Naturalis Historia
Naturalis Historia (erti nama dalam bahasa Latin: "Sejarah Alam") adalah ensiklopedia yang dikaryakan oleh Gaius Plinius Secundus sekitar tahun 77-79 Masihi. Ia dikarang bertujuan membahas semua bidang ilmu pengetahuan diketahui Plinius pada zamannya semasa pemerintahan kerajaan Maharaja Vespasianus, bahkan ia juga didedikasikan kepada putera baginda maharaja Titus. Plinius meluangkan masa mengarang buku ini pada waktu malam sambil waktu siang khusus untuk bekerja di pejabat kerajaannya. Isi buku ini tidak sekadar menggambarkan objek alam dinamakan malah menjelaskan peranannya dalam kehidupan manusia seperti tumbuhan dan galian.[2]
Umum | |
---|---|
Pengarang | Plinius yang Tua |
Negara | Rom Purba |
Bahasa | bahasa Latin |
Subjek | Sejarah alam, etnografi, seni, mineralogi |
Genre | Ensiklopedia, sains rakyat[1] |
Tarikh penerbitan | 77–79 M |
Kawalan kewibawaan | |
508 | |
LCC | PA6611 .A2 |
Teks asal | [[s:la:Naturalis Historia|]] di Wikisumber bahasa Latin |
Terjemahan | Naturalis Historia di Wikisumber |
Karya ini sendirinya tidak benar-benar lengkap: Plinius menuju ke kaki Gunung Vesuvius pada tahun 79 M untuk menyiasat rupa letusan yang hendak ditulis masuk ke dalam versi mutakhir buku ini tetapi akhirnya bencana letusan tersebut mengorbankan nyawanya sebelum sempat berbuat demikian. Namun, cetakan akhir buku ini menjadi pecontoh duluan tatakarang banyak ensiklopedia yang ditulis selepasnya.
Daftar isi
suntingKitab Naturalis Historia mencakup 37 buku (liber). Plinius menuliskan sendiri daftar isinya. Tabel berukut memberikan cakupan topik-topik dengan istilah masa kini.
I | Pengantar dan daftar isi, daftar penulis |
II | Pemaparan dunia secara matematik dan fizik |
III-VI | Geografi dan etnografi |
VII | Antropologi dan fisiologi manusia |
VIII-XI | Zoologi |
XII-XXVII | Botani termasuk pertanian, hortikultur, dan farmakologi |
XXVIII-XXXII | Farmakologi |
XXXIII-XXXVII | Perlombongan dan ilmu galian diperoleh, khususnya dalam penerapannya seharian dan dalam seni, termasuk:
seni ukir tembaga[4] seni lukis[5] ragam hias [6] patung marmar[7] batu permata dan perhiasan[8] |
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Naskah bahasa Latin lengkap di LacusCurtius
- Naskah lengkap bahasa Latin dengan terjemahan di Perseus Digital Library
- Alih bahasa pertama ke dalam bahasa Inggeris oleh Philemon Holland, 1601
- alih bahasa kedua ke dalam bahasa Inggeris oleh John Bostock dan H. T. Riley, 1855; lengkap, mencakup indeks