Pembebasan Paris
Pembebasan Paris (Perancis: Libération de Paris , bahasa Inggeris: Liberation of Paris ) mengambil tempat semasa Perang Dunia Kedua dari 19 Ogos sehingga 25 Ogos 1944, di mana pihak garison Jerman menyerahkan Perancis sebagai tanda serah kalah lalu menandakan berakhir pertempuran Paris. Kejadian ini merupakan titik penting dalam Pendudukan Jerman ke atas Perancis yang berlangsung selama empat tahun 1940.
Pembebasan Paris Libération de Paris | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Operasi Overlord Perang Dunia Pertama | |||||||
Warga kota Paris di Champs Élysées menyambut ketibaan kereta perisai Divisyen Berperisai Ke-2 Perancis dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Templat:Country data Vichy France[nota 1] | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Dietrich von Choltitz | |||||||
Unit terlibat | |||||||
Kerugian dan korban | |||||||
|
Setelah pihak Jerman Nazi menyerahkan Paris sebagai tanda penyerahan diri, Tentera Pemberontak Perancis pimpinan Charles de Gaulle tiba di Paris di mana pihak beliau mengambil alih kekuasaan Paris sebagai ketua suatu pemerintah sementara "Perancis Bebas" (La France libre) - di mana para penyokong Gaulle, nasionalis, komunis dan anarkis bersatu membentuk suatu pemerintah "bersepakatan sebangsa" (gouvernement d'unanimité nationale)[4] yang menggantikan pemerintahan rejim Vichy secara beransur-ansur. Tindakan mereka yang berjaya menumpaskan kuasa Nazi dengan sendirinya sempat sebelum pihak Berikat tiba di Paris juga mengelakkan Perancis daripada dikenakan Pemerintahan Tentera Berikat untuk Kawasan Dudukan yang dikongsikan antara negara-negara anggota pihak Berikat (Allied Military Government for Occupied Territories).
Latar belakang
suntingAdolf Hitler dalam rancangannya ke atas Paris mahu menumbangkan semua infrastruktur penghubung penting sekitar kota Paris serta menumpaskan semua askar pemberontak,[5] sepertimana yang dilakukan dalam Pertempuran Stalingrad di Medan Barat. Walau bagaimanapun, rancangan ini tidak begitu diyakini Jeneral Infantri Wehrmacht dan pemangku gabenor tentera kota ini, Dietrich von Choltitz atas beberapa faktor: garison pimpinannya seramai 16,000 orang askar dianggapnya kurang dilengkapi dengan unit yang sangat berasingan (contohnya unit pentadbiran), tidak mampu bertempur dengan tahap memuaskan serta menggunakan teknologi yang usang dan kurang cekap (angkatan ini menggunakan 80 tangki daripada model tertentu seperti tangki Renault FT-17 dari seawal tahun 1940). Ia lebih diburukkan lagi dengan pengunduran saki-baki tentera Jerman ke-7 yang lipatan di sungai Somme dilindungi oleh unit keadaan kecil yang dilengkapi dengan peralatan moden, senjata anti-kereta kebal dan Panzer.
Operasi Cobra
suntingJeneral Dwight D. Eisenhower, Presiden Amerika Syarikat selaku Pemimpin Tertinggi Markas Besar Pasukan Berikat (Supreme Headquarters Allied Expeditionary Force, SHAEF), tidak menganggap pembebasan Paris sebagai objektif militer yang penting. Pendaratan tentera Amerika Syarikat dan Inggris di dataran Eropah bertujuan paling utamanya menghancurkan pasukan Jerman lalu mengakhiri Perang Dunia Kedua di Eropah, sehingga tumpuan pihak Berikat dapat beralih kepada medan Pasifik.[6] Jeneral Charles de Gaulle, pemimpin pemerintahan dalam buangan sementara Perancis ketika itu mengancam memerintahkan tenteranya menyerang Paris tanpa persetujuan SHAEF.
