Batu nautika
Batu nautika ialah suatu unit ukuran yang ditakrifkan sebagai 1,852 meter (6,076.1 kaki; 1.1508 batu). Ia dahulunya ditakrifkan sebagai satu minit latitud yang bersamaan dengan satu perenam puluh (1/60) satu darjah latitud. Ia kini merupakan unit bukan SI "yang boleh diterima pakai bersama SI",[1] untuk tujuannya yang berterusan dalam navigasi udara dan laut[2] serta untuk pentakrifan perairan wilayah.[3]
Batu nautika | |
---|---|
Sistem unit | Unit terbitan SI |
Unit bagi | Panjang |
Simbol | M / NM / nmi |
Penukaran unit | |
1 M / NM / nmi dalam ... | ... adalah sama dengan ... |
meter | 1852[1] |
kaki | ≈6076.12 |
batu statut | ≈1.15078 |
kabel | 10 |
Satu persepuluh batu nautika ialah jarak kabel.[4]
Unit terbitan kelajuan daripada unit ini ialah knot yang ditakrifkan sebagai batu nautika per jam.
Simbol unit
suntingUnit ini tiada simbol yang dipersetujui ramai.[1] Antara singkatan yang diguna pakai untuk unit ini adalah:
- M, oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa[5] dan Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa.[1]
- NM, digunakan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.[6]
- nm (simbol Sistem Unit Antarabangsa mewakili nanometer), digunakan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara Amerika Syarikat.[7]
- nmi, digunakan Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik[8] dan Pejabat Penerbitan Pemerintah Amerika Syarikat (United States Government Publishing Office).[9]
Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa mengiktiraf penggunaan singkatan lain selain M yang digunakan biro tersebut secara rasminya.[1]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e Göbel, E.; Mills, I.M.; Wallard, Andrew, penyunting (2006). The International System of Units (SI) (PDF) (dalam bahasa Inggeris daripada teks asal dalam bahasa Perancis) (ed. ke-8). Paris: Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa. m/s. 127. ISBN 92-822-2213-6. Dicapai pada 20 Jun 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "mile | unit of measurement". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 10 Jun 2016.
- ^ "UNITED NATIONS CONVENTION ON THE LAW OF THE SEA". www.un.org. Dicapai pada 10 Jun 2016.
- ^ Fenna, Donald (2002), "cable, cable length, cable's length", A Dictionary of Weights, Measures, and Units, Oxford: Oxford University Press, m/s. 35, ISBN 0-19-860522-6, OCLC 62608533, dicapai pada 12 Januari 2017CS1 maint: extra punctuation (link). Juga "fathom", dari karya sama (m/s. 88–89, dicapai pada 12 Januari 2017).
- ^ Symbols, Abbreviations and Terms used on Charts (PDF) (ed. 6). International Hydrographic Organization. 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-08-21. Dicapai pada 9 Jun 2016.
- ^ "WS SIGMET Quick Reference Guide" (PDF). ICAO. Dicapai pada 9 Jun 2016.
- ^ "Law of the Sea". NOAA. Dicapai pada 9 Jun 2016.
- ^ "APPENDIX A: SYMBOLS AND PREFIXES". IEEE. Dicapai pada 2016-06-09.
- ^ "U.S. Government Printing Office Style Manual". U.S. Government Printing Office. Dicapai pada 10 Jun 2016.