27 Ogos
Penampilan
(Dilencongkan daripada Ogos 27)
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
27 Ogos merupakan hari ke-239 (hari ke-240 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 126 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Moldova (1991).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1776 - Tentera British di bawah William Howe menewaskan Angkatan Tentera Benua pimpinan George Washington di Brooklyn, Long Island, New York, pertempuran terbesar Perang Revolusi Amerika.
- 1896 - Perang Inggeris-Zanzibar (gambar) menjadi perang terpendek dalam sejarah apabila Zanzibar menyerah dalam masa sejam (9:02 - 9:40) selepas ia meletus.
- 1928 - Lebih 60 negara menandatangani Pakatan Kellogg–Briand, menolak peperangan sebagai alat dasar luar negeri.
- 1939 - Kapal terbang jet ujian Heinkel He 178 menjadi pesawat udara pertama terbang menggunakan kuasa turbojet.
- 1957 - Perlembagaan Malaya mula berkuatkuasa, tiga hari sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka secara rasmi daripada United Kingdom.
- 1985 - Kerajaan tentera Muhammadu Buhari di Nigeria digulingkan secara damai oleh Ketua Turus Tentera Darat, Mejar Jeneral Ibrahim Babangida.
- 1991 - Moldavia merdeka daripada Kesatuan Soviet.
- 2000 – Menara Ostankino terbakar, mengorbankan 3 orang dan menggendalakan isyarat radio dan televisyen di Moscow.
- 2003 - Planet Marikh (gambar) berada dalam kedudukan terdekat dengan Bumi sejak hampir 60,000 tahun: 55,758,006 km.
- 2011 - Tony Tan Keng Yam menang tipis dalam pilihan raya untuk menjadi Presiden Singapura.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1908 - Lyndon B. Johnson, Presiden Amerika Syarikat ke-36
- 1977 - Deco, pemain bola sepak Fluminense F.C.
- 1981 - Maxwell Cabelino Andrade, pemain bola sepak F.C. Internazionale Milano