghilangkan diri dan tidak hadir ke sekolah buat beberapa hari. Yukari, Junpei dan Watak Utama telah berputus untuk menyiasat tentang hal ini selepas apa yang menimpa pelajar-pelajar perempuan yang telah membuli Fuuka. Akhirnya, mereka mendapat tahu bahawa gadis-gaids tersebut telah mengunci Fuuka di dalam gimnasium sekolah, di mana akhirnya Fuuka secara tidak sengaja terperangkap di dalam Tartarus. Kumpulan SEES telah memulakan sebuah misi berbahaya untuk cuba menyelamatkannya.
Di dalam Tartarus, Fuuka dibangkitkan kepada reality kuasa Persona miliknya. Pada waktu yang sama, Natsuki, salah satu daripada gadis yang membuli Fuuka, telah merayau-rayau di kawasan sekolah untuk memastikan keadaan Fuuka. Fuuka akhirnya menyelamatkan Natsuki meskipun dirinya dilayan buruk oleh gadis itu, dan mereka berdua menjadi rakan baik sejurus berlalunya kejadian tersebut, walaupun Natsuki tidak mempunyai sebarang memori akan perkara itu. Di bawah pengaruh SEES dan Natsuki, Fuuka telah berubah daripada seorang gadis yang pemalu dan menyendiri kepada seorang perempuan yang berazam kuat dan pengasih. Persona miliknya serta dirinya sendiri dapat meluahkan keinginannya untuk sentiasa berhubung dengan rakan-rakan.
Fuuka merupakan salah seorang daripada gadis yang boleh dipilih oleh Watak Utama sebagai teman wanita sepanjang kisah Persona 3. Untuk mengambil cabaran mencuba masakan Fuuka yang meloyakan, Watak Utama haruslah memaksimumkan statistik keberaniannya terlebih dahulu sebelum memulakan persahabatan mereka. Jika para pemain memilih pilihan-pilihan yang betul, Fuuka akan jatuh hati kepada Watak Utama, seterusnya membantu Fuuka menjadi lebih selesa sebagai seorang geek komputer yang tidak "feminin".
Strega
suntingStrega merupakan kumpulan penyangak yang terdiri daripada tiga orang pengguna Persona yang memperguna Waktu Gelap demi kepentingan mereka sendiri. Mereka telah mencipta sebuah laman web yang diberi nama "Permintaan Pembalasan Dendam", di mana para pengunjung mampu berhubung dengan Strega untuk meminta bantuan untuk melakukan pembunuhan dan aktiviti haram yang lain. Mereka muncul sebagai musuh SEES kerana kumpulan SEES sedang cuba untuk mengakhiri Waktu Gelap yang merupakan satu-satunya waktu yang digunakan mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.
Para pemain akan mendapat tahu kemudiannya bahawa Strega merupakan pengguna Persona ciptaan Kumpulan Kirijo. Mereka "dikutip" daripada kawasan-kawasan tepi jalan dan digunakan sebagai bahan eksperimen terhadap korporasi tersebut. Disebabkan Persona mereka tidak dibangkitkan secara semula jadi, mereka harus mengambil dadah yang diberikan oleh Ikutsuki. Dadah inilah yang menghalang Persona mereka daripada menyerang dan membunuh mereka, namun terdapat juga kesan-kesan sampingannya.
Tiga ahli Strega utama berpakaian pelik sekali - Takaya berpakaian seperti seorang hippie, Jin pula memakai jaket seperti seorang pakar bom, dan Chidori memakai pakaian gothic lolita.
Takaya
sunting- Takaya Sakaki (榊貴隆也 , Sakaki Takaya) Disuarakan oleh: Nobutoshi Canna (Bahasa Jepun), Derek Stephen Prince (Bahasa Inggeris)
Takaya merupakan ketua Strega yang bersifat berani dan penuh karisma. Dia mengetuai kumpulannya dan meletakkan status dirinya sebagai seorang penyelamat palsu. Di dalam pertarungan, Takaya menggunakan sepucuk revolver enam peluru untuk menyerang pihak lawannya. Selain daripada Aigis, Takaya merupakan satu-satunya pengguna Persona di dalam Persona 3 yang tidak menggunakan Evoker untuk menyeru Persona miliknya, sebaliknya seruan dilakukannya secara "manual" dengan menggenggam kuat kepalanya dan jatuh ke tanah. Pengguna-pengguna Persona di dalam judul-judul sebelumnya juga tidak menggunakan Evoker, namun seruan mereka dilakukan tanpa sebarang kesakitan.
