"Kami tidak akan takut kepada umat Islam, kerana mereka bukan umat yang membaca."
Dr. Raghib As Sirjani dan Amir Al-Madari meyakini betul kemunduran umat Islam, adalah kerana hilangnya tradisi membaca yang sebelumnya menjadi budaya dan watak umat ini. Melalui buku ini kedua penulis tidak sekadar mensajikan teori atau motivasi belaka, namun disertai pedoman praktikal bagi anda untuk memilih, mengolah dan mengunyah berbagai informasi yang anda baca. Tidak terkecuali anak-anak anda.
Buku yang bagus, untuk kembali mencari makna dan motivasi dalam membaca.
Membaca bukanlah hobi, tetapi adalah konsep hidup. Perintah Allah yang pertama adalah tentang iqra’, mustahil Allah hanya berbicara tentang hobi manusia yang mungkin disukai sebahagian orang dan tak disukai oleh orang lain.
Paling saya suka ialah cerita tentang ulama-ulama dahulu dan tabiat membaca mereka. Sangat jauh berbanding kita.
Buku yang selalu dibelek setiap kali hilang semangat dalam membaca.
Buku ini dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama ditulis oleh Dr. Raghib As-Sirjani manakala Bahagian kedua pula ditulis oleh Imam Amir Al-Madari. Sebuah buku yang cukup baik isinya serta terjemahan dari Bahasa Arab ke Bahasa Indonesia yang mudah difahami.
Saya memang suka mengumpul dan membaca apa-apa sahaja buku yang bercerita tentang aktiviti membaca dan buku. Sebelum ini saya sudah memilki Ada Apa dengan Buku karya Shaharom TM Sulaiman dan Suriati Shamsuddin. Ada lagi Keanehan dan Keunggulan Buku juga karya Shaharom TM Sulaiman dan Salasiah Abdul Wahab. Baru-baru ini juga, saya membeli Aku, Buku dan Cinta karya Dr. 'Aidh Al-Qarni. Menariknya setiap buku-buku ini berjaya mengekspresikan maklumat dan input dari sudut pandang yang berbeza sehingga boleh saja merangsang kita terliur kepada buku-buku dan memberi motivasi cinta kepada budaya membaca.
Begitu juga dengan Spiritual Reading - Hidup Lebih Bermakna dengan Membaca, tidak terkecuali daripada perbezaan isi dan maklumat yang menggugah. Sesuai dengan perkataan spiritual pada pangkal nama tajuk, buku ini cuba membawa kita untuk terjebak atau menjerumuskan diri dalam kelazatan membaca yang ada nilai ibadah. Dalam erti kata lain, penulis mahu kita belajar bagaimana untuk memberi makna kepada aktiviti ini agar ia tidak menjadi perbuatan yang sia-sia tetapi diterima oleh Allah sebagai yang ada nilai di sisiNya. Bukankah malang buat kita di akhirat jikalau setiap saat yang dicurahkan untuk membaca di dunia tidak dipandang langsung oleh pencipta kita malah menjadi penyebab kita dicampakkan ke neraka.
Membaca samalah seperti kehidupan. Kita perlu memiliki konsep pemahaman dan tujuan yang jelas. Menarik sekali apabila penulis mengambil saripati penting di dalam Surah Al-Alaq ayat 1-5 dengan menyatakan ada 2 syarat membaca. Pertama, lakukanlah aktiviti ini dengan nama Allah. Ini bermakna kita harus membaca benda-benda yang bermanfaat dan tidak membawa kemurkaan Allah. Dahulukanlah Allah dan akhirat sebagai tujuan hidup yang menjadi penyebab kenapa kita melakukan sesuatu dan bukannya hanya berdasarkan pemikiran dan jiwa keterbukaan sahaja. Kedua, penulis menyentuh tentang rendah hati apabila memiliki ilmu. Jangan pula kita menjadi takbur apabila mampu membaca dalam kuantiti yang banyak atau memiliki pengetahuan yang variasi. Kita perlu sedar ilmu yang diberi itu hanyalah pinjaman sahaja.
Membaca bukanlah hobi tetapi satu keperluan asas. Aneh sekali jikalau ada orang mengatakan hobinya ialah makan atau minum . Makan dan minum ialah satu keperluan asas dan kita perlu melakukannya untuk meneruskan kehidupan. Begitu juga, sungguh aneh jikalau ada orang yang mengatakan hobinya ialah membaca. Bukankah membaca ialah satu keperluan asas agar kehidupan terus hidup? Justeru itu, sepatutnya tidak ada istilah tidak suka membaca di dalam kamus hidup kita kerana jikalau kita tidak mahu atau bosan melakukannya, samalah seperti kita memilih tidak mahu atau sudah bosan makan di dalam seumur hidup.
