Pertempuran Lepanto (1571)
Pertempuran Lepanto | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah-Venice Keempat dan Perang Habsburg-Uthmaniyyah | |||||||
The Battle of Lepanto, artis tidak diketahui, akhir kurun ke-16.[1] | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Uthmaniyah | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Tentera Laut Liga Suci:[2][3] Kiri: Kanan: Simpanan: |
Tentera Laut Uthmaniyyah:[4][5] Tengah: Sufi Ali Pasha † Kanan: Mahomet Sirocco † Kiri: Occhiali | ||||||
Kekuatan | |||||||
212 kapal[3]
28,500 askar[6] |
251 kapal
31,490 askar | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
7,500 mati 17 kapal musnah[8] |
20,000 mati, cedera atau ditawan[8][9] 137 kapal dirampas 50 kapal karam 12,000 Kristian dibebaskan |
Pertempuran Lepanto merupakan sebuah pertempuran laut yang berlaku pada 7 Oktober 1571 di antara armada Liga Suci, sebuah perikatan negara-negara maritim Katolik Eropah yang disusun oleh Paus Pius V, diketuai oleh seorang Laksamana Sepanyol Don Juan dari Austria dan hampir keseluruhan dibiayai oleh Empayar Sepanyol, berjaya mengalahkan armada laut Empayar Uthmaniyyah di pinggir utara Teluk Corinth, luar pantai barat Greece. Tentera Uthmaniyah belayar ke arah barat daripada pangkalan laut mereka di Lepanto (Turki: İnebahtı ; [Ναύπακτος atau Έπαχτος Naupaktos atau Épahtos] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) bertemu dengan pasukan Liga Suci, yang mana tiba daripada Messina, Sicily, di mana mejadi tempat mereka berkumpul sebelumnya.
Kemenangan Liga Suci menghalang Empayar Uthmaniyah daripada berkembang jauh ke jajaran pantai Laut Mediterranean di sebelah benua Eropah. Lepanto menjadi pertempuran laut utama di Mediterranean yang melibatkan kapal-kapal jenis geliung dan menjadi mempunyai kepentingan simbolik dan sejarah kepada beberapa sejarahwan.[10][11][12]
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Sebuah perikatan Kristian telah diusahakan oleh Paus Pius V bagi menyelamatkan jajahan Venice di Famagusta, yang mana terletak di pantai Cyprus. Famagusta telah dikepung oleh Uthmaniyah pada awal tahun 1571 selepas kejatuhan Nicosia dan wilayah-wilayah Venice lain di Cyprus pada tahun 1570.
Panji armada yang dikurnia oleh Paus, tiba di Kerajaan Beraja Naples (kemudian diperintah oleh Raja Sepanyol) pada 14 Ogos 1571. Di sana, bertempat di Basilika Santa Chiara, upacara mengangkat sumpah diamanahkan kepada John dari Austria, yang mana dinamakan sebagai pemimpin pasukan berikat selepas perbincangan yang panjang dengan para sekutu. Armada ini kemudian meninggalkan Messina dan bergerak ke Sicily. Mereka tiba (selepas beberapa kali berhenti) di pelabuhan Viscardo di Cephalonia, di mana mereka menerima berita kejatuhan Famagusta dan penyeksaan yang dilakukan oleh Uthmaniyah kepada komander Venice di kubu itu, Marco Antonio Bragadin.
Pada 1 Ogos, orang-orang Venice menyerah diri setelah diberi jaminan bahawa mereka boleh meninggalkan Cyprus dengan bebas. Bagaimanapun, komander Uthmaniyah, Lala Kara Mustafa Pasha, yang kehilangan lebih kurang 50,000 askar semasa pengepungan,[13] membatalkan janji beliau dan memenjarakan orang-orang Venice. Pada 17 Ogos, Bragadin telah dikuliti hidup-hidup dan mayat beliau digantung di ghali Mustafa bersama-sama dengan kepala para komander Venice, Astorre Baglioni, Alvise Martinengo dan Gianantonio Querini.
