Berita Tergempar
Dapatkan 50% Potongan 0
🌎 Sertai 150K+ pelabur dari 35+ negara yang mengakses saham dikuasakan AI dengan pulangan yang mengatasi pasaran Buka Sekarang

Kalkulator Volatiliti Forex

 Mingguan
Pasangan Pips %
AUD/CAD 58.95 0.65
AUD/CHF 61.09 1.03
AUD/JPY 140.41 1.32
AUD/NZD 72.30 0.67
AUD/USD 54.52 0.82
CAD/CHF 49.50 0.76
CAD/JPY 136.65 1.17
CHF/JPY 158.28 0.89
EUR/AUD 120.63 0.75
EUR/CAD 69.09 0.47
EUR/CHF 63.09 0.66
EUR/GBP 37.38 0.44
EUR/JPY 184.62 1.08
EUR/NZD 139.76 0.80
EUR/USD 54.87 0.51
GBP/AUD 133.16 0.70
GBP/CAD 90.58 0.52
GBP/CHF 91.76 0.81
GBP/JPY 235.73 1.16
GBP/NZD 159.94 0.77
Pasangan Pips %
GBP/USD 72.76 0.57
NZD/JPY 124.03 1.27
NZD/USD 55.05 0.90
USD/BRL 807.26 1.48
USD/CAD 54.80 0.40
USD/CHF 66.37 0.74
USD/CNY 177.88 0.24
USD/DKK 339.44 0.49
USD/HKD 62.91 0.08
USD/ILS 453.79 1.21
USD/INR 121.48 0.15
USD/JPY 188.21 1.18
USD/MXN 2,988.34 1.65
USD/RUB 17,860.50 2.04
USD/SEK 1,050.53 1.00
USD/SGD 54.31 0.40
USD/TRY 0.00 0.00
USD/ZAR 2,132.70 1.17
XAG/USD 8,730.46 3.02
XAU/USD 3,573.09 1.54
EUR/USD - Volatiliti Harian (dalam Pips)

Rangka Masa (Bulan):

EUR/USD - Volatiliti Mengikut Jam (Pips/GMT Jam)
EUR/USD - Volatiliti Mengikut Hari Minggu (dalam Pips)
  • Isnin
  • Selasa
  • Rabu
  • Khamis
  • Jumaat

Apakah volatiliti?

Volatiliti adalah terma yang digunakan untuk merujuk kepada variasi harga dagangan sepanjang sesuatu masa. Lebih besar skop variasi harga, maka tanggapannya adalah lebih tinggi volatiliti. Sebagai contohnya, sekuriti dengan harga penutup berjujukan 5, 20, 13, 7, dan 17, adalah jauh lebih volatil berbanding sekuriti yang sama dengan harga penutup berjujukan 7, 9, 6, 8, dan 10. Sekuriti dengan volatiliti lebih tinggi dianggap lebih berisiko, kerana pergerakan harga--sama ada naik atau turun--dijangka akan lebih besar apabila dibandingkan dengan sekuriti sama, tetapi kurang volatil. Volatiliti bagi satu pasangan diukur dengan mengira sisihan standard pulangannya. Sisihan standard ini adalah ukuran betapa besarnya nilai diserakkan daripada nilai purata.

Kepentingan volatiliti kepada pedagang

Mengetahui tentang volatiliti sekuriti adalah penting bagi setiap pedagang, oleh kerana tahap volatiliti yang berbeza adalah lebih sesuai untuk strategi dan psikologi tertentu. Contohnya, pedagang Forex yang mahu mengembangkan modalnya secara berterusan tanpa mengambil banyak risiko akan dinasihati agar memilih pasaran matawang dengan volatiliti lebih rendah. Sebaliknya, pedagang yang suka mengambil risiko akan mencari pasangan matawang dengan volatiliti lebih tinggi bagi menjana untung atas perbezaan harga yang lebih besar daripada pasangan volatil tersebut. Dengan data daripada alat kami, anda boleh menentukan pasangan mana yang paling volatil; anda juga boleh melihat hari dan jam dalam seminggu yang mana paling volatil dan paling kurang volatil untuk pasangan tertentu, maka dengan itu membolehkan anda mengoptimumkan strategi dagangan anda.

Apakah yang memberi kesan kepada volatiliti pasangan matawang?

Acara berkaitan ekonomi dan/atau pasaran, seperti perubahan dalam kadar faedah sesebuah negara atau kejatuhan harga komoditi, biasanya adalah punca volatiliti FX. Tahap volatiliti dijana oleh aspek berbeza pada matawang yang dipasangkan serta ekonominya. Pasangan matawang—satu dari ekonomi yang bergantung terutamanya kepada komoditi, satu lagi dari ekonomi yang berasaskan perkhidmatan—akan berkemungkinan menjadi lebih volatil kerana perbezaan ketara dalam setiap penggerak ekonomi negara masing-masing. Di samping itu, tahap kadar faedah yang berbeza akan menyebabkan pasangan matawang menjadi lebih volatil berbanding pasangan dari ekonomi dengan kadar faedah yang sama. Akhirnya, silang (pasangan yang tidak termasuk dolar AS) dan silang “eksotik” (pasangan yang termasuk matawang bukan utama), juga berkemungkinan menjadi lebih volatil dan akan mempunyai tebaran harga permintaan/bidaan lebih besar. Pendorong volatiliti tambahan termasuklah inflasi, hutang kerajaan, dan defisit akaun semasa; kestabilan politik dan ekonomi negara yang mana matawang didagangkan juga akan mempengaruhi volatiliti FX. Dalam pada itu, matawang yang tidak dikawal selia oleh bank pusat—seperti Bitcoin dan matawang kripto lain—akan menjadi lebih volatil oleh kerana ia sememangnya spekulatif.

Bagaimana menggunakan Kalkulator Volatiliti Forex?

Pada bahagian atas laman ini, pilih bilangan minggu yang selama mana anda mahu mengira volatiliti pasangan. Ambil perhatian bahawa lebih lama rangka masa anda pilih, lebih rendah volatiliti berbanding tempoh masa yang lebih pendek. Setelah data dipaparkan, klik pada pasangan un tuk melihat purata volatiliti hariannya, purata volatiliti setiap jam, dan butiran volatiliti pasangan mengikut hari bagi minggu itu.

Teruskan dengan Apple
Daftar dengan Google
atau
Daftar dengan E-mel