Nah, betapa besar status membaca di sisi seorang manusia, sehingga ia boleh di sama tarafkan dengan makan dan minum. Jikalau tidak, mana mungkin wahyu pertama yang diturunkan mengandungi perintah membaca. 3 kali disebut. Perhatikan juga pada peristiwa perang Badar. Syarat yang dikenakan ke atas tawanan perang bukannya tebusan wang tetapi dengan mengajar membaca dan menulis kepada 10 orang Islam sedangkan pada ketika itu kita tahu banyak lagi perkara penting lain diperlukan umat Islam seperti wang.
Walaupun begitu, kelihatan situasi kita pada hari ini sangat berbeza. Ramai di antara kita yang tidak suka membaca. Cepat bosan dan lebih memilih hiburan semata-mata. Di lain sisi, ada juga mereka yang sangat suka membaca tetapi masih tidak mampu memilih bahan bacaan yang baik dan bermanfaat serta tidak jelas kenapa mereka perlu membaca.
Justeru itu Spiritual Reading hadir sebagai satu buku alternatif yang lain daripada lain untuk berkongsi kepada kita tentang mesej-mesej tersebut. Ia bukan sahaja memaparkan 10 cara untuk membangkitkan perasaan membaca tetapi juga membimbing pembaca memilih bahan bacaan yang sesuai.
Antara perkara utama yang diberi penekanan oleh penulis apabila kita mahu belajar membangkitkan perasaan membaca ialah kita perlu jelas dan sedar kenapa kita membaca. Membaca samalah seperti kehidupan. Kehidupan akan terasa hambar apabila kita tidak memiliki tujuan hidup yang jelas. Jadi, apakah tujuan dan matlamat kita membaca? Pastinya, kita membaca adalah kerana Allah dan kita mahu perbuatan ini mendapat keredhaanNya. Oleh itu, jadikanlah 2 syarat membaca seperti yang dikongsikan di atas sebagai panduan buat kita sebagai pembaca. Tidak aneh bukan apabila kita bersoal jawab dengan diri setiap kali mahu membaca, ""Adakah Allah redha dengan apa yang aku baca ini?"
Pernahkah kita merancang buku-buku yang mahu dibaca dalam seminggu, sebulan atau juga di dalam setahun? Tanpa kita sedari perancangan yang sedemikian sebenarnya boleh melatih kita untuk terus giat membaca. Penulis juga berpesan agar kita sentiasa meatih diri membaca buku mengikut peringkat demi peringkat. Bermulalah dengan buku-buku yang asas untuk menyediakan asas tapak yang kuat dalam pembentukan pemikiran kita. Sebagai contoh, jangan terus membaca kajian sejarah dunia daripada 4 pandangan ilmuwan. Tetapi mulakan dahulu dengan membaca buku-buku asas yang membincangkan apakah makna sejarah, bagaimana kita harus menilai sesebuah sejarah, apakah sejarah Islam dan sebagainya.
Dalam keghairahan kita membaca, kita sebenarnya mungkin terlupa tentang prioriti buku yang patut dibaca. Sedarkah kita terdapat buku-buku yang perlu diberi keutamaan. Berikut ialah susunannya. Kita dibolehkan membaca buku-buku yang berbentuk hiburan tetapi dengan bersyarat. Pertama, bahan bacaan itu tidaklah membawa kemurkaan daripada Allah, mengandungi mesej-mesej yang sopan, berakhlak mulia dan tidak membuka ruang kepada pembaca untuk berzina. Kedua, kekerapan yang jarang untuk membaca jenis buku sedemikian.
Bukan itu sahaja Spiritual Reading juga juga berkongsi tentang kaedah-kaedah membaca yang baik dan bagaimana kita boleh membantu untuk memperkembangkan budaya ini di kalangan anak-anak, masyarakat dan negara. Kita juga mungkin selalu menghadapi masalah dalaman di dalam setiap pembacaan sehingga memungkinkan kita tersadai layu dan akhirnya bosan terhadap buku-buku. Antara masalah-masalah itu ialah tidak sabar, hilang konsentrasi, tidak sistematik dan tidak mengamalkan perkara baik yang dibaca. Tanpa kita sedari sikap seperti ini boleh menyebabkan kita jenuh dan bosan apabila membaca. Maka, jadilah membaca sebagai satu hobi sahaja yang hanya dilakukan ketika waktu lapang atau ketika tidak tahu mahu membuat apa-apa serta bukannya sebagai aktiviti wajib dalam kehidupan yang sentiasa menghidupkan kehidupan.