Pada tanggal 6 Jun 1944 (dikenal dengan nama D-Day), pihak Berikat melancarkan Operasi Overlord yang bertujuan merebut kembali daratan Eropah dari genggaman Jerman Nazi. Tahap pertama dari operasi ini adalah Operasi Neptune, yang melibatkan penyeberangan dan pendaratan militer terbesar dalam sejarah. Sejumlah 120 divisyen yang diseberangkan ke pantai Normandie secara berperingkat: 1.3 juta orang askar Amerika Syarikat, 600,000 orang askar British dan 100,000 orang askar dari beberapa negara lain termasuk Kanada, Tentera Perancis Bebas dan Poland.[7]
Operasi Neptune selesai dengan tertawannya wilayah Normandie. Misi Berikat selanjutnya adalah melakukan penerobosan ke wilayah pedalaman yakni ke Avranches untuk mengisolasi semenanjung Cotentin. Operasi diberi jolokan Operasi Cobra ini dimulai tanggal 25 Julai 1944 terdiri dari US 3rd Army dan Deuxième Division Blindée Perancis di bawah pimpinan M. Jen. Philippe Leclerc yang ditugaskan secara khusus oleh De Gaulle untuk membebaskan Paris.[8] Pasukan Sekutu ini membebaskan kota-kota di Perancis satu demi satu dan bergerak menuju Paris.
Pada tanggal 19 Ogos, pihak AS dan Perancis tiba di Mantes, bandar yang dijadikan lapisan pertahanan terakhir pihak Jerman yang terletak 25 batu di selatan kota Paris. Pada lusa harinya, Leclerc mengirimkan pasukan pemantau yang terdiri dari 150 kakitangan militer Pasukan Dalaman Perancis (Forces Françaises de l'Intérieur, FFI), 10 buah kereta kebal ringan, 10 kereta perisai dan 10 lori pengangkut askar untuk memastikan bahawa tentara Perancis lebih dulu memasuki Paris.[9]
Pertempuran
sunting19–23 Ogos: Serangan Pasukan Dalaman Perancis
suntingPada tanggal 10 Ogos 1944, Pasukan Dalaman Perancis mengimbau para pegawai administrasi Paris dari institusi PTT, Gendarmerie dan Kepolisian Paris untuk melakukan mogok kerja. Tindakan mogok ini dikecam pihak Jerman yang mula merampas senjata milik pihak polis Paris pada 13 Ogos. Kemogokan ini berleluasa ke seluruh bahagian kota Paris dalam masa lima hari; kilang-kilang dalamkota tersebut segera dikerumuni orang ramai yang menghentikan pekerjaan di dalamnya manakala sebahagian penjenayah yang ditahan pihak Nazi turut terlepas dek kelam-kabut ini
FFI segera menampal poster serata Paris - poster-poster ditandantangani komander pasukan ini, Henri Rol-Tanguy, menyeru pihak polis kota, Garde Republicaine, Gendarmerie, Garde Mobile, Groupe mobile de réserve dan sesiapa sahaja "yang mampu mengangkat senjata" untuk menyertai mereka "berjuang menentang penjajah" sambil menjamin bahawa "pembelot [yakni anggota dan penyokong rejim Vichy] akan diusir keluar". Pada pagi 19 Ogos, FFI dan warga awam kota mendirikan halangan sepanjang jalan kota Paris. Penduduk Paris segera menyerang tentera Jerman di jalanan kota menjadikan keadaan sekeliling kucar-kacir.[10]
Pada tanggal 20 Ogos, markas besar FFI didirikan di bawah tanah Place Denfert-Rochereau. Markas-markas polis dikuasai oleh FFI dan pemberontakan meluas hingga ke wilayah pinggiran. Pada hari yang sama, Rol-Tanguy memerintahkan Alexandre Parodi (delegasi umum Pemerintahan Sementara Republik Perancis) agar melantik setiausaha umum yang dijangka akan mengambil alih fungsi kementerian negara.[11]
