Ophilia
Ophilia | |
---|---|
Pengarah | Raja Mukhriz |
Penulis | Ellyna Ahmad |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Disunting oleh | Akashdeep Singh |
Syarikat penerbitan | Elevenfield |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Ophilia merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2014. Filem ini merupakan filem skinhead pertama di Malaysia[1] yang ditayangkan pada 18 Disember 2014.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Ophilia diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang merupakan sentuhan pertamanya dalam dunia pengarahan filem.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem Ophilia mengisahkan tiga sahabat, Uji (Pekin Ibrahim), Ozzi Gandum (Que Haidar) dan Totoi (Kodi Rasheed) yang mengamalkan gaya hidup skinhead, bertembung dengan Ophilia, seorang perunding kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur. Timbul konflik antara mereka sehingga menyebabkan Ophilia terbunuh. Disebabkan peristiwa itu, kegiatan gengsterisme di Kuala Lumpur mulai lumpuh dan mereka bertiga diburu oleh kakak Ophilia, Ivy dan pembantunya Ah Beng (Michael Ang). Ivy telah ditipu oleh kumpulan lain berkaitan urusan jual beli dadah. Akibatnya, mereka dituntut membayar ganti rugi kerugian sebanyak RM75,000 dalam tempoh 24 jam. Bermacam cara mereka untuk memperoleh wang termasuk dengan meminta bantuan dengan Faktab (Riz Amin) namun gagal mendapat pinjaman. Akhirnya, mereka tiada pilihan lain selain dari merompak di pusat pinjaman wang berlesen. Mereka bertiga bersenjatakan pistol berjaya memperoleh wang tersebut tetapi pengurus disitu sempat menekan butang penggera keselamatan. Beberapa jam kemudian dengan suasana hujan lebat, sepasukan polis telah mengepung premis tersebut dan meminta agar mereka bertiga menyerah diri secepat mungkin. Semasa berada di dalam premis tersebut, berbagai peristiwa yang terjadi disitu. Uji ternampak akan sebuah potret gambar mendiang Ophilia di dinding berhampiran meja juruwang tersebut manakala Totoi pula dihubungi oleh ibunya yang berharap Totoi akan membahagiakannya pada esok hari kerana ibunya akan berjumpa dengannya di Kuala Lumpur. Ozzi Gandum pula dipertemukan dengan ayahnya (lakonan Zizan Nin) yang juga merupakan pelanggan disitu. Mereka bertiga melepaskan semua tebusan sebelum menyerah diri ke pihak polis. Tiba-tiba, pistol milik Totoi terjatuh dari pinggangnya. Totoi bertindak mengambil pistol tersebut untuk diserahkan kepada pihak polis. Tindakan Totoi ini menyebabkan dia telah ditembak. Ozzi Gandum pula terkejut dan bingkas untuk menyelamatkan rakannya tetapi dia juga telah ditembak sebelum Uji ditembak. Mereka disahkan meninggal dunia ditempat kajadian. Dalam masa yang sama, Ivy sudah berubah fikiran dan mengizinkan mereka bertiga meninggalkan premis tersebut tanpa mengambil apa jua wang di kedai tersebut bagi menghormati mendiang adiknya. Kematian Uji, Ozzi Gandum dan Totoi adalah kerana salah faham. Ivy pula baharu tersedar yang selama ini tiga lelaki melayu yang dibencinya adalah mangsa keadaan yang sanggup berbuat apa sahaja agar keluarga Ozzi Gandum tidak diapa-apakan oleh kumpulan kongsi gelap miliknya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Pekin Ibrahim sebagai Uji
- Que Haidar sebagai Ozzi Gandum
- Kodi Rasheed sebagai Totoi
- Sahronizam Noor sebagai ayah Uji
- Vanida Imran sebagai mak Uji
- Zizan Nin sebagai ayah Ozzi Gandum
- Sharifah Shahora sebagai ibu Ozzi Gandum
- Michael Ang sebagai Ah Beng
- Riz Amin sebagai Faktab
- Johan As'ari sebagai Pengemis
- Nur Sajjad Kamaruzzaman sebagai Ophilia
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Pengarah Harapan Terbaik - Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
- Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - Kodi Rasheed
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd. Radi, M. A. (15 Disember 2014). "Mahu watak antihero". Hiburan. Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 November 2015.