Pada bab-bab akhir Spiritual Reading ada perkongsian para ilmuwan salaf dan masa kini serta kaitan mereka dengan aktiviti membaca dan keilmuwan. Tidaklah saya niatkan untuk dikongsi di sini. Mungkin anda boleh membaca ulasan Sungguh Mengagumkan Manajamen Waktu Para Ulama untuk mendapatkan sedikit gambaran apakah yang dikongsikan oleh penulis di dalam Spritual Reading. Membaca kisah-kisah mereka membuatkan saya sering membuatkan tidak keruan. Sungguh mengagumkan! Entah bila baru saya boleh memiliki semangat keilmuwan tahap tinggi seperti itu.
Peringatan sebelum menutup buku ini, satu persoalan diaju, " Apakah yang anda lakukan setelah selesai membaca buku ini?". Saya kira mesej seperti ini bukan berlaku pada buku ini sahaja tetapi pada setiap buku yang dibaca. Sedarkah kita, setelah setengah jam kita selesai membaca, 50% maklumat akan hilang dari ingatan. 80% pula akan menyusuli setelah 24 jam berlalu. Kunci katanya - muraja'ah. Kita perlu mengulangi isi-isi yang dibaca dengan pelbagai cara seperti seperti mendiskusikannya atau pun paling senang dengan cara menulis.
Seorang tokoh Yahudi pernah berkata, "Kita tidak akan takut dengan orang Islam. Sebab orang Islam adalah umat yang tidak membaca". Saya petik kata-kata itu melalui buku ini dan tidak dinyatakan sumbernya. Cuma apa yang mungkin kita boleh mengambil iktibar daripada kenyataan itu ialah tentang kesedaran membaca di kalangan umat Islam. Sama-sama kita sedarkan diri, membaca bukanlah hobi tetapi satu konsep hidup yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan keperluan asas lain seperti makan dan minum. Ia tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan tetapi kita harus terus dan terus cinta untuk membaca.
very goood, really good to read(goodreads). Dr Raghib mengajarkan cara dan teknik betul dalam pembacaan. Bukan itu saja, beliau juga menyusun beberapa tahap prioriti yg harus diutamakan dalam membaca buku. Walaupun ianya diterjemahkan kedlm bhs Indonesia, tapi InsyaAllah rakyat Malaysia masih mampu memahami keseluruhan teks memandangkan ia menggunakan prosa kata yg mudah difahami serta susunan ayat yg begitu teratur. Tak rugi beli buku ni ari tu, tak tau samaada dijual dipasaran Malaysia. Aku beli buku ni time pegi Aceh. Mungkin bleh cuba cari di Gramedia (sykt buku Indonesia di Malaysia).
Apa yang saya belajar adalah Membaca sepatutnya dijadikan sebagai esensi kehidupan, seperti makan dan bernafas bukan sebagai hobi mengisi waktu lapang.
Penulis juga mengemukakan saranan penting agar merencanakan membaca dalam kehidupan seharian. Penulis kerap menekankan ayat Al-Quran pertama adalah seruan membaca. Dan membaca itu biarlah bahan bermanfaat, dan dimulakan dengan basmallah. Membaca juga biar bertahap, mengikut kesesuaian, kepelbagaian jenis bacaan, dengan Al-Quran sebagai prioriti no. 1.
Penulis juga menyarankan agar sentiasa membawa buku ke mana-mana, agar boleh membaca sekiranya ada sela waktu diantara aktiviti, dan untuk membuang rasa mengantuk. Ini berlainan dengan kebanyakan orang yang membaca untuk menghadirkan rasa mengantuk sebelum tidur.
Muraja'ah berulang kali dan muzakarah membincangkan isi buku juga penting untuk menguatkan kefahaman dan agar pelajaran dari buku itu tersemat di dada.
Penulis membawakan banyak kisah-kisah ikon membaca dari zaman silam dan zaman moden yang tekun membaca, dan banyak berkorban untuk mengumpulkan buku.
Dari buku ini, para pembaca boleh mendapatkan motivasi untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.