Disebabkan Takaya tidak mempunyai jangka hayat yang pangjang, dia hidup untuk satu-satu saat dengan penuh, tidak mengendahkan kesakitan yang dilakukannya terhadap orang lain. Keinginan utamanya adalah untuk melihat kehancuran dunia bersama-sama nyawanya sendiri. Walaupun Takaya mempunyai perasaan kasih terhadap Jin dan Chidori, dia tidak teragak-agak untuk menggunakan mereka berdua sebagai batu loncatannya. Pada tahap awal, dia telah cuba untuk menghentikan kumpulan SEES daripada menghapuskan dua belas Shadow Arcana, kononnya dia cuba menyelamatkan dunia dengan caranya yang tersendiri, namun dia mengalu-alukan kematian apabila dia menyedari tujuan utama mereka. Pada peringkat akhir kisah Persona 3, dia mencipta sebuah kultus yang mengalu-alukan kedatangan Nyx, di mana dirinya sendiri digelarnya "Paderi Tinggi".
Kekalahan Takaya kali terakhir berlaku apabila dia cuba untuk menghentikan SEES secara paksa daripada meneruskan perjalanan mereka ke puncak Tartarus dan bertempur dengan Nyx. Kemudian, Takaya berjaya tiba ke puncak Tartarus untuk menyaksikan pertarungan akhir yang berlaku. Kematiannya tidak dapat dipastikan walaupun setelah Nyx dikunci Watak Utama; walaupun jika dia terselamat, dirinya kemungkinan besar tidak dapat hidup begitu lama kerana dia masih memerlukan dadah yang diperolehnya daripada Ikutsuki.
Jin
sunting- Jin Shirato (白戸 陣 , Shirato Jin) Disuarakan oleh: Masaya Onosaka
Jin merupakan orang kanan Takaya yang cukup setia kepadanya, berperanan sebagai penasihat kepada kumpulan Strega, juga sebagai pengurus laman web "Permintaan Pembalasan Dendam." Dia menggunakan bom tangan dan bom-bom lain dalam pertarungan, serta mahir dalam mengakses bahagian-bahagian sulit komputer.
Jin kelihatan cukup berminat untuk menghapuskan SEES, kerana dia mempercayai bahawa mereka merupakan sekumpulan remaja hipokrit yang tidak bersyukur di atas kuasa yang diberikan kepada mereka. Walaubagaimanapun, dia mampu bertindak rasional untuk menghentikan kelakuan Takaya apabila dia melampaui batas pada waktu-waktu tertentu. Apabila Takaya bertindak sesuka hati, Jin akan berada di sisinya untuk menghentikan tindakannya itu dan mengingatkannya semula akan objektif mereka yang sebenar.
Jin merupakan seorang fanatik kepada pegangan kepercayaan Takaya. Dia sangat setia kepadanya kerana "menunjukkan jalan keluar daripada kegelapan" dan kerana membantunya mengharungi eksperimen yang dijalankan oleh Kumpulan Kirijo. Namun, kadang-kala dia secara tidak sedar membantu SEES dengan mendedahkan kepada mereka maklumat-maklumat yang penting. Jin merupakan satu-satunya manusia yang telah mendedahkan kepada Watak Utama akan kebenaran disebalik Strega, pembabitan mereka dalam kemunculan Nyx, dan peranan sebenar Shuji Ikutsuki.
Di penghujung Persona 3, Jin telah mengorbankan dirinya untuk memberi masa kepada SEES melepaskan diri mereka daripada sekumpulan Shadow dengan menarik picu bom tangan dan meletupkan dirinya bersama-sama musuh mereka itu.
Chidori
sunting- Chidori Yoshino (吉野 千鳥 , Yoshino Chidori) Disuarakan oleh: Miyuki Sawashiro
Chidori merupakan ahli ketiga Strega, dan terkenal dengan pakaian gothic lolitanya, sikap mencederakan dirinya, serta kemahiran artistiknya. Dalam pertarungan Chidori menggunakan sebilah kapak berantai merah. Peranannya adalah serupa dengan Fuuka daripada SEES, dan Persona Chidori iaitu Medea mampu mengeluarkan tenaga kehidupan untuk menghalang kumpulan Strega daripada dikesan oleh Persona Fuuka. Seperti Takaya, dia menunjukkan kebolehan-kebolehan Persona yang luar biasa, seperti kebolehan menyembuhkan makhluk-makhluk hidup (termasuklah luka-lukanya sendiri) dan menyeru penuh Medea di luar Dark Hour.
Chidori dan Junpei bertemu secara tidak sengaja di Port Island Station. Pada awalnya Chidori tidak menyenangi Junpei kerana dia sentiasa mengganggunya melakar gambar, namun lama-kelamaan dia membuka hatinya di atas sifat lemah lembut Junpei. Pada waktu yang sama, Junpei memberitahunya tiap-tiap satu perkara tentang SEES tanpa menyedari bahawa dia adalah salah satu ahli Strega. Disebabkan ini, Chidori menganggap bahawa Junpei merupakan ketua kumpulan SEES.
Pada suatu malam bulan penuh, Chidori telah menculik Junpei, mempercayai bahawa Junpei memiliki kuasa untuk memerintahkan SEES untuk membatalkan misi mereka untuk membunuh Shadow Arcana pada malam tersebut. Apabila rancangan ini tidak berjaya, Chidori tercedera dan akhirnya ditempatkan di sebuah hospital yang dikawal ketat oleh pegawai-pegawai Kirijo. Mitsuru dan Akihiko telah mencuba untuk menyoal-siasatnya, namun percubaan mereka tidak mendatangkan sebarang manfaat.
Junpei terus mengunjungi Chidori di hospital tersebut, dan mereka kian menjadi rapat. Junpei risau terhadap Chidori mencederakan dirinya. Namun, selepas berjaya melakukan pembunuhan diri palsunya, Takaya telah kembali untuk mengingatkan Chidori asal-usulnya yang sebenar. Chidori dilarikan daripada hospital tersebut dan menyertainya semula Strega. Namun, kesetiaannya terhadap Strega terumbang-ambing apabila dia dipaksa berhadapan dengan Junpei dalam pertarungan, dan apabila dia dicederakan oleh Takaya, Chidori berpihak kepada cintanya terhadap Junpei. Chidori mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan nyawa Junpei melalui penggunaan kuasa Personanya, sekaligus memberi Junpei sesetengah daripada kuasa penyembuhan Personanya sendiri, yang paling menonjol adalah "Spring of Life" yang mengembalikan sedikit HP setiap giliran. Selepas kematian Chidori, Junpei menyimpan buku lakaran Chidori yang dilihatnya penuh dengan lakaran-lakaran Junpei.
Dalam versi Persona 3: FES, para pemain boleh memilih untuk menyelamatkan Chidori dalam adegan-adegan seterusnya jika mereka melakukan beberapa perkara. Jika mereka berjaya melengkapkannya, maka para pemain dan Junpei sendiri akan sampai ke hospital dan mendapati Chidori masih bernyawa. Namun begitu, Chidori telah kehilangan memorinya sehingga waktu dia membangkitkan Personanya, justeru dia tidak lagi memiliki Persona yang boleh berfungsi.
Dia dihidupkan semula apabila para doktor mengambil mayatnya untuk anatomi. Sebagai penghargaan kepadanya, mereka mengambil bunga-bunga yang terdapat dalam biliknya lalu meletakkan mereka di dadanya. Disebabkan Chidori sentiasa memberikan tenaga kehidupannya kepada bunga-bunga tersebut apabila Junpei menziarahinya, tubuhnya mengambil semula tenaga-tenaga kehidupan tersebut dan memberinya kehidupan kedua.
Watak-watak lain
suntingPharos
sunting- Pharos (ファルロス , Farurosu) Disuarakan oleh: Akira Ishida
Seorang budak lelaki penuh misteri yang dilihat oleh watak utama dalam mimpi-mimpi yang dialaminya dari semasa ke semasa. Budak lelaki ini seringkali bercakap mengenai "The Fall" dan hari kiamat, namun memorinya dikatakan berteraburan. Dia berasa hatinya rapat dengan Watak Utama dan berkawan dengannya.
Selepas kesemua dua belas Shadow Arcana ditewaskan, Pharos kembali mengingati memorinya dan meninggalkan minda Watak Utama. Pharos didedahkan sebagai bahagian 'utama' kepada Death yang dikunci oleh Aigis dalam jasad Watak Utama sewaktu dia masih lagi kecil. Apabila Pharos berjaya melarikan diri daripada minda Watak Utama, dia muncul sebagai seorang manusia dan menjadi Ryoji Mochizuki.
Shuji Ikutsuki
sunting- Shuji Ikutsuki (幾月 修司 , Ikutsuki Shūji) Disuarakan oleh: Hideyuki Hori
Pada peringkat awal, Ikutsuki diperkenalkan sebagai ketua penasihat yang ceria, dan sebagai ketua kepada SEES, dia sentiasa berperanan untuk menceriakan remaja-remaja tersebut sambil mendalami rahsia-rahsia Shadow.
Realitinya, Ikutsuki sedang berusaha mencapai sesuatu yang bertentangan, berkongsi akan cita-cita datuk Mitsuru akan The Fall dan kedatangan Nyx. Dia merupakan salah satu daripada saintis yang terbabit dalam ekperimen-eksperimen i Gekkoukan sepuluh tahun yang lalu, termasuklah aktiviti mencipta pengguna Persona tiruan.
