Showing posts with label petua diabetes. Show all posts
Showing posts with label petua diabetes. Show all posts

15 October 2018

Ujian gula dalam darah

Check lagi hari ni, sebelum pi hospital untuk ujian darah setahun sekali. Hari ni ni bacaan gula 6.3.

Hari rabu 12.7
Hari khamis 8.6
Hari jumaat 7.2
Hari sabtu 6.5
Hari ahad tak check
Hari isnin hari ni 6.3

Turun sebab minum juice peria katak, daunnkari, dan minum air dengan apple cider apple.



Ni masa taip post ni, kaknab di hospital menunggu giliran nak buat ujian darah setahun sekali. Sebab kaknab tak ada apa penyakit, ujian darah dibuat setahun sekali. Semoga ujian kali elok, sebab kaknab dah 62 warga emas, takut juga nanti kena makan ubat kalau ada penyakit.

Tadi nurse check hbp 129/71
Gula dlm darah 5.7

Turun lagi. Tak ujian darah lagi tepat.

12 October 2018

Bacaan gula hari ini

Hari ini check lagi gula dalam darah ketika puasa. Ialah 7.2, semalam 8.6. Kira turun lagi, maknanya kaknab mmg dah ada prediebetes, tak dapat bacaan macam dulu 6 kebawah. Kena berjaga sekarang, mencegah lebih baik dari merawat. Kalau dah dapat kena makan ubat pula.

Kaknab masih mengamalkan makan daun kari pagi tghari malam. Minum segelas air  campur dengan secamca apple cider vinegar, pagi dan malam. Tapi semalam makan dukulangsat banyak juga. 


11 October 2018

Bacaan gula dalam darah

Jom kaknab cerita bacaan gula yang kaknab check hari rabu kelmarin. Terkejut juga kaknab, bacaannya 12.7. Tak sempat pula nak ambil gambar, tak pernah sampai ke situ. Kenapa tinggi pula. 

Kaknab ingat kembali hari selasa kaknab buat nasi lemak makan 3 kali, pagi tengahari, petang, minum petang beli pula lopis pulut, putu piring, kuih manis semua ni.  Minum kopi terlebih gula, patut la bacaan naik 12.7

Lalu kaknab cepat cepat pi cari buah peria katak dalam peti ais, kunyah lagu tu saja, dah xrasa pahit walaupun memang pahit, bahana 12.7 punya pasal. Dah tak kisah pahitnya hihi.
Ambik pula daun kari kunyah pula 10 helai, tengah hari kunyah lagi daun kari, malam kunyah lagi. Tapi teh ais dan makanan manis tetap makan juga.

Pagi ni hari khamis check lagi dah turun 8.6
Alhamdulillah. Daun kari dengan peria katak memang cepat turun bacaan gula. Hari ni punya bacaan sempat ambil gambar.

Jadi daun kari memang baik untuk menurunkan gula. Ni daun kari pokok rumah suami tanam.


07 June 2011

Petua diabetes

kaknab Prediabetic, so kalau tak control nanti dapat diabetes. tadi baru saja check kat farmasi, bacaan selepas makan ialah  3.1 mmol/L. Ini dikira rendah sangat lah, sepatutnya kena 4 mmol/L ke atas tapi not more than 7. Ini kerana sebelum tidur kaknab akan minum satu gelas air kosong + 1 tabspoon of Apple cider vinegar. ACV memang baik untuk menurunkan gula dalam darah,  oleh kerana kaknab cuma Prediabetic bukan ke tahap kronik, kaknab boleh ambik apple cider vinegar sekali sekala saja, katalah hari tu kaknab termakan makanan yang agak2 terlebih gula, macam chocolate, cake atau kueh yang manis2, baru kaknab boleh ambik ACV.  ACV bukan saja menurun tahap gula dalam darah, baik untuk menurunkan cholesterol dan high blood pressure. Selain itu kaknab hari2 exercise tak pernah miss, ini pun boleh menurunkan tahap gula dalam darah. Hari tu pi check, doktor ada bagi pil metformin untuk di makan 1/2 pagi dan 1/2 malam, tapi kaknab tidak makan, sebaliknya kaknab hanya control secara natural home remedies, disamping itu, kaknab juga makan peria katak buat ulam, dan makan grapefruit pagi 1/2 malam 1/2. 

JJCM RIVERSIDE JANDA BAIK PAHANG