Penghapusan para pemikir Qin
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina. (Mei 2019)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Penghapusan para pemikir Qin | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Menurut suatu catatan tertulis dalam Shiji oleh Sima Qian, dikatakan telah berlakunya suatu penyingkiran para cendekiawan Baijia di mana ratusan orang pemikir fahaman Kong Zi ditahan dan ditanam hidup-hidup manakala "sajak, buku serta catatan sejarah" oleh golongan pemikir sebegini dan bukan dari sumber Qin (「诗、书、百家语和非秦國史書」 - cí, shū, bǎijiāyu he feiqín guóshi shū ) dibakar dan dihapuskan atas titah perintah Maharaja Qin Shihuang pada tahun 212 hingga 213 SM dalam zaman dinasti Qin. Hasilnya, banyak penulisan falsafah cetusan aliran pemikir ini terhapus sambil terselamatnya fahaman legalisme yang diamalkan kerajaan Maharaja Qin.
Kejadian ini sangat diragui butirannya oleh sejarawan moden kerana Sima Qian menulis mengenai kejadian ini seabad selepas kejadian tersebut ketika menjawat sebagai seorang pegawai dinasti Han - motifnya barangkali diduga bertujuan memburukkan nama penguasa-penguasa terdahulu. Sememangnya ada bukti jelas bahawa Maharaja Qin memusnahkan banyak karya yang dianggapnya mengancam aturan kerajaannya namun baginda ada juga menyimpan dua salinan penulisan dari setiap aliran dalam perpustakaan baginda; simpanan pustaka ini musnah dalam peperangan berikutan kejatuhan dinasti Qin.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Chan, Lois Mai (1972), "The Burning of the Books in China, 213 B.C.", The Journal of Library History, 7 (2): 101–108, JSTOR 25540352.
- Goldin, Paul R. (2005), "The rise and fall of the Qin empire", dalam Mair, Victor H.; Steinhardt, Nancy S.; Goldin, Paul R. (penyunting), The Hawai'i Reader in Traditional Chinese Culture, University of Hawai'i Press, m/s. 151–160, ISBN 978-0-8248-2785-4.
- Kern, Martin (2010), "Early Chinese Literature: Beginnings through Western Han", dalam Kang-i Sun Chang; Stephen Owen (penyunting), The Cambridge History of Chinese Literature, Cambridge University Press, m/s. 1–114, ISBN 9780521855587CS1 maint: ref=harv (link)
- Nylan, Michael (2001), The five "Confucian" classics (PDF), Yale University Press, ISBN 978-0-300-08185-5, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-06-11. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Neininger, Ulrich, "Burying the Scholars Alive: On the Origin of a Confucian Martyrs' Legend", Nation and Mythology, (in East Asian Civilizations. New Attempts at Understanding Traditions), jld. 2, 1983, disunting Wolfram Eberhard dkk., hlm 121–136.
- Sima Qian: "The First Emperor of Qín" Chapter 25 Burning Books & Burying Scholars David K. Jordan University of California San Diego.
- Jing Liao, "A historical perspective: the root cause for the underdevelopment of user services in Chinese academic libraries", The Journal of Academic Librarianship, jld. 30, no. 2, halaman 109–115, Mac 2004.