Ikutsuki memanipulasi SEES untuk menghancurkan kedua-dua belas Shadow Arcana, dengan berjanji kepada mereka bahawa melalui proses ini Dark Hour dapat dilesapkan. Namun sebenarnya apabila kedua-dua belas Shadow Arcana ditewaskan, Arcana ketiga belas, iaitu Death. Death berfungsi untuk menyeru Nyx dan menghancurkan dunia.
Apabila rancangan Ikutsuki diketahui SEES, Ikutsuki telah memprogram semula Aigis untuk mengorbankan ahli-ahli SEES sebagai pemberian kepada Nyx, dan kemudian membunuh Takeharu Kirijo. Apabila Aigis berjaya melepaskan dirinya daripada program tersebut dan membebaskan SEES, Ikutsuki ditembak di perutnya lalu terjun membunuh diri daripada tingkat atas Tartarus. Namun, misinya untuk menyeru Death sudahpun selesai sebelum dia membunuh diri.
Igor
sunting- Igor (イゴール , Igōru) Disuarakan oleh: Isamu Tanonaka (Bahasa Jepun), Dan Woren (Bahasa Inggeris)
Seorang lelaki penuh misteri, berhidung panjang dan labuh, dan ketua penghuni di Velvet Room. Seperti dalam judul-judul Persona yang lain, peranan Igor adalah untuk membantu para pemain mencapai tahap kuasa dan Persona yang baharu. Di penghujung judul ini, disebabkan Watak Utama telah melengkapkan kontraknya, Igor menggunakan kuasa yang dikecapi melalui Rantai Sosial Watak Utama untuk menghasilkan satu Persona daripada Arcana "World" yang memiliki kuasa untuk mengubah realiti. Igor menyatakan bahawa dia tidak menyangkakan bahawa dia dapat melihat kuasa seperti itu dalam kehidupannya. Igor juga muncul dalam sambungan anime Persona 3, iaitu Persona -trinity soul-, bertemu dengan watak protagonis, Shin Kanzato, sebagai seorang penilik nasib. Dia memberitahu Shin bahawa mereka pernah bertemu sebelum ini di dalam Velvet Room.
Elizabeth
sunting- Elizabeth (エリザベス , Erizabesu) Disuarakan oleh: Miyuki Sawashiro (Bahasa Jepun), Tara Platt (Bahasa Inggeris)
Elizabeth merupakan seorang penghuni di Velvet Room bersama-sama Igor. Sambil Igor menjalankan tugasnya mencantumkan Persona, Elizabeth pula berperanan sebagai pembantu dalam Persona Compendium ataupun "Akaun Persona" Watak Utama, serta memberi para pemain misi-misi sekunder untuk dilengkapkan. Jika para pemain berjaya melengkapkan setiap satu misi-misi (dalam pusingan kedua), Elizabeth mendedahkan dirinya sebagai seorang pengguna Persona, seperti Watak Utama sendiri, dan mampu mengubah di antara beberapa Persona sewaktu pertarungan. Elizabeth merupakan bos pilihan yang boleh ditentang oleh para pemain. Selain itu, para pemain boleh bersiar-siar ala-dating bersama-sama Elizabeth dalam Persona 3: FES, namun dia tidak dikira sebagai seorang watak Rantai Sosial.
Kurosawa
sunting- Kurosawa (黒沢巡査 , Kurosawa Junsa; secara literal Pegawai Polis Kurosawa) Disuarakan oleh: Hirofumi Tanaka
Seorang pegawai polis yang bekerja di balai polis di pusat membeli-belah pada waktu pagi dan petang. Walaupun dia tidak boleh bangkit pada Dark Hour, dia pernah dijelaskan tentang situasi yang sedang berlaku disekelilingnya dan berperanan sebagai sumber utama kepada para pemain dalam menjual senjata dan perisai.
Takeharu Kirijo
sunting- Takeharu Kirijo (桐条 武治 , Kirijō Takeharu) Disuarakan oleh: Kōji Totani
Ayah Mitsuru, dan ketua kepada Kumpulan Kirijo. Takeharu dianggap sebagai satu-satunya orang yang terselamat daripada kemalangan yang berlaku sepuluh tahun yang lalu, namun kebenaran yang diketahui Takeharu diubah oleh Ikutsuki, dan dia kemudiannya dibunuh oleh Ikutsuki di Tartarus.