Untuk mencegah penghancuran kota Paris secara terpaksa oleh Wehrmacht, von Choltitz mengusulkan gencatan senjata dengan pihak FFI yang berlaku hingga tanggal 23 Ogos 1944, namun usulan ini tidak dihiraukan oleh sebahagian anggota FFI. Von Choltitz enggan menyerah kalah kepada FFI yang bukan tentara reguler. Pada 20 Ogos, FFI mengirim delegasi ke markas tentara AS di luar kota Paris bahwa Paris sedang dalam keadaan kritikal dan von Choltitz tidak bersedia untuk menyerah jika bukan tentara Sekutu sendiri yang mengepung markasnya di Hôtel Meurice. Laporan ini diteruskan kepada Eisenhower yang kemudian bertemu dengan De Gaulle tanggal 21 Ogos 1944. Setelah Eisenhower dan de Gaulle berdiskusi, maka keputusan akhir yang dianggap terbaik bagi semua pihak adalah membebaskan kota Paris secepatnya dan mendirikan pemerintahan de facto di bawah pimpinan de Gaulle. Perintah pembebasan Paris dikuatkuasakan secara rasminya tanggal 23 Ogos 1944 oleh SHAEF, dengan misi pertama memasuki kota Paris.[12]
25 Ogos: Penyerahan kalah pihak Jerman
suntingMeskipun Adolf Hitler berulang kali memberi arahan kepada Choltitz bahawa Paris "tidak boleh jatuh ke tangan musuh melainkan [musuh tersebut mati tersungkur] dalam runtuhan" [nota 2][13], Choltitz segera menyerah diri pada 25 Ogos di Hôtel Meurice. Dia kemudiannya dihantarkan ke Bahagian Polis Paris untuk menandatangani surat penyerahan diri rasmi sebelum ke stsen kereta api di Gare Montparnasse, Montparnasse untuk menandatangai penyerahan diri bagi pihak askar Jerman di Paris di hadapan Jeneral Jacques-Philippe Leclerc. Choltitz ditahan sehingga April 1947.
Pada hari sama penyerahan ini berlaku, Charles de Gaulle selaku Presiden Pemerintah Sementara Republik Perancis berpindah kembali ke dalam bangunan Kementerian Perang di Rue Saint-Dominique. Beliau berucap di hadapan orang ramai dari Hôtel de Ville dengan semangat membaranya:
« Paris outragé ! Paris brisé ! Paris martyrisé ! Mais Paris libéré ! »
["...Paris geram! Paris musnah! Paris keguguran [orang yang berjuang untuknya]! Tapi Paris telah dibebaskan!"]
Georges Bidault, seorang anggota Pemberontak, meminta beliau membuat suatu pengisytiharan Republik sebagai tanda pengesahan kuasa mereka terhadap kawasan Paris yang ditawan mereka; namun de Gaulle enggan sambil berkata dengan tegas: "Republik ini tidak pernah terbubar! Rejim Vichy sentiasa dan selamanya batal dan tidak sah".[nota 3]
26-29 Ogos: Pembukaan Paris
suntingPada 29 Ogos, Divisyen Infantri Ke-28 Tentera Darat Amerika Syarikat bertolak dari posisi mereka di Bois de Boulogne dalam arakan melalui Avenue Hoche ke Arc de Triomphe sebelum kemudiannya ke Champs Élysées dalam perjalanan ke posisi serangan ditetapkan di timur laut kota; ketibaan divisyen ini disambut meriah oleh para penduduk Paris.[14]
Pihak pembebas mendapati bekalan makanan di sekitar Paris semkin lama semakin kurang sehingga dikhuatiri membawa kepada suatu krisis makanan, lagi-lagi dengan pemusnahan jalan kereta api semasa pertempuran oleh pihak Berikat yang menghalang bekalan sampai pe pihak Nazi serta perampasan bekalan makanan oleh pihak Jerman sendiri, oleh itu pihak Berikat dari United Kingdom dan Amerika Syarikat segera membawa suatu konvoi bekalan makanan; sebanyak 500 tan bekalan makanan dihantar pihak British manakala 500 tan lagi dihantar pihak Amerika Syarikat melalui laluan udara Orleans disertakan juga dengan bawaan ihsan orang awam di luar bandar Paris. Krisis makanan ini selesai ditawan selepas 10 hari.[15]
Meskipun Paris sebagai ibu kota telah dibebaskan, masih berlaku juga pertempuran sengit di seluruh kawasan Perancis lain yang masih dalam pendudukan meskipun setelah berlakunya Operasi Dragoon di selatan Perancis yang berlarutan dari 15 Ogos hingga 14 September 1944. Pertempuran kuat juga ada di Alsace dan Lorraine di sebelah timur dari hujung tahun 1944 sehingga awal tahun 1945.
