Kumpulan 77
Kumpulan 77 atau Group of 77 (G77) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan gabungan negara-negara membangun, yang direka untuk menggalakkan kepentingan ekonomi kolektifnya dan mewujudkan kapasiti perundingan bersama yang dipertingkatkan di PBB.[1] Terdapat 77 anggota pengasas organisasi ini, namun pada November 2013 ia telah berkembang kepada 134 negara keanggotaan.[2] Meskipun China terlibat dalam G77, namun ia mengaggap sebagai anggota dan semua kenyataan rasmi dikeluarkan atas nama Kumpulan 77 dan China (The Group of 77 and China).
Kumpulan ini telah ditubuhkan pada 15 Jun 1964, oleh "Deklarasi Bersama oleh Tujuh Puluh Tujuh Negara" yang dikeluarkan di Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).[3] Mesyuarat pertama telah diadakan di Algiers pada tahun 1967, dimana Piagam Algiers telah diterima pakai asas untuk struktur institusi tetap dimulakan.
Kumpulan itu telah dikreditkan dengan pendirian bersama terhadap apartheid dan untuk menyokong perlucutan senjata global.[4] Mereka juga menyokong Orde Ekonomi Antarabangsa Baru.[4][5]
Pada tahun 2019, Palestin dipilih menjadi pengerusi G77.
Ahli
suntingSehingga Julai 2017, kumpulan ini terdiri daripada semua negara anggota PBB (bersama-sama dengan Palestin), kecuali:
- Ahli Majlis Eropah kecuali Bosnia Herzegovina
- Ahli Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, kecuali Chile
- Ahli Commonwealth of Independent States Free Trade Area, kecuali Tajikistan
- Dua negara mikro Kepulauan Pasifik : Palau dan Tuvalu.
- Afghanistan
- Algeria
- Argentina
- Benin[a]
- Bolivia
- Brazil
- Burkina Faso[b]
- Burundi
- Kemboja
- Cameroon
- Republik Afrika Tengah
- Chad
- Chile
- Colombia
- Republik Demokratik Congo (Kinshasa)
- Congo (Brazzaville)
- Costa Rica
- Republik Dominika
- Ecuador
- Mesir[c]
- El Salvador
- Habsyah
- Gabon
- Ghana
- Guatemala
- Guinea
- Haiti
- Honduras
- India
- Indonesia
- Iran
- Iraq
- Jamaica
- Jordan
- Kenya
- Kuwait
- Laos
- Lubnan
- Liberia
- Libya
- Madagaskar
- Malaysia
- Mali
- Mauritania
- Maghribi
- Myanmar[d]
- Nepal
- Nicaragua
- Niger
- Nigeria
- Pakistan
- Panama
- Paraguay
- Peru
- Filipina
- Rwanda
- Arab Saudi
- Senegal
- Sierra Leone
- Somalia
- Sri Lanka[e]
- Sudan
- Syria
- Tanzania[f]
- Thailand
- Togo
- Trinidad dan Tobago
- Tunisia
- Uganda
- Uruguay
- Venezuela
- Vietnam
- Yaman
}}
Ahli semasa lain
sunting- Angola
- Antigua dan Barbuda
- Bahamas
- Bahrain
- Bangladesh
- Barbados
- Belize
- Bhutan
- Bosnia dan Herzegovina
- Botswana
- Brunei
- Tanjung Verde
- Comoros
- Côte d'Ivoire
- Cuba
- Djibouti
- Dominika
- Guinea Khatulistiwa
- Eritrea
- Fiji
- Gambia
- Grenada
- Guinea-Bissau
- Guyana
- Kiribati
- Lesotho
- Malawi
- Maldives
- Kepulauan Marshall
- Mauritius
- Micronesia
- Mongolia
- Mozambique
- Namibia
- Korea Utara
- Nauru
- Oman
- Palestin
- Papua New Guinea
- Qatar
- Saint Kitts dan Nevis
- Saint Lucia
- Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
- Samoa
- São Tomé dan Príncipe
- Seychelles
- Singapura
- Kepulauan Solomon
- Afrika Selatan
- Sudan Selatan
- Suriname
- Eswatini
- Tajikistan
- Timor-Leste
- Tonga
- Turkmenistan
- Emiriah Arab Bersatu
- Vanuatu
- Zambia
- Zimbabwe
China
suntingG77 menyenaraikan China sebagai salah satu ahlinya.[2] Kerajaan China memberikan sokongan politik yang konsisten kepada G77 dan telah membuat sumbangan kewangan kepada G77 sejak tahun 1994, tetapi ia tidak menganggap dirinya sebagai ahli.[7] Oleh itu, semua kenyataan rasmi G77 dinamakan sebagai Kumpulan 77 dan China.[8]
Bekas ahli
sunting- New Zealand menandatangani "Deklarasi Bersama Negara-negara Membangun" yang asal pada bulan Oktober 1963, tetapi menarik diri dari kumpulan sebelum pembentukan G77 pada tahun 1964 (ia menyertai OECD pada tahun 1973)
- Mexico merupakan negara pengasas, namun keluar dari kumpulan setelah menyertai OECD pada tahun 1994. Pernah menjadi pengerusi pada tahun 1973-1974 dan 1983-1984; walau bagaimanapun Mexico masih ahli G-24.
