Pontius Pilate
Pontius Pilate atau Pontius Pilatus adalah Gabenor di Judea, Palestin sebagai wakil kepada Kaisar / maharaja Rom. Maharaja Rom ketika itu ialah Caesar Tiberius. Dia merupakan orang kelima dilantik oleh Rom untuk mentadbir Judea . Hidup antara 26-36 M. Isterinya bernama Procula.
Zamannya hidup John Pembaptis dan Jesus aktif mengembangkan agama Kristian. John Pembaptis telah membaptis Jesus di Sungai Jordan bagi menyucikan diri daripada dosa dan noda.
Pontius Pilate ditugaskan mewakili Tiberius di Judea, mengutip cukai dan melaksanakan arahan. Dia mempunyai pasukan berkuda dan mentadbir sebahagian daripada Syria.
Philo Judaeus dan Flavius Josephus adalah sejarawan - sumber bukan Injil ada mencatatkan sedikit maklumat tentang Pontius Pilate.
Sejarawan Eusebius pada abad ke-4 menyatakan pusat pemerintahan Pontius Pilate di tepi pantai berdekatan dengan Caesaria, Judea, Palestin.
Pontius dikatakan zalim, bersedia menggunakan kekuatan untuk memaksa rakyatnya. Tetapi dia sukakan kebenaran dan menyoal siasat sendiri mereka yang dituduh bersalah.
Pontius Pilate telah dminta oleh orang-orang Yahudi untuk menghukum Jesus. Sebelumnya , pada hari Khamis , tempat persembunyian Jesus di Taman Gethsamani telah dibocorkan oleh Judas Iscariot dengan hanya wang 30 keping emas.
Setelah Jesus disoal-siasat oleh Pontius Pilate , Pilatus mendapati Jesus tidak bersalah, tidak ada sebarang kesalahan yang membahayakan kerajaan Rome. Dalam soal siasatnya, Jesus tidak pun ingin menjadi raja Yahudi sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepadanya. (Markus 12:2). Jadi Jesus tidak membahayakan.
Tetapi dia tidak terus membebaskannya , sebaliknya diserahkan kepada orang Yahudi untuk disiasat lagi dan dihukum.
Kemudian Pontius membuat tawaran sama ada Jesus atau Barnabas dilepaskan. Ini kerana nama sebenar Barnabas ialah Jesus Barnabas. Bar_Abbas bermaksud Anak Bapak. Orang ramai memilih Barnabas dibebaskan. Sementara Jesus mestilah dihukum salib. Sebelum Jesus, telah ada beberapa orang dihukum salib termasuk pencuri.
Di sini Pontius Pilate dipaksa atau terpaksa mengutuk dan menghukum Jesus.Jesus mati disalib ketika berumur 33 tahun. Ketika disalib, Jesus berseru ;Eli , Eli Lamma sabakthani' yang bermaksud 'Allah,Allah, mengapa engkau tinggalka daku'
Selepas peristiwa itu , Pontius telah membasuh tangan di hadapan ramai dan berkata "I am innocent of this man's blood; you will see".