Dera Ismail Khan (Urdu, Saraiki: ڈیرہ اسماعیل خان, Pashto: ډېره اسماعيل خان), sering disingkatkan kepada DI Khan, adalah sebuah bandar di Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Ia terletak di tebing barat Sungai Indus, 200 batu (320 km) dari barat Lahore dan 120 batu (190 km) dari barat laut Multan. Bandar ini adalah ibu kota daerah dan tehsil Dera Ismail Khan.

ڈیرہ اسماعیل خان
Bandar/Tehsil
Dera Ismail Khan
Negara Pakistan
Provinsi/WilayahKhyber Pakhtunkhwa
Aras
165 m (541 ft)
Zon waktuUTC+5 (PST)
Bilangan Majlis Kesatuan2

Demografi

sunting

Menurut banci 1901 penduduk Dera Ismail Khan adalah seramai 31,737 orang, yang mana 18,662 orang Islam, 11,486 Hindu, dan 1,420 Sikh. Selepas merdeka, ramai penduduk Hindu di bandar ini menetap di India, terutamanya di Bandar terancang, Vijay Nagar dan Derawal Nagar di Delhi.

Pada tahun 1999 ia mempunyai penduduk sebanyak 64,358 orang. Penduduk adalah campuran etnik Jats, Baloch dan Pashtun, dengan sebilangan kecil minoriti suku yang berbahasa Urdu. Bahasa Urdu, bahasa kebangsaan, difahami dan dituturkan oleh majoriti penduduk disini, manakala Saraiki adalah bahasa utama daerah. Pashto juga dituturkan, terutamanya dalam masyarakat Pashtun.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting