Tin Song Sheng
Tin Song Sheng (lahir 6 Ogos 1989, hilang 12 Januari 1996) ialah seorang kanak-kanak mangsa penculikan Malaysia yang dilaporkan hilang pada Jumaat, 12 Januari 1996 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Taman Rashna di Shah Alam, Selangor. Beliau dilaporkan hilang semasa sedang menunggu bas di perkarangan sekolah untuk pulang ke rumahnya.[1]
Tin Song Sheng | |
---|---|
Kelahiran | |
Hilang pada | 12 Januari 1996 Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Status | Hilang selama 28 tahun, 9 bulan dan 28 hari |
Ibu bapa |
|
Kehilangan
suntingPada 12 Januari 1996, Tin Song Sheng dilaporkan hilang ketika menunggu bas di perhentian bas di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rashna, Klang untuk pulang ke rumahnya. Beliau yang kali terakhir dilihat meninggalkan perkarangan sekolah bersama seorang wanita Cina pertengahan usia, ketika itu, Song Sheng dan kanak-kanak lain sebayanya baru sahaja memulakan minggu kedua persekolahan.
Terdapat dakwaan mengatakan beliau dilarikan sindiket lalu dijadikan pengemis di Thailand. Ibu bapa Song Sheng, Gan Kim Choo dan Tin Kuwi Diun telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian, dan telah menghabiskan wang sebanyak RM40,000 untuk mencari Song Sheng, termasuk menggunakan khidmat 80 orang bomoh, namun semuanya hampa.[2]
Pencarian
suntingPencarian dan publisiti seluruh negara dipelopori oleh Pengerusi MCA, Datuk Michael Chong, yang mendapat bantuan daripada media, pertubuhan bukan kerajaan, dan orang asli untuk mencari Tin di dalam hutan. Chong mendapat pihak berkuasa sempadan Thai untuk mencari kanak-kanak itu. Pos Malaysia mengedarkan ribuan poster Tin kepada orang ramai.[3][4]
Perkembangan terkini
suntingSehingga kini, Song Sheng masih hilang dan tidak dapat dijumpai. Namun, kes beliau tidak pernah ditutup.[5]
Rujukan
sunting- ^ "It's been 17 years and Song Sheng is still missing". mSTAR Online. 26 Januari 2013. Dicapai pada 1 Februari 2013.
- ^ Rosniza Mohamad (28 Julai 1998). "Gan, Tin menunggu kepulangan Song Sheng". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Februari 2013.
- ^ Azlan Ramli (26 Disember 2016). "30 years of public service". The Malay Mail. Dicapai pada 1 Februari 2013.
- ^ Nicholas Cheng (28 Disember 2013). "Parents never learn when it comes to missing kids, says Chong". The Star. Dicapai pada 1 Februari 2014.
- ^ Zulkarnain Zakaria (20 April 2014). "Ghaib ke alam lain?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mei 2014.