Majlis Bandaraya Johor Bahru
Majlis Bandaraya Johor Bahru merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Johor Bahru, Johor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk dan bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis. Menara MBJB terletak di No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum di pusat bandaraya Johor Bahru.
Majlis Bandaraya Johor Bahru | |
---|---|
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman (sejak 2021) |
Setiausaha | Haji Miswan bin Yunus |
Struktur | |
Ahli | 24 orang ahli majlis |
Moto | |
Memperkukuh Daya Tahan Johor Bahru Ke Arah Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya Dan Lestari | |
Tempat persidangan | |
Menara MBJB, No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum, Johor Bahru | |
www | |
Catatan kaki | |
Sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru atau Johor Bahru Municipal Council sehingga 1993 | |
sunting |
Sejarah
suntingPenubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula dengan Lembaga Bandaran pada 1910. Seterusnya, ia dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1952. Pada 1 April 1977, ia telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran dan diketuai oleh seorang Yang Dipertua. Bermula pada 1 Januari 1994, Johor Bahru telah dinaik taraf sebagai bandar raya dan diketuai oleh seorang Datuk Bandar.
Yang Dipertua
sunting# | Nama Yang Dipertua | Tempoh menjawat |
---|---|---|
1. | Datuk Tunku Ahmad Ibrahim Tunku Jefri Ahmad Ismail | 1977-1984 |
2. | Datin Aminah Azizah Mariam | 1984-1984 |
3. | Dato' Ashari Rafael | 1984-1993 |
Datuk Bandar
suntingKawasan pentadbiran
suntingPejabat cawangan
suntingLihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
Pautan luar
sunting- (Melayu) laman web rasmi MBJB
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Majlis Bandaraya Johor Bahru |