"Kami tak akan pernah takut kepada umat Islam, karena mereka bukan umat yang membaca." (Seorang tokoh Yahudi) "Kita alergi membaca, karena kita pun enggan membaca Al-Quran." "Barangsiapa yang tidak mengetahui sejarah masa lalunya, akan sulit memahami kondisinya sekarang." "Bacalah kitabmu, cukupilah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu." (QS. Al-Isra' : 14)
Apakah perkara yang harus diberi keutamaan untuk di baca: Pengarang menggariskan 10 perkara yang perlu di dahulukan iaitu: 1. al Quran al Karim 2. Hadis as syarif 3. ilmu-ilmu Syari'i 4. Buku-buku yang sesuai dengan pengkhususan ilmiah tertentu 5. buku tentang amalisis sejarah 6. Buku tentang politik 7. Buku tentang pendapat orang lain 8. Buku tentang syubhat sekitar Islam 9. Buku tentang pendidikan anak 10. Buku tentang hiburan
Kalau ditanyakan kepada aku "kau suka membaca tak?" aku jawab "aku rela mati dari membaca" ini adalah contoh jawapan orang nak kena lempang.
Sejujurnya seperti inilah aku dahulu,malas membaca,lebih senang menghabiskan hari-hari aku dengan benda yang tak bermakna.sepanjang tempoh aku hidup boleh kira dengan jari berapa buku yang betul-betul aku habiskan membaca.Terlalu sikit.
Sehinggalah suatu hari aku mengenal seorang manusia,dialah merubah dan mengajar diriku untuk membaca,setelah itu baru aku sedar betapa banyak masa telah berlalu,usia kian meningkat tua dan orang lain sudah maju kehadapan meninggalkan sedang aku yang masih baru belajar membuka buku.Aku terhutang budi dengannya,semoga Allah menempatkan sahabatku itu di syurga bersama para rasul-rasul ,Syuhada' dan orang-orang soleh.
Buku ini harus dibaca oleh orang seperti aku yang masih bermalas-malasan untuk membaca dan tidak tahu kenapa harus membaca,di dalam buku ini akan diterangkan kesemuanya tambah lagi diselitkan beberapa helaian muka surat yang menceritakan kesungguhan dan kecintaan para salaf dan ulama-ulama terdahulu terhadap membaca buku yang harus kita contohi sehinggakan mereka sanggup menjual rumah dan harta-harta demi membeli sebuah buku.Dahsyat.
"Buku adalah sahabat yang setia bersama dan berbaik-baik dengan kita,hanya kebijaksanaan yang kita temui tidak ada satu kejahatan yang kita rasa sedang kawan-kawan mengkhiati dan menyakiti".
Butuh beberapa bulan hingga akhirnya aku menemukan buku ini di daerah Gelap Nyawang dekat Salman ITB. Seketika senyuman pun tersirat ketika mendapatkan buku ini, tersebab selama beberapa kali mendatangi book fair, Aqwam sebagai penerbit buku ini, tak pernah sekalipun tampak memajang buku ini.
Anyway, buku ini merupakan hasil karya penulis favorit saya, Syaikh DR. Raghib as-Sirjani featuring dengan seorang Imam dari Yaman, Amir al-Madari. Seperti halnya buku Misteri Shalat Subuh yang merupakan karya Syaikh as-Sirjani juga, yang mengaitkan shalat shubuh berjamaan dengan kembalinya kejayaan peradaban Islam, buku ini mencoba mengajak kita para pembaca untuk bernostalgia dengan kejayaan Islam di masa lalu dan bagaimana peran buku dalam mengembalikan kejayaan Islam.
Di dalam buku ini juga diberikan tips-tips bagaimana menumbuhkan minat baca, bagaimana menentukan buku yang akan dibaca, bagaimana mudah membaca bahkan bagaimana membaca secara cepat. Terakhir buku ini ditutup dengan potret para ulama salaf dan ulama masa kini yang lahap dalam membaca buku, serta apa yang harus kita lakukan seusai membaca.
Buku ini sangat recomended... "Bacalah dengan (menyebut) nama Rabb-mu Yang menciptakan..." (QS. al-Alaq: 1)
saya tidak takut dengan umat muslim, karena mereka bukan umat yang membaca, begitulah cetus seorang Ilmuwan Yahudi, yang memang benar adanya meskipun saya percaya mereka adalah para pendusta.
umat Islam saat ini tengah berada dalam ketertinggalan pengetahuan dibanding kaum nasrani di Barat, maupun budha di Jepang begitupun dengan para Yahudi yang sudah jelas2 mayoritas di atas kita, padahal esensinya dulu Islam merupakan agama yang menjunjung tinggi pengetahuan dan paling terdepan ketika zaman Rasulullah. Nabi Muhammad bahkan menerima wahyu pertama dari Allah yakni perintah untuk "Iqra!!!" atau bacalah. sejak saat itu, Islam berkembang hingga sebesar sekarang ini. niscaya, sedikit demi sedikit jika umat muslim semua gemar membaca, maka perkembangan di segala bidang apapun akan lebih pesat lagi. begitupun dengan sebaliknya, tak salah jika Milan Kundera berkata "Jika ingin menghancurkan sebuah bangsa dan peradaban, hancurkan buku-bukunya; maka pastilah bangsa itu akan musnah"
------------------ sebetulnya yang lebih mendominasi isi dari buku ini adalah kiat2 dan teknik membaca yang baik dan benar sesuai dengan ajaran islami, adapun di chapter terakhir ada epilog bagaimana kisah kisah para salafus shaleh tentang buku. Inspiratif.
