10,000 Pelajar Tidak Hadir SPM: Perlu Tindakan Kolektif

Ketidakhadiran lebih 10,000 pelajar daripada 373,725 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 adalah satu isu besar yang memerlukan tindakan segera. Angka ini mencerminkan cabaran mendalam dalam sistem pendidikan dan masyarakat kita.

Jika tidak ditangani segera, ia bukan sahaja menjejaskan peluang masa depan individu tetapi juga membawa kesan besar kepada daya intelektual dan ekonomi negara.

Tindakan kolektif
1. Isu ini menuntut tanggungjawab bersama, bukan hanya kepada sekolah atau kementerian. Ibu bapa, guru, masyarakat, dan pembuat dasar perlu bekerjasama secara proaktif untuk mengenal pasti punca utama ketidakhadiran ini.

Pendekatan holistik diperlukan untuk memastikan setiap pelajar diberi peluang dan motivasi untuk terus berada dalam sistem pendidikan. Pendidikan harus dilihat sebagai keutamaan yang menyatukan semua pihak, tanpa mengira peranan mereka.

2. Pendidikan perlu dilihat sebagai alat untuk membina potensi individu dan masyarakat, bukan sekadar ruang untuk mengejar kelulusan akademik.

Pelajar yang tidak hadir mungkin hilang keyakinan terhadap nilai pendidikan kerana pelbagai cabaran, termasuk tekanan sosial, masalah keluarga, atau kurangnya motivasi. Sistem pendidikan mesti lebih fleksibel dan inklusif untuk memenuhi keperluan ini.

3. Salah satu langkah praktikal ialah memperkenalkan program sokongan seperti Kem Inspirasi Pendidikan.

Program ini boleh memberi pelajar motivasi baharu melalui bengkel kerjaya, sesi bersama alumni berjaya, dan pendedahan kepada peluang pendidikan tinggi. Pendekatan seperti ini mampu membantu pelajar melihat pendidikan sebagai pintu ke arah masa depan yang lebih cerah.

4. Peranan masyarakat dalam membawa naratif positif tentang pendidikan juga penting. Media sosial, sebagai platform utama remaja hari ini, perlu digunakan untuk mempromosikan kisah kejayaan pelajar yang telah mengatasi pelbagai cabaran.

Naratif ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada remaja lain tetapi juga mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan sebagai asas kepada kemajuan.

5. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), NGO dan komuniti perlu berganding bahu untuk membangunkan pelan jangka panjang yang menyentuh aspek emosi, akademik dan sosial pelajar.

Ini termasuk sokongan mental kepada pelajar yang menghadapi tekanan, bantuan kewangan kepada keluarga yang memerlukan, serta program khas untuk melibatkan ibu bapa dalam menyokong pendidikan anak-anak.

Bertindak sekarang

Angka lebih 10,000 ini adalah wake-up call untuk kita semua. Jangan biarkan ia menjadi kebiasaan. Kita mesti bertindak sekarang untuk memastikan setiap anak muda mendapat peluang yang adil dalam pendidikan.

Kerajaan, masyarakat, dan semua pihak berkepentingan perlu memikul tanggungjawab bersama untuk menjadikan pendidikan sebagai asas dalam membina negara rahmah. 

Setiap anak muda adalah harapan bangsa, dan kita mesti memastikan tiada seorang pun yang tertinggal. Bersama, kita mampu menjana solusi demi masa depan negara yang lebih cerah.

Taufik Aziz
Ketua IKRAMTeens Malaysia
Agensi Pembangunan Remaja
IKRAM Muda

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia