Kuantiti fizikal adalah nilai berangka sesuatu sifat boleh diukur yang menggambarkan pentol keadaan berbulu sebuah sistem fizikal pada sesuatu masa. Oleh kerana itu, perubahan dalam kuantiti fizikal suatu sistem menghuraikan transformasinya (atau evolusi antara keadaan pada sesuatu masa).

Sebagai contoh, nilai-nilai 'suhu', 'kelantangan', 'tekanan', 'jisim molekul' dan 'tenaga dalaman' adalah kuantiti fizikal yang menggambarkan keadaan apapun gas terhad; 'keamatan arus', 'jumlah pusingan' dan 'ketelusan magnet' adalah kuantiti fizikal yang benar-benar menggambarkan 'keamatan medan magnet' di tengah-tengah gelung dililit rata yang sangat panjang.

Hubungan antara kuantiti fizikal yang berbeza digambarkan oleh kalkulus kuantiti.

Kuantiti fizik ialah kuantiti boleh diukur. Tamsilnya ialah suhu, tekanan, halaju dan sebagainya. Selain itu, kuantiti fizik terbahagi kepada dua jenis iaitu kuantiti fizik asas dan kuantiti fizik terbitan.

Pemahaman Fizik

sunting

Fizik merupakan ilmu yang digunakan untuk mencari penerangan rasional (mengapa dan bagaimana) tentang sifat jirim, tenaga dan fenomena alam semula jadi.

Antara bidang fizik ialah fizik nukleur, fizik keadaan pepejal, biofizik, elekronik, astronomi, fizik plasma dan lain-lain.

Tujuan kita mempelajari fizik adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut seperti:-

  1. Mengapakah penyedut minuman kelihatan bengkok di dalam sebiji gelas yang mengandungi air ?
  2. Mengapakah kita merasai gerun apabila menaiki sebuah kereta yang sedang bergerak laju menuruni bukit?
  3. Bagaimanakah pelangi terbentuk?
  4. Mengapakah penumpang-penumpang di dalam sebuah kereta terhumban ke hadapan apabila kereta dihentikan dengan tiba-tiba?
  5. Bagaimanakah logamaya terbentuk?
  6. Bagaimanakah sebuah kapal terbang terangkat?

Untuk mempelajari fizik, seseorang mesti menguasai kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran manupultaif),mengaplikasi kaedah saintifik dan mengamalkan sikap saintifik.


Bahagian Kuantiti Fizik

sunting

Kuantiti Fizik Asas

sunting

Kuantiti fizik asas ialah kuantiti fizik yang tidak dapat ditakrifkan (diterbitkan) dalam sebutan kuantiti-kuantiti fizik yang lain atau tidak dapat diperolehi daripada gabungan dua kuantiti fizik yang lain.


Anda boleh mendapatkan jadual ini dari buku sifir matematik 4 angka.

Kuantiti Fizik Terbitan

Kuantiti Fizik terbitan ialah Kuantiti fizik yang boleh diterbitkan daripada kuantiti-kuantiti asas melalui operasi darab atau bahagi atau kedua-duanya.

Di antara contoh-contoh kuantiti fizik terbitan adalah seperti berikut:-

  • Halaju
  • Ketumpatan

Contoh Nyatakan kuantiti terbitan berikut dalam sebutan kuantiti asas.

  • Pecutan

(Panduan: Pecutan = perubahan halaju)

  • Momentum

(Panduan : Mometum = jisim x halaju )

Contoh

Nyatakan unit asas bagi kuantiti-kuantiti terbitan berikut:

  • Daya

(Panduan : Daya = jisim x pecutan )

  • Impuls

(Panduan : Impuls = perubahan momentum)

  • Kerja

(Panduan : Kerja = daya x sesaran)

Mengenal pasti kuantiti fizik

sunting

Kuantiti fizik (physical quantity) adalah kuantiti yang boleh diukur. Kuantiti fizik bukan sahaja digunakan dalam kajian saintifik tetapi ianya juga penting dalam kehidupan seharian kita.

Terdapat lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran.

  1. Panjang (Length)
  2. Jisim (Mass)
  3. Masa (Time)
  4. Suhu (Temperature)
  5. Arus Elektrik (Electric current)

Setiap kuantiti fizikal yang diukur dalam unit SI (International System of Units @ SI units), yang mana ianya adalah unit yang seragam digunakan dalam pengukuran di kebanyakan negara.

Kuantiti Fizik Unit SI Simbol unit
Panjang meter m
Jisim kilogram kg
Masa saat s
Suhu kelvin K
Arus elektrik ampere A


Simbol dan nilai prefix

sunting
Imbuhan awal (Prefix) Simbol Nilai berangka (numerical)
mega M 1 000 000
kilo k 1 000
centi c 0.01
milli m 0.001
micro µ 0.000 001

Nilai sesuatu kuantiti boleh ditulis dengan 'imbuhan awalan' (prefix). Setiap imbuhan awal mempunyai simbol-simbolnya tersendiri. Seseorang menulis sesuatu nilai dengan menggunakan imbuhan awal (prefix) untuk membuat ia lebih mudah bagi merekodkan kuantiti fizik.

Contoh

Nilai kuantiti fizik Bentuk imbuhan awal (prefix)
5 000 000 K 5 MK
3 000 g 3 kg
0.008 m 8 mm
0.000 006 A 6 µA


Lihat juga

sunting