Pertempuran Panipat Kedua
Pertempuran Panipat Kedua berlaku pada 5 November 1556 antara pemimpin Hindu di utara India iaitu Hemu dan tentera Akbar. Hemu telah menakluk Delhi dan Agra beberapa minggu awal dengan menewaskan tentera Mughal yang dipimpin oleh Tardi Beg Khan dalam Pertempuran Delhi. Hemu mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Vikramaditya dalam majlis pertabalan di Purana Quila di Delhi. Akbar bersama pengawalnya Bairam Khan yang mendapat maklum tentang kejatuhan Agra dan Delhi berarak ke Panipat untuk mengambil alih semula kawasan-kawasan yang telah dirampas. Kedua-dua pihak ini bertembung di Panipat tidak jauh daripada medan pertarungan yang menyaksikan Pertempuran Panipat Pertama pada tahun 1526.
Pertempuran Panipat Kedua | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Gambaran Pertempuran Panipat Kedua dalam Akbarnama (1590-an) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Mughal | Pemberontak Hindu | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Bairam Khan | Hem Chandra Vikramaditya † | ||||||
Kekuatan | |||||||
|
| ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
kurang | 5000 |
Latar belakang
suntingKematian Babur pada tahun 1531 telah menghentikan proses perluasan kuasa Empayar Mughal. Pewarisnya iaitu Humayun secara perlahan-lahan mula kehilangan wilayah kerajaannya apabila menerima tekanan daripada kerajaan baru, Empayar Sur di bawah pimpinan Sher Shah Suri. Bahkan, Humayun terpaksa mencari perlindungan ke istana Safawiyah pada tahun 1540. Humayun menghabiskan masa selama lebih sepuluh tahun hidup dalam buangan dan beliau hanya dapat kembali ke India pada tahun 1554. Pada tahun berikutnya, beliau berjaya menewaskan pemerintah baru Empayar Sur, Sikandar. Kemudian, Mughal menguasai semula kawasan utara India. Malangnya bagi Mughal, Humayun meninggal dalam kemalangan pada tahun 1556. Kematian beliau telah dimanfaatkan oleh Empayar Sur untuk membalas serangan. Ketua Menteri Hemu mara dengan pantas dan menguasai Delhi pada Oktober 1556. Namun dengan hairannya, beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada Empayar Sur dan ditabalkan menjadi raja.
Maharaja Mughal iaitu Akbar baru berusia 13 tahun tetapi pengiringnya iaitu Bairam Khan merupakan seorang komander yang berkebolehan. Beliau bergerak menuju ke Delhi pada awal November 1556. Tentera Mughal tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Panipat dan mereka telah bertembung dengan tentera Hemu.
Pertempuran
suntingTentera Mughal mempunyai kira-kira 10,000 tentera menghadapi bilangan tentera musuh yang jauh lebih ramai iaitu 30,000 orang. Bairam Khan memilih lokasi pertempuran yang mempunyai jurang dalam untuk membahagikan kedua-dua pihak. Tentera Mughal dilihat hanya mempunyai tentera bergajah dan kavalri. Mereka juga dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada kumpulan kavalri pemanah. Sementara itu, tentera bergajah ditempatkan di barisan hadapan pada setiap kumpulan tersebut.
Tentera Hemu pula menempatkan kavalri di barisan pertama, infantri di barisan kedua manakala tentera bergajah mereka berada di barisan hadapan. Pertempuran bermula apabila Hemu menggerakkan pasukan sayap kiri dan kanannya bersama tentera bergajah untuk mara menentang pasangan musuh masing-masing. Serangan ini berhasil dan pasukan sayap Mughal terpaksa untuk berundur secara beransur-ansur ekoran menerima tekanan yang hebat. Bairam Khan mengirim barisan keduanya di balik serangan musuh itu untuk melancarkan serangan dari arah belakang. Pemanah berkuda Mughal lebih unggul daripada musuhnya dan serangan anak panahnya banyak yang berhasil. Jadi, Hemu perlu menolak semula tentera sayap musuh supaya mereka berundur. Jurang yang dalam menyukarkan beliau untuk merencanakan serangan yang kemas. Apabila Hemu mengambil keputusan untuk mara ke hadapan, beliau terpaksa bergerak mengelilingi jurang dan hanya satu bahagian daripada tenteranya dapat merangka serangan ke atas pasukan tengah musuh.
Sumber-sumber mendakwa bahawa tentera Mughal berada di ambang kekalahan. Pertempuran ini ditentukan oleh sebatang anak panah yang berjaya menemui celah topi perisai Hemu. Tentera Hemu mula panik melihat pemimpinnya telah terbunuh sekali gus memecahkan barisan tentera-tentera yang lain.
Mughal hanya menghadapi kehilangan nyawa pejuangnya yang sedikit manakala mereka telah membunuh lebih 5,000 tentera musuh. Akbar meneruskan usaha perluasan kuasanya. Pada saat kematiannya, sebahagian besar India telah berada di bawah kekuasaan Mughal. Mughal terus kekal sehingga tahun 1857.
Catatan
sunting- ^ Sarkar 1960, m/s. 68.
Rujukan
sunting- Sarkar, Jadunath (1960). Military History of India. Orient Longmans. m/s. 66–69.CS1 maint: ref=harv (link)
- Tripathi, Ram Prasad (1960). Rise and Fall of the Mughal Empire (ed. 2nd). m/s. 158–77.CS1 maint: ref=harv (link)
- Chandra, Satish (2004). Medieval India: From Sultanate To The Mughals, Part II: Mughal Empire (1526–1748) (ed. Third). Har-Anand Publications. m/s. 91–93. ISBN 9788124110669. Dicapai pada 17 November 2014.CS1 maint: ref=harv (link)
- Qanungo, Kalika Ranjan (1965). Sher Shah and his Times. Orient Longmans. m/s. 448–449.CS1 maint: ref=harv (link)
- Richards, John F. (1995). The Mughal Empire (The New Cambridge History of India). Cambridge University Press. m/s. 13. ISBN 9780521566032.CS1 maint: ref=harv (link)
- Roy, Kaushik (2004). India's historic battles : from Alexander the Great to Kargil. Delhi: Permanent Black. m/s. 68–79. ISBN 9788178241098. Dicapai pada 17 July 2016.CS1 maint: ref=harv (link)
- Roy, Kaushik (2013). "Fazl, Abul (1551–1602)". Dalam Coetzee, Daniel; Eysturlid, Lee W. (penyunting). Philosophers of war: the evolution of history's greatest military thinkers. Santa Barbara: Praeger. m/s. 43–47. ISBN 978-0-313-07033-4. Dicapai pada 20 July 2016.CS1 maint: ref=harv (link)