Eiichiro Takeba
sunting- Eiichiro Takeba (岳羽 詠一郎 , Takeba Ei'ichirō) Disuarakan oleh: Masashi Hamano
Eiichiro Takeba ialah ayah kepada Yukari dan merupakan salah satu saintis yang bekerja untuk Kumpulan Kirijo dalam kemalangan Shadow pada tahun 1999. Korporasi tersebut meletakkan tuduhan mereka kepada Eiichiro meskipun dia cuba untuk menghentikan eksperimen-eksperimen mereka yang berbahaya dan tidak beretika. Eiichiro mati semasa merakamkan sebuah video untuk Yukari, yang telah digubah oleh Ikutsuki kemudiannya untuk memanipulasikan SEES.
Ryoji Mochizuki
sunting- Ryoji Mochizuki (望月 綾時 , Mochizuki Ryōji) Disuarakan oleh: Akira Ishida (Bahasa Jepun), Yuri Lowenthal (Bahasa Inggeris)
Ryoji pada suatu masa hidup sebagai seorang pelajar sekolah menengah biasa, namun identiti sebenarnya ialah Death, penyeru kepada Nyx. Di dalam Persona 3 Ryoji dirujuk sebagai "Nyx Avatar" dan "Appriser". Bentuk sebenar Ryoji ialah serupa kepada Thanatos, bentuk terunggul Arcana Death yang mampu "ditiru" oleh Watak Utama disebabkan hubungan rapatnya bersama-sama Pharos yang merupakan Ryoji sebelum dia melepaskan diri daripada minda Watak Utama. Dia dan Watak Utama berkongsi pelakon suara latar yang sama dan bentuk rupa yang sama secara umumnya, di mana warna mata dan rambut mereka saling berlawanan.
Ryoji muncul sebagai pelajar sekolah alihan selepas kedua-dua belas Shadow Arcana ditewaskan. Dia kemudiannya berkawan rapat dengan Junpei dan seluruh kumpulan SEES, meskipun dia tidak melibatkan dirinya bersama-sama Watak Utama. Perangainya yang ceria, cuai, dan gatal seringkali menjadikannya bahan bualan di sekolah. Hanya Aigis seorang sahaja yang berkelakuan berhati-hati di sekitarnya dan menganggapnya berbahaya.
Memori Ryoji akhirnya kembali sewaktu pertarungannya bersama-sama Aigis di Moonlight Bridge dan mengingatkannya akan peranannya yang sebenar. Dia menyedari bahawa dia tidak mempunyai sebarang pilihan kecuali menyeru Nyx untuk menghancurkan kaum manusia, namun terseksa oleh takdirnya sendiri. Meskipun Ryoji lahir sebagai shadow yang tidak mempunyai sebarang pemikiran yang waras, sebahagian daripada dirinya yang wujud sebagai Pharos di dalam Watak Utama telah menganugerahkannya emosi dan nafsu seorang manusia.
Ryoji memberi kumpulan SEES dua buah pilihan; mereka boleh membunuh dirinya dalam bentuk manusia dan melupakan segala pengembaraan mereka di dalam Dark Hour, ataupun mereka boleh membiarkannya hidup dan merasa kesengsaraan mengingati kedatangan hari kiamat. Namun, kedua-dua pilihan ini, menurutnya, tidak akan mengubah hakikat bahawa kehancuran dunia akan dilaksanakan oleh Nyx. Jika para pemain memilih untuk membiarkan Ryoji hidup, dia akhirnya menjadi bentuk sebenar Nyx Avatar, memiliki kuasa kedua-dua belas arcana namun memiliki rupa bentuk sebenar arcana ketiga belas, iaitu Death. Walaupun berasa berat hati untuk berhadapan dengan ahli-ahli SEES, dia tetap memainkan peranan dan tugasnya sebagai tunggul penyokong hari pengakhiran.
Watak-watak eksklusif Persona 3: FES
suntingMetis
sunting- Metis (メティス , Metisu) Disuarakan oleh: Chiwa Saito
Android kedua yang memperkenalkan dirinya sebagai "adik" Aigis. Metis merupakan watak pada bahagian The Answer dalam versi Persona 3: FES, menyertai kumpulan Aigis apabila Aigis mendapat kuasa dan Persona Watak Utama. Metis merupakan menifestasi keinginan Aigis untuk kekal sebagai robot dan bukannya sebagai seorang manusia sebenar dan berasa sedih di atas peninggalan Watak Utama. Ini termasuklah perasaan yang dipendamnya terhadap Watak Utama.
Rantai Sosial
suntingRantai Sosial ataupun Social Links boleh dibentuk bersama watak-watak yang boleh berhubung dengan Watak Utama dalam kehidupan sehariannya. Rantai-rantai ini berperanan untuk menguatkan lagi Persona milik Watak Utama. Para pemain mampu melengkapkan setiap satu Rantai Sosial kepada tahap maksimum dalam satu pusingan permainan -- dalam versi Persona 3: FES, jika para pemain melakukan sedemikian, mereka akan diberi ganjaran iaitu sejenis barang dan satu Persona istimewa (Orpheus KAI, versi Orpheus asal milik Watak Utama dengan kuasa tambahan).
