Rotan dahan
Rotan dahan | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | Korthalsia
|
Rotan dahan (nama saintifik "Korthalsia") merupakan nama umum bagi rotan dalam genus Korthalsia dalam kategori pokok Rotan. Genus ini dinamakan bersempena ahli botani Belanda P. W. Korthals yang merupakan orang pertama mengumpalnya dari Indonesia.[1]
Pada pertengahan 1980-an kerajaan Malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan dan dengan itu ladang rotan telah dibuka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh pelbagai Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga hari ini, perladangan rotan ini membantu ia daripada pupus dan menggalakkan industri perabut rotan di Malaysia.
Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering beberapa ratus kaki).
Antara rotan dalam genus Kolthalsia adalah:-
- Kolthalsia echinometra Becc. Rotan udang, dahan, semut
- Kolthalsia flagellaris Miq. Rotan dahan
- Kolthalsia grandis Rotan dahan
- Kolthalsia hispida Rotan semut
- Kolthalsia junghuhnii Miq. Rotan bulu
- Kolthalsia laciniosa Griff. ex Mart. Rotan merah
- Kolthalsia lanceolata J. Dransf. Rotan dahan
- Kolthalsia rigida Blume Rotan dahan
- Kolthalsia robusta Blume Rotan asas, semut, udang
- Kolthalsia scaphigera Rotan semut/udang
- Kolthalsia scortechinii Rotan semut
- Kolthalsia tenuissima Becc. Rotan dahan tikus
Taburan
[sunting | sunting sumber]Ia terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Ia digunakan sebagai penghasilan perabut gred serdahana.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Riffle, Robert L. and Craft, Paul (2003) An Encyclopedia of Cultivated Palms. Portland: Timber Press. ISBN 0881925586 / ISBN 978-0881925586