I have read this book but sadly cannot finish reading it. It is a good book. This book inspire me to read. This book talks about the importance of reading especially as a muslim since our first wahyu is 'IQRA' which means READ. Reading is the key to knowledge and success. How can we achive those if we do not read? The author said that reading is 'hakikat kehidupan'. Reading is essential to us like food and water to human body. The author also told us about what should we read. The books that we choose, we must be selective in our book selection and need to prioritize the books that we choose to feed our mind. We can't not easily said that we have read books but the books are not beneficial to us like just comics or entertainment magazine only. The author also shared some tips to read efficiently and how to become a good reader. The later topics were quite techniqal (some tips and points) so these made my reading became slower and it could not finish the book since it was not mine and I have to returned the book before I BFG. Hopefully one day, I will get the opportunity to finish the book
Aku mula diperkenalkan dengan buku ini melalui buku SS Dr Muhammad Zulkifli al Bakri iaitu Kuasa Iqra.' Ternyata apabila membaca buku ini ada beberapa isi buku yang telah diolah dalam buku Dr Zulkifli, tetapi tidaklah terlalu banyak.
Buku ini bukan sekadar memberi motivasi untuk menjadikan membaca itu satu gaya hidup, malah disertakan panduan-panduan yang praktikal dalam membaca. Turut disertakan kisah-kisah ulama terdahulu dan 'kegilaan' mereka dalam membaca.
Sedikit kekurangan pada cetakan buku edisi bahasa Malaysia ini, yang mana seolah-olah tidak begitu lengkap terjemahannya. Beberapa typo dan susun kata yang serabut juga mengganggu mood membaca.
bagi seorang pemula yang ingin berjinak jinak dalam dunia buku, buku ini mampu membimbing anda untuk membaca dengan cara yang lebih efektik. Terdapat banyak tip-tip yang dikemukan oleh penulis yang patut diambil manfaatnya oleh pembaca. Buku ini diakhiri dengan kisah para ilmuwan yang hidup bersama buku sepanjang hidup mereka dan kisah-kisah ini sebagai pemangkin semangat untuk pembaca itu terus membaca. Buku ini tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis akan tetapi memerlukan daya fokus yang sederhana untuk mendapatkan tip-tip yang bermanfaat. Sekian.
Buku yang menyuntik motivasi pembaca untuk melazimi dan membudayakan amalan membaca dengan lebih sistematik. Panduan untuk meningkatkan motivasi membaca dinyatakan serta dicatatkan juga tatatingkat bagan bacaan yang perlu diutamakan.
Satu buku yang selalu diambil setiap kali rasa lost dengan jiwa membaca. Mengambil semangat iqra’ membaca bukan jadi satu hobi tapi tapi jadi keperluan hidup. Pembacaan yang betul akan buat kita rasa lebih rendah diri kerana sedar terlalu luas ilmu milik Allah.
Buku tentang buku. Berkisar tentang buku. Spiritual Reading merupakan terjemahan dari kitab Iqra' la budda an taqra' & Al-qira'atu minjahul hayati tulisan Dr Raghib As-Sirjani dan Amir Al-Madari. Buku ni terbahagi kepada dua bahagian yang mana bahagian pertama merupakan tulisan Dr Raghib As-Sirjani manakala bahagian kedua ditulis oleh Amir Al-Madari. Buku ini mempunyai sebanyak 183 surat yang kebanyakkannya adalah daripada tulisan Amir Al-Madari.
Seperti dinamakan tajuknya, buku ini mengajak pembaca dalam memahami konsep membaca itu sendiri. Ini sangat penting dalam proses kita membaca buku dalam kuantiti yang banyak, pelbagai genre, kita perlu mengingati apa tujuan sebenar dalam kita membaca. Sedikit sebanyak membantu agar kita tidak terpesong ataupun lari dari makna pembacaan itu sendiri. Antara lain, Spiritual Reading banyak mengetengahkan tips yang boleh kita ambil seperti cara2 menumbuhkan minat membaca, menentukan bacaan, tips mudah membaca, bagaimana membaca dengan cepat (speed reading), cara para salaf terdahulu dalam membaca dan banyak lagi.