Rantai Sosial dengan SEES dan Pharos akan bergerak secara serentak dan automatik dengan pergerakan kisah Persona 3. Para pemain boleh juga menghasilkan Rantai Sosial bersama-sama Yukari, Fuuka dan Mitsuru, juga bersama watak-watak yang disenaraikan di bawah.
Kenji Tomochika
suntingMerupakan Rantai Sosial pertama yang boleh dibentuk oleh para pemain yang mengalu-alukan kedatangan Watak Utama ke sekolah barunya. Kenji berminat dalam wanita-wanita yang matang dan lebih tua daripadanya, juga menaruh perasaan cinta terhadap salah satu daripada guru sekolahnya, Emiri. Dia akhirnya mendapat tahu bahawa 'cinta' mereka sekadar ilusi dirinya sahaja, yang merupakan suatu kejutan kepadanya, namun sebagai pengajaran kepadanya menjadi matang. Arcana Kenji ialah Magician.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Kenji ialah Surt, iaitu ketua kepada gergasi-gergasi api dan pembakar kepada Tggdrasil di Ragnarok. Sihir apinya yang unik, digelar 'Ragnarok' boleh dikaitkan dengan kejadian ini.
Fuuka Yamagishi
suntingMerupakan di antara ahli SEES. Fuuka bersifat agak pemalu dan lemah-lembut, dan berminat dalam memasak. Dia mencuba untuk berlatih memasak kerana dia tidak mampu menghasilkan makanan yang sedap, mahupun yang ringkas. Untuk mencapainya, Fuuka telah mengendahkan kebolehannya dan mekanisma yang digunakan kerana mereka mungkin kelihatan pelik. Dengan meluangkan masa bersama-sama Watak Utama dia membuat keputusan untuk melakukan sesuatu. Para pemain haruslah meningkatkan Keberanian (Courage) mereka kepada tahap 6 (Badass) untuk memulakan Rantai Sosial ini. Arcana Fuuka ialah Priestess.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Fuuka ialah Scathach, iaitu permaisuri pahlawan kepada Land of Shadows dalam mitologi Celtic.
Mitsuru Kirijo
suntingMerupakan di antara ahli SEES. Mitsuru merupakan seorang gadis yang bijak dan suka mengarah orang lain, dan seringkali memikul tanggungjawab di atas posisinya sebagai waris kepada Kumpulan Kirijo. Dia akhirnya bertemu dengan sebuah konflik dengan nama keluarga dan syarikatnya, di mana dia diharuskan berkahwin dengan seorang lelaki daripada sebuah syarikat lain yang boleh membantunya berjaya dalam syarikatnya tanpa sebarang perasaan cinta. Apabila Mitsuru membentuk perasaan cinta terhadap Watak Utama dia akhirnya menolak cadangan ini, dan mula bersikap lebih bebas. Para pemain haruslah meningkatkan tahap Akademik (Academic) mereka kepada 6 (Genius) dan mendapat keputusan terbaik di dalam tingkatannya di dalam peperiksaan sekolah untuk memulakan Rantai Sosial ini. Arcana Mitsuru ialah Empress.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Mitsuru ialah Alilat, yang dipamerkan sebagai setunggul batu besar dengan ukiran-ukiran padanya. Batu ukiran ini mewakili satu dewa sebenar yang disembah oleh orang nomad gurun.
Hidetoshi Odagiri
suntingMerupakan Naib Presiden badan pelajar. Disebabkan Hidetoshi bersifat tegas dengan peraturan sekolah, dia tidak disenangi oleh ramai pelajar lain. Selepas melindungi Watak Utama daripada tuduhan-tuduhan merokok di dalam kawasan sekolah, dia mula menghormati kata pendapat orang lain. Arcana Hidetoshi ialah Emperor.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Hidetoshi ialah Odin, Tuhan peperangan dan petir Norse.
Nozomi Suemitsu
suntingSeorang pelajar yang dikatakan seorang profesional berkaitan dengan makanan. Nozomi mempunyai isu-isu berkaitan dengan kembarnya ang belum diselesaikan, di mana dia seringkali berasa "kecil" berbanding kembarnya itu. Ahirnya dia menyedari bahawa dia dan kembarnya adalah dua orang yang berbeza dan membuat keputusan untuk menjadi seorang pengkritik makanan. Arcana Nozomi ialah Moon.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Nozomi ialah Sandalphon, iaitu 'malaikat tinggi' dikalangan irama-irama suci dan abang kepada Metatron.
Chihiro Fushimi
suntingMerupakan Bendahari dalam badan pelajar. Chihiro tidak begitu selesa berada dikalangan lelaki, dan dia mempunyai minat dalam rahsia terhadap manga shoujo. Chihiro adalah di antara gadis yang boleh dijadikan teman wanita oleh para pemain. Pada suatu masa, Chihiro sebagai Bendahari, telah dituduh mencuri dana sumbangan sekolah. Apabila kisahnya berlanjutan, keluarga Chihiro didedahkan sebagai sebuah keluarga yang agak miskin. Arcana Chihiro ialah Justice.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Chihiro ialah Melchizedek, raja yang salih.
Maiko
suntingSeorang kanak-kanak perempuan yang suka berkeliaran di sebuah tokong berdekatan. Ibu bapanya sedang berada dalam proses bercerai. Watak Utama berjumpa dengan watak Maiko di Naganaki Shrine. Disebabkan ibu bapanya seringkali bertekak, Maiko mula berasa sedih. Akhirnya Maiko berasa yakin bahawa dia yang patut dipersalahkan di atas pergaduhan ibu bapanya, dan berputus untuk melarikan diri daripada rumahnya. Akhirnya, Maiko menerima perubahan drastik yang berlaku di dalam hidupnya dan jatuh cinta terhadap Watak Utama kerana membantunya menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ibu bapanya. Arcana Maiko ialah Hanged Man.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Maiko ialah Attis, Tuhan kelahiran semula.
Akinari Kamiki
suntingSeorang lelaki muda dengan penyakit yang membawa maut. Akinari seringkali membawa sebuah jurnal bersama-samanya dan akhirnya mula menulis sebuah cerita. Cerita ini mengisahkan seekor buaya berwarna merah jambu yang tertelan seekor burung yang merupakan satu-satunya kawannya. Arcana Akinari ialah Sun. Di dalam adegan Rantai Sosial terakhir bersama-sama Akinari, badannya dilihat "hilang" daripada pandangan, secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia telahpun meninggal dunia.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Akinari ialah Asura, makhluk separa dewa Hindu.
Mitsuko and Bunkinchi
suntingMerupakan pasangan orang tua yang menjaga sebuah kedai buku yang telah digunakan. Aruah anak lelaki mereka pernah menjadi guru di sekolah Watak Utama. Arcana mereka ialah Hierophant. Mereka menjaga pokok pisang kaki di sekolah tersebut untuk mengingat mereka akan anak lelaki mereka yang telah tiada di sisi mereka. Akhirnya pokok itu akan ditebang, dan pasangan ini tidak menyenanginya. Namun mereka akhirnya menerima perubahan yang berlaku di dalam hidup mereka.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial mereka ialah Kohryu, iaitu naga emas dan penjaga alam semula jadi. Kohryu juag merupakan ketua utama dikalangan empat makhluk suci, di mana setiap satu daripada mereka melindungi satu arah dan satu elemen. Makluk-makhluk tersebut adalah seperti berikut; Suzuka, Seiryuu, Byakko, dan Genbu di dalam sebutan-sebutan bahasa Jepunnya. Untuk melahirkan Kohryu menerusi cantuman di Velvet Room, para pemain harus menggunakan keempat-empat Persona yang telah dinamakan daripada keempat-empat makhluk suci tersebut.
Bebe (Andre Roland Jean Gérard)
suntingSeorang pelajar yang berpindah ke sekolah Watak Utama daripada Perancis. Dia merupakan Presiden dalam Kelab Fesyen. Apabila kisah Rantai Sosial Bebe bergerak, mak ciknya tiba-tiba meninggal dunia. Disebabkan kematian mak ciknya itu, Bebe dipaksa pulang ke Perancis oleh pak ciknya. Dia mereka sehelai kimono bersama-sama Watak Utama untuk membantunya tinggal, namun akhirnya dia terpaksa juga pulang sehari selepas siapnya kimono tersebut. Arcana Bebe ialah Temperance.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Bebe ialah Byakko, sang belang putih lagenda.
Keisuke Hiraga
suntingSeorang pelajar yang berjumpa dengan Watak Utama apabila dia menyertai salah satu daripada tiga kelab yang berbeza. Keisuke ialah anak kepada seorang doktor dan berasa bahawa ayahnya sedang memaksanya melakukan kerjaya yang serupa dengan dirinya sendiri. Pada mulanya Keisuke berputus untuk menjadi apa-apa sahaja yang diingininya (berdasarkan kelab yang dipiih), tetapi dia berasa dia ingin juga menjadi seorang doktor di atas kerelaan dirinya sendiri. Arcana Keisuke ialah Fortune.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Keisuke ialah Norn, adik-beradik perempuan bertakdir.