Nota
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Libération de Paris" [Pembebasan Paris] (PDF) (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Mac 2009. .
- ^ "The Lost Evidence – Liberation of Paris". History.
- ^ "Libération de Paris forces américaines" (dalam bahasa Perancis).
- ^ "1944–1946 : La Libération" (dalam bahasa Perancis). Charles de Gaulle.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2007.
- ^ a b von Choltitz, Timo (2004). "Führerbefehl Blitzbefehl am 23. August 1944, 11 Uhr (OKW/WFSt/Op (H), Nr. 772989/44". General der Infanterie Dietrich von Choltitz (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 17 Jun 2019. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - laman mengenai Jen. von Choltitz diuruskan anaknya. - ^ "Les Cahiers Multimédias: Il y a 60 ans: la Libération de Paris" (dalam bahasa Perancis). Radio France. 6 Julai 2004.
- ^ McGrath, John. "Normandy". www.history.army.mil. Dicapai pada 25 Februari 2017.
- ^ Kartika, S. Hum. "Pembebasan Prancis 6 Juni–25 Agustus 1944: Dari Pendaratan di Normandie hingga Pembebasan Paris" (PDF).
- ^ http://www.historynet.com/magazines/world_war_2/3035816.html?page=2&c=y
- ^ P. K. Ojong (2005). Perang Eropa. 3. m/s. 132.
- ^ "The Communities, Companions - Museum of the Order of the Liberation". www.ordredelaliberation.fr. Dicapai pada 25 Februari 2017.
- ^ Eisenhower, Dwight D. (1948). Crusade in Europe. m/s. 299.
- ^ "... Brennt Paris?". Amazon.de. Dicapai pada 25 August 2008.
- ^ Stanton, Shelby L. (Kapt, B) (1991). Galahad Books. New York. m/s. 105. ISBN 0-88365-775-9..
- ^ Coles, Harry Lewis; Weinberg, Albert Katz (1964). Civil Affairs: Soldiers Become Governors (PDF). United States Army in World War II: Special Studies. Office of the Chief of Military History, Department of the Army. m/s. 774–75. Dicapai pada 22 May 2019.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
sunting- Liberation of Paris – Laman rasmi menerangkan maklumat lanjut mengenai peperangan ini (dalam bahasa Inggeris)
- Battle for Paris: August 16–26, Dokumentari oleh pihak pemberontak bertarikh 1 September 1944
- Ucapan De Gaulle dari Hôtel de Ville – Yayasan Charles de Gaulle
- De Gaulle's speech in retrospect – BBC News
- Catatan mengenai latar belakang warga yang terkorban dalam Pembebasan Paris (dalam bahasa Perancis)
- 25 août 1944 : la Libération de Paris par la division Leclerc et les FFI de Rol-Tanguy (dalam bahasa Perancis)