- Korea Selatan merupakan negara pengasas, namun keluar dari kumpulan selepas menyertai OECD pada tahun 1996.
- Yugoslavia merupakan negara pengasas. Sehingga akhir 1990-an, ia masih disenaraikan sebagai ahli, namun dengan nota bahawa ia "tidak boleh menyertai dalam aktiviti-aktiviti G77." Ia telah dikeluarkan pada senarai pada penghujung 2003. Pernah menjadi pengerusi pada tahun 1985-1986. Bosnia dan Herzegovina merupakan satu-satunya bekas negara Yugoslavia yang masih berada dalam G77.
- Cyprus merupakan negara pengasas, namun tidak lagi disenaraikan setelah secara rasmi menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 2004.
- Malta telah dimasukkan ke dalam kumpulan ini pada tahun 1976, namun tidak lagi disenaraikan setelah secara rasmi menjadi ahli Kesatuan Eropah pada tahun 2004.
- Palau menyertai kumpulan ini pada tahun 2002, namun menarik diri pada tahun 2004 setelah memutuskan untuk bersama Alliance of Small Island States dalam menjaga kepentingan alam sekitar.
- Romania diterima masuk ke dalam kumpulan ini pada tahun 1976, namun tidak lagi disenaraikan pada tahun 2007 apabila Romania diterima masuk Kesatuan Eropah.
Negara pengerusi | Tahun |
---|---|
India | 1970–1971 |
Peru | 1971–1972 |
Mesir | 1972–1973 |
Iran | 1973–1974 |
Mexico | 1974–1975 |
Madagaskar | 1975–1976 |
Pakistan | 1976–1977 |
Jamaica | 1977–1978 |
Tunisia | 1978–1979 |
India | 1979–1980 |
Venezuela | 1980–1981 |
Algeria | 1981–1982 |
Bangladesh | 1982–1983 |
Mexico | 1983–1984 |
Mesir | 1984–1985 |
Yugoslavia | 1985–1986 |
Guatemala | 1987 |
Tunisia | 1988 |
Malaysia | 1989 |
Bolivia | 1990 |
Ghana | 1991 |
Pakistan | 1992 |
Colombia | 1993 |
Algeria | 1994 |
Filipina | 1995 |
Costa Rica | 1996 |
Tanzania | 1997 |
Indonesia | 1998 |
Guyana | 1999 |
Nigeria | 2000 |
Iran | 2001 |
Venezuela | 2002 |
Maghribi | 2003 |
Qatar | 2004 |
Jamaica | 2005 |
Afrika Selatan | 2006 |
Pakistan | 2007 |
Antigua dan Barbuda | 2008 |
Sudan | 2009 |
Yaman | 2010 |
Argentina | 2011 |
Algeria | 2012 |
Fiji | 2013 |
Bolivia | 2014 |
Afrika Selatan | 2015 |
Thailand | 2016 |
Ecuador | 2017 |
Kumpulan 24
suntingKumpulan 24 atau Group of 24 (G24) merupakan bahagian daripada G77 yang ditubuhkan pada tahun 1971 untuk menyelaraskan kedudukan negara-negara membangun dalam isu-isu kewangan dan pembangunan kewangan antarabangsa serta untuk memastikan bahawa kepentingan mereka diwakili secukupnya dalam rundingan mengenai perkara-perkara kewangan antarabangsa. Setiap ahli G24, kecuali Mexico, merupakan ahli G77. Meskipun keahlian G24 hanya terbuka untuk 24 negara, namun ahli-ahli lain dalam G77 boleh turut serta dalam perbincangan.
Rujukan
sunting- ^ About the Group of 77:Aims
- ^ a b "The Member States of the Group of 77". The Group of 77 at the United Nations.
- ^ About the Group of 77:Establishment
- ^ a b Satpathy (2005). Environment Management. Excel Books India. m/s. 30. ISBN 978-81-7446-458-3.
- ^ Malgosia Fitzmaurice; David M. Ong; Panos Merkouris (2010). Research Handbook on International Environmental Law. Edward Elgar Publishing. m/s. 567–. ISBN 978-1-84980-726-5.
- ^ Signed the "JOINT DECLARATION OF THE SEVENTY-SEVEN DEVELOPING COUNTRIES".
- ^ "七十七国集团(Group of 77, G77)". Ministry of Foreign Affairs of the People's Republic of China. July 2016.
中国不是77国集团成员,但一贯支持其正义主张和合理要求,与其保持良好合作关系,在经社领域一般以“77国集团加中国”的模式表达共同立场。中国自1994年开始每年向其捐款,2014年起捐款每年5万美元。
- ^ "Statement on behalf of the Group of 77 and China by H.E. Mr. Horacio Sevilla Borja, Permanent Representative of the Republic of Ecuador to the United Nations, at the opening session of the 4th Prepcom established by General Assembly resolution 69/292: Development of an international legally binding instrument under UNCLOS on the conservation and sustainable use of marine biological diversity of areas beyond national jurisdiction (New York, 10 July 2017)". www.g77.org.
Mr. Chair, I have the honour to deliver this statement on behalf of the Group of 77 and China.
- ^ "Presiding Countries of the Group of 77 in New York". The Group of 77 at the United Nations.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kumpulan 77 |