Maya (Y-Ko)
suntingMerupakan seseorang yang berjumpa dengan Watak Utama di dalam sebuah permainan video online iaitu Innocent Sin Online, menganggap Watak Utama sebagai rakan bicara dan nasihat. Dia memberi nama gelaran Maya kepada dirinya untuk menyamai nama gelaran Watak utama di dalam permainan video tersebut iaitu Tatsuya, dalam pertemuan pertama mereka, secara langsung merujuk kepada para protagonis dalam Persona 2. Maya akhirnya didedahkan sebagai guru kelas Watak Utama, iaitu Cik Toriumi. Dalam versi Jepun Persona 3, Maya dan Tatsuya asalnya merupakan Y-KO (Y子) dan N-Jima (N島), nama-nama daripada protagonis judul Megami Tensei yang pertama dan permainan video online yang mereka gunakan digelar :Devil Busters Online". Disebabkan Megami Tensei tidak pernah dikeluarkan di Amerika, perubahan ini dilakukan. Arcana Maya ialah Hermit.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Maya ialah Arahabaki, Tuhan Jepun purba.
Tanaka
suntingMerupakan Presiden dalam sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis produk dan juga merupakan hos dalam sebuah rancangan membeli-belah. Para pemain harus berada pada tahap Charm yang tertentu untuk berinteraksi dengan Tanaka, kerana ini akan menyebabkan Tanaka memilih Watak Utama sebagai model remaja. Selepas melihat bahawa Watak Utama tidak menyedari bahawa dia sedang ditipu oleh dirinya, Tanaka membuat keputusan untuk mengajar Watak utama tentang perniagaan. Etika-etika perniagaan Tanaka boleh dipersoalkan. Namun dia mempelajari bagaimana hendak melakukan perniagaan dengan maruah sebenar dan bukannya melalui tipu helah apabila dia saling berbicara dengan Watak Utama. Arcana Tanaka ialah Devil.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Tanaka ialah Beelzebub, raja di neraka.
Kazushi Miyamoto
suntingSeorang atlet yang berkeyakinan tinggi. Kazushi mempunyai kecederaan pada lututnya, namun meminta Watak Utama merahsiakan hal tersebut daripada rakan-rakannya. Selang beberapa ketika selepas menyertai salah satu daripada tiga kelab yang ada, Watak Utama berjumpa dengan Kazushi. Kecederaan di lutut Kazushi akhirnya menjadi lebih serius. Dia mengatakan bahawa dia harus memenangi perlawanan peringkat daerah ini tidak kira apa sekalipun untuk memenuhi janji yang dibuatnya kepada anak saudara barunya (anak saudaranya telah terbabit dalam sebuah kemalangan kereta dan menjalani kaedah pemulihan, jika Kazushi memenangi perlawanan itu, anak saudaranya itu akan cuba untuk berjalan semula). Arcana Kazushi ialah Chariot.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Kazushi ialah Thor, Tuhan guruh dan petir.
Mamoru Hayase
suntingSeorang atlet pujaan daripada sekolah yang lain. Mamoru mempunyai sebuah keluarga yang miskin dan dia harus bekerja keras sekadar menyara diri mereka sahaja. Dahulunya, ayah Mamoru telah memandu di tepian curam dan menemui ajal. Dia menyimpan kunci kereta ayahnya itu sebagai pembawa tuah untuk menyokong keluarganya. Arcana Mamoru ialah Star.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Mamoru ialah Lucifer, pembawa cahaya dan juga sebagai the fallen angel. Dalam versi FES sebuah bentuk Lucifer yang baru telah ditambah, yang merupakan bentuk fallen Lucifer dan tergolong dalam Arcana Judgement. Lucifer dalam Arcana Star telah diberi nama lain, iaitu Helel, yang merupakan nama Lucifer dalam bahasa Ibrani.
Yuko Nishiwaki
suntingPengurus dalam pasukan sukan Watak Utama. Yuko tidak mengetahui apa yang harus dilakukannya dalam kehidupannya sehingga dia membantu sekumpulan kanak-kanak memperbaharui kemahiran lari pecut mereka. Yuko adalah di antara gadis yang boleh dipilih sebagai teman wanita oleh para pemain. Arcana Yuko ialah Strength.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Yuko ialah Siegfried, pembunuh naga lagenda dalam mitologi Jerman.
Mutatsu
suntingSeorang sami yang suka meluangkan masanya di sebuah kelab malam di Paulownia Mall. Mutatsu telah dipinggirkan oleh isteri dan anak lelakinya. Arcana Mutatsu ialah Tower.
Persona terunggul dalam Rantai Sosial Mutatsu ialah Chi You, Tuhan Hujan.