Masjid Jamek Sultan Ibrahim
Masjid Jamek Sultan Ibrahim (Jawi:ﻣﺴﺟﺪ ﺟﺎﻣﻊ ﺳﻠﻄﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﯿﻢ) ialah sebuah masjid tertua yang terkenal dalam daerah Muar. Ia terletak di Bandar Maharani, Muar, Johor, Malaysia. Lokasi masjid ini adalah di Jalan Petri berdekatan dengan muara Sungai Muar.
Masjid Jamek Sultan Ibrahim ﻣﺴﺟﺪ ﺟﺎﻣﻊ ﺳﻠﻄﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﯿﻢ | |
---|---|
Maklumat am | |
Nama tempatan | Masjid Jamek Muar |
Cabang/mazhab | Mazhab Syafii |
Dibuka pada | 28 Februari 1930 |
Status | Masjid daerah Masjid jamik |
Tempoh pembinaan | 15 Februari 1925 - 28 Februari 1930 |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Imam Haji Azman bin Mo’min (Imam Besar) Imam Haji Mohd Hafiz bin Hashim (Timb. Imam Besar) Imam Haji Musa bin Muda Al-Hafiz Imam Haji Mohd Tamlis bin Abdul Rahman |
Bilal | Bilal Mohd Zaki bin Mustapha Bilal Abu Bakar bin Muhammad |
Pengerusi | As-Syeikh Haji Dzulkafli bin Mohammed |
Dimiliki oleh | Jabatan Agama Islam Negeri Johor |
No Daftar | No Daftar: MY-01-BP-00019 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor Darul Ta'zim |
Daerah | Muar |
Lokasi | Jalan Petri Taman Sri Tanjung Muar |
Koordinat | 2°02′46.2″N 102°33′29.9″E / 2.046167°N 102.558306°EKoordinat: 2°02′46.2″N 102°33′29.9″E / 2.046167°N 102.558306°E |
Maklumat pembinaan | |
Gaya seni bina | Moorish |
Bil. tingkat | 2 |
Bil. menara | 1 |
Arkitek | Encik Sulaiman bin Haji Ilyas |
Kontraktor | Mejar Al-Haj Muhammad Said bin Haji Sulaiman |
Pemaju | Kerajaan Negeri Johor |
Bahan binaan | Konkrit, Besi Cerucuk |
Kos | RM400,000.00 |
Laman sesawang | |
Masjid Jamek Muar | |
sunting |
Sejarah
suntingMasjid Jamek Muar[1] adalah merupakan nama pertama yang diberikan sempena pembinaan masjid dan merupakan masjid yang tertua di Daerah Muar. Pembinaan ini ditaja pada tarikh 21 Rejab 1343 Hijriyyah bersamaan 15 Februari 1925 Masihi. Senibina masjid ini telah dilukis oleh “pelukis” Johor pada masa itu iaitu Encik Sulaiman bin Haji Ilyas. Pembinaan tersebut diketuai oleh Mejar Al-Haj Muhammad Said bin Haji Sulaiman.
Pembinaan masjid ini adalah daripada ehsan Kerajaan Johor dan Khairat Ahli Negeri Johor Darul Ta’zim.
Masjid Jamek Muar ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Ismail (Tengku Mahkota Johor) dan Yang Berhormat Dato’ Mustapha Jaafar (Menteri Besar Johor) pada hari Jumaat, jam 11 pagi pada 29 Ramadhan 1347 Hijriyyah bersamaan 28 Februari 1930 Masihi.
Masjid ini telah dirasmikan dan dibuka kepada umum sempena 35 tahun penaklukan dan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ibrahim (Sultan Yang Dipertuan Johor), dan juga kepada Yang Amat Mulia Tengku Ahmad selaku Pesuruhjaya Kerajaan Daerah Muar, serta kepada Yang Berhormat Engku Ali bin Abdullah selaku Yang Dipertuan Agama Islam Johor.
Aktiviti Mingguan Masjid
sunting- Kuliah Subuh
- Kuliah Maghrib
- Kuliah Dhuha
- Kuliah Helwah
- Kuliah Tarannum
- Zikir Asma Ul Husna
- Wirid Khaujakan
Kemudahan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Jamek Sultan Ibrahim |
- Pusat Pengajian Al Quran
- Akademi Seni Khat Muar
- Pusat Kursus Pra Perkahwinan
- Dewan Seri Utama - dewan pelbagai guna
- Safar Inn
- Balai Rehat
- Klinik Wakaf An-Nur
- Laman Sihat
- WiFi
Hubungi
suntingLujnah Ta'mir
Masjid Jame' Sultan Ibrahim Muar
Jalan Petri
84000 Muar
info@masjidjamekmuar.org
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Sejarah Masjid Jamek Muar, dicapai pada 26 November 2016