Meskipun dalam cuaca buruk, kapal-kapal tentera Kristian belayar ke selatan dan pada 6 Oktober, tiba di pelabuhan Sami, Cephalonia (kemudian juga dikenali dengan nama Val d'Alessandria), di mana mereka berlabuh sebentar. Pada 7 Oktober, mereka berlayar ke arah Teluk Patras, di mana mereka bertemu dengan armada Uthmaniyah. Walaupun kedua-dua armada tidak mempunyai sebarang sumber-sumber strategik atau tujuan di teluk ini, kedua-dua pihak memutuskan untuk bertempur. Armada Uthmaniyah menerima arahan segera daripada Sultan Selim II untuk berlawan, dan John dari Austria mendapati adalah perlu untuk membuat serangan bagi mengekalkan integriti ekspedisi selain menyelesaikan pertikaian peribadi dan politik dalam kalangan Liga Suci.[14]
Tindakan Dinasti Habsburg
[sunting | sunting sumber]Pada akhirnnya, orang Venice membentuk perikatan dengan Paus Pius V dan Philip II dari Sepanyol. Pada 25 Mei 1571, orang-orang Venice akhirnya membentuk sebuah perikatan. Philip menghantar adik tiri beliau, John dari Austria. Ketika tentera dari para sekutu berkumpul di Sicily, Empayar Uthmaniyah telah berjaya menakluk Nicosia pada 5 September 1570. Setelah menakluk Nicosia, mereka kemudian mengepung Famagusta dan masuk ke Laut Adriatik. Tentera Laut Uthmaniyyah telah tiba di Teluk Patras, berhampiran Lepanto (Návpatkos), Greece[15].
Hasil Akhir
[sunting | sunting sumber]Kemenangan diperoleh Dinasti Habsburg yang diketuai oleh John dari Austria. Beliau kembali dari Lepanto menuju ke Rome, Itali selama 2 minggu dengan membawa berita gembira akan kemenangan Dinasti Habsburg. Kemenangan itu diumumkan pada 7 Oktober 1571[16]. Dinasti Habsburg juga merampas 117 buah kapal dan ribuan hamba laki-laki[15].
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pertempuran Preveza (1538)
- Pertempuran Djerba (1560)
- Pengepungan Malta (1565)
- Pertempuran Navarino (1827)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Muzium Maritim Kebangsaan BHC0261, based on a 1572 print by Martino Rota.
- ^ Drane, Augusta Theodosia (1858). The Knights of st. John: with The battle of Lepanto and Siege of Vienna. London.
- ^ a b c Konstam, Angus (2003). Lepanto 1571: The Greatest Naval Battle Of The Renaissance. United Kingdom: Osprey Publishing. m/s. 20–23. ISBN 1-84176-409-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-27. Dicapai pada August 29, 2012.
- ^ George Ripley and Charles A. Dana (1867). The new American cyclopaedia: Volume 10. New York.
- ^ Setton, Kenneth Meyer (1984). The Papacy and the Levant, 1204–1571, Volume 161. Philadelphia.
- ^ Rodgers, William Ledyard (1939). Naval Warfare Under Oars, 4th to 16th Centuries: A Study of Strategy, Tactics and Ship Design. United States: Naval Institute Press. m/s. 175. ISBN 978-0-87021-487-5.
- ^ a b Geoffrey Parker, The Military Revolution, pp. 87—88
- ^ a b Confrontation at Lepanto by T.C.F. Hopkins, intro
- ^ Geoffrey Parker, The Military Revolution, p. 88
- ^ John L. Esposito (1999). The Islamic Threat: Myth or Reality?. Oxford U.P. m/s. 42, 85.
- ^ Paul K. Davis (1999). 100 Decisive Battles: From Ancient Times to the Present. Oxford U.P. m/s. 170.
- ^ Jackson J. Spielvogel (2012). Western Civilization: A Brief History, Volume II: Since 1500, 8th ed. Cengage Learning. m/s. 343.
- ^ Goffman (2002), p. 158
- ^ Glete, Jan: Warfare at Sea, 1500–1650: Maritime Conflicts and the Transformation of Europe. Routledge. 2000. pp. 105. Retrieved from Ebrary.
- ^ a b http://www.britannica.com/EBchecked/topic/336733/Battle-of-Lepanto Ensiklopedia Britannia
- ^ santomikael.wordpress.com/2008/10/07/bunda-maria-ratu-rosario/
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris)Battle of Lepanto animated battle map dengan Jonathan Webb
- (Inggeris)Chronicle of the battle of Lepanto Diarkibkan 2012-06-18 di Wayback Machine dengan Luis Coloma, SJ
- (Inggeris)"Lepanto cultural center" Diarkibkan 2019-10-24 di Wayback Machine
- (Inggeris)The Battle that Saved the Christian West dengan Christopher Check