Djuanda Kartawidjaja
Raden Tun Djuanda Kartawidjaja (14 Januari 1911 Tasikmalaya, Jawa Barat – 7 November 1963 Jakarta) ialah Perdana Menteri Indonesia ke-11 dan terakhir. Namanya diabadikan menjadi sebuah nama lapangan terbang di Surabaya yaitu Lapangan Terbang Juanda Surabaya. Ia memegang jawatan dari 9 April 1957 hingga 9 Julai 1959. Setelah itu ia memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Kerja I. Sumbangannya yang terbesar dalam tempoh jawatannya adalah Deklarasi Djuanda 1957 yang menyatakan bahwa laut Indonesia adalah termasuk laut sekitar, di antara dan di dalam kepulauan Indonesia menjadi satu kesatuan wilayah NKRI (Negara Kesatuan Republik Indonesia) atau dikenal dengan sebutan sebagai negara kepulauan dalam konvensyen undang-undang laut United Nations Convention on Law of the Sea (UNCLOS).
Djuanda Kartawidjaja | |
---|---|
Perdana Menteri Indonesia Ke-10 | |
Dalam jawatan 9 April 1957 – 9 Julai 1959 | |
Presiden | Sukarno |
Didahului oleh | Ali Sastroamidjojo |
Digantikan oleh | Sukarno |
Menteri Kewangan Indonesia Ke-11 | |
Dalam jawatan 10 Julai 1959 – 6 Mac 1962 | |
Presiden | Sukarno |
Didahului oleh | Sutikno Slamet |
Digantikan oleh | R. M. Notohamiprodjo |
Menteri Pertahanan Indonesia Ke-11 | |
Dalam jawatan 9 April 1957 – 9 Julai 1959 | |
Presiden | Sukarno |
Didahului oleh | Ali Sastroamidjojo |
Digantikan oleh | Abdul Haris Nasution |
Menteri Kerja Raya Indonesia Ke-5 | |
Dalam jawatan 29 Januari 1948 – 4 Ogos 1949 | |
Presiden | Sukarno |
Didahului oleh | Herling Laoh |
Digantikan oleh | Herling Laoh |
Menteri Pengangkutan Indonesia Ke-3 | |
Dalam jawatan 6 September 1950 – 30 Julai 1953 | |
Presiden | Sukarno |
Didahului oleh | Mananti Sitompul |
Digantikan oleh | Abikoesno Tjokrosoejoso |
Dalam jawatan 2 Oktober 1946 – 4 Ogos 1949 | |
Presiden | Sukarno |
Didahului oleh | Endun Abdul Karim |
Digantikan oleh | Herling Laoh |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tasikmalaya, Hindia Timur Belanda | 14 Januari 1911
Meninggal dunia | 7 November 1963 Jakarta, Indonesia | (umur 52)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Kerakyatan | Indonesia |
Profesion | Teknokrat |
Djuanda memimpin para pemuda mengambil-alih Jawatan Kereta Api dari Jepun. Disusul pengambil-alihan Jawatan Pertambangan, Kotapraja, Keresidenan dan peralatan ketenteraan di Gudang Utara Bandung. Kemudian pemerintah Indonesia mengangkat Djuanda sebagai Kepala Jawatan Kereta Api untuk wilayah Jawa dan Madura. Setelah itu, dia diangkat menjabat Menteri Perhubungan. Beliau pun pernah menjabat Menteri Pengairan, Kemakmuran, Keuangan dan Pertahanan. Beberapa kali dia memimpin perundingan dengan Belanda. Di antaranya dalam Perundingan KMB, dia bertindak sebagai Ketua Panitia Ekonomi dan Keuangan Delegasi Indonesia. Dalam Perundingan KMB ini, Belanda mengakui kedaulatan pemerintahan RI. Djuanda pernah ditangkap oleh tentara Belanda ketika Agresi Militer II pada 19 Disember 1948. Beliau dipesan agar bersedia untuk ikut dalam pemerintahan Negara Pasundan. Tetapi beliau menolak. Beliau seorang abdi negara dan masyarakat yang bekerja melampaui batas panggilan tugasnya. Mampu menghadapi tantangan dan mencari solusi terbaik demi kepentingan bangsa dan negaranya. Karya pengabdiannya yang paling strategik adalah Deklarasi Djuanda 13 Disember 1957.
Kehidupan awal
suntingRaden Djuanda Kartawidjaja dilahirkan pada 14 Januari 1911, di Tasikmalaya, Indonesia (ketika itu Hindia Timur Belanda). Keluarganya berketurunan bangsawan etnik Sunda. Ayahnya, Raden Kartawidjaja, seorang guru muda, manakala ibunya, Nyi Monat, seorang suri rumah. Beliau juga mempunyai 3 abang dan 2 adik perempuan[1][2]
Rujukan
sunting- ^ "Dinas Kehutanan Provinsi Jawa Barat". dishut.jabarprov.go.id (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-26. Dicapai pada 2021-09-26.
- ^ "Profil - Djuanda Kartawidjaja